Thursday, June 25, 2015

Menu Berbuka seminggu puasa..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah pun masuk hari ke 8 berpuasa. Macam kejap je kan. Tau2 je kang dah raya dah. Dah seminggu puasa ni aku tengok ramai yang share menu berbuka diorang. Aku ni nan hado jah nak share sbb tak ingat nak amik gambar weh. Lepas siap masak selalunya dalam pukul 7 gitu, aku akan bagi anak2 makan. Lepas tu aku terus mandi. Dari melanguk tunggu berbuka baik aku buat something so aku pilih mandi. Siap mandi dah nak buka dah.. hehe. Xdelah rasa mcm lama sangat nak berbuka. Nak pulak tahun ni waktu berbuka agak lambat pastu makin lama makin lambat..huhuhu.

Suka aku tengok masing2 share menu berbuka ke bersahur ke. Ade gak idea nak masak apa. Kali ni aku nak share pulak tapi aku cerita jelah. Gambar ade 2 je pun..hahaha.

Hari pertama:
Sahur aku makan nestle fitness dgn susu dan kurma 3biji. Husband pulak makan nasi lauk malam sebelumnya.
Buka aku masak ikan kembong sambal, sup cendawan dgn tempe goreng.

Hari kedua:
Sahur aku sepatutnya makan nasi lauk ikan kembong smlm tp dah terlewat bangun jadinya cuma teguk air masak dgn kurma 3 biji...huhuhu.
Buka husband beli KFC (besday Kasyah) pastu aku buat nasi goreng sardin belen nasi yg tak jadi makan masa sahur.

Hari ketiga:
Sahur perabis nasi goreng dgn ayam KFC.
Buka aku buat mee goreng dan aku goreng stok keropok lekor je.

Hari keempat
Sahur makan mee goreng kasi habis.
Buka buat nasi lemak + sambal bilis dgn ayam goreng berempah. Aku teringin nak try sotong raja so beli sotong raja je kat bazar uniten.

Hari kelima:
Sahur seperti biasa akan makan makanan berbuka semalam so nasi lemak le jawapnya.
Berbuka aku goreng bihun je. Pastu kami beli kuih2 dgn cucur udang kat bazar uniten.

Hari keenam
Sahur makan bihun dan cucur udang.
Buka aku buat kari daging, sayur kacang+hati, sambal hitam (baru dpt order dr kawan) telur masin pastu buat roti jala.

Hari ketujuh
Sahur husband perabih nasi dgn kari. aku makan nestle fitness dgn susu. Nak makan nasi, nasi cukup utk husband je. Nak masak lain malas.
Buka aku buat sup ayam campak segala carrot kobis bunga dlm tu. Senang tak yah masak sayur dah. Pastu mintak husband beli roti john dgn karipap. Karipap tu intinya masam mcm dah basi.. Sedih ah org meniaga mcm ni.. huhuhu.

Oh ya setiap hari pun aku buka dan sahur dgn air suam. Husband je buat air manis itupun die buat sendiri. Entahlah aku tak rasa teringin pulak nak minum air manis tu. Tak tahulah kalo minggu2 depan baru teringin ke tp buat masa ni air suam paling sedap rasanya.

Menu buka hari keempat. Nasi lemak dan ayam goreng berempah.

Menu berbuka hari ketujuh semalam. Sup ayam je. Senang.

Hari ni ingat nak buat sambal kerang sbb itu je yang ada kat rumah. Pastu tadi husband kata die order pulut mangga dgn kawan dia. Okay dah tu. Tahun ni mmg aku berbuka ala kadar je. Tak meriah meja sbb xnak membazir. Sayang kalau terpaksa buang.

Okaylah.. Daaaaaaaaaa...

2 Magic Words:

Muzai Samilan said...

aku smlm baru makan pulut mangga.. sedap wehh

SweetLikeWhat said...

terliur tgk sup ayam akak tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...