Wednesday, June 24, 2015

Minion movie best ke tak?

Assalamualaikum...

Bersempena dgn birthday Kasyah last week, kami bagi die suka2 seronok2. Kebetulan citer minion pun keluar wayang so bawalah die tengok minion. dahlah budak berdua tu mmg hantu minion. Kat youtube tgk minion, kat dlm bilik minion, hari2 minion. Kami pergi hari sabtu malam. Ramai mak2 bapak yang bawa anak diorang tgk minion jugak.

Sementara papa beli popcorn, kite berphoto sat. Payah nak suruh budak2 ni standstill. Lagi2 si Suci tu. Kalo Kasyah lak, susah nak pandang kamera. 

Lantaklah korang. Jadilah daripada takde.. hehe

Excited Kasyah, start je citer die dah gelak2 dulu.. hehe. Suci half way dah tak senang duduk. So aku sumbat susu sampailah die tido. So best ke idok citer minion ni? Ini review ikhlas dari aku. Citer minion ni mmg untuk kanak2 je sbb karektor minion tu tp dari segi penceritaan kureng ah. Macam tak sampai. Tak sama mcm Despicable Me 1 and 2. Sampai aku rasa mcm bosan. Elemen2 kelakar pun tak banyak sangat. Yang mana korang tgk kat trailer tu, itulah die. Citer ni hanya bersandarkan minion tu je. Lagi satu langsung xde subtitle bila minion tu bercakap. Korang faham2 sendirilah base on movement dan satu dua perkataan yang kite boleh faham. Cuma bangga kejap sbb minion pandai cakap 'terima kasih' masa dapat hadiah dari Queen England tu. Overall aku bagi 3 bintang je kot.. huhuhu..

Daaaaaaa...

p/s: Aku dah naik buntu nak masak apa. Rindu kampung pun ye jugak. Last balik cuti pekerja haritu. dah nak dekat 2 bulan weh.. huhu

8 Magic Words:

wahida said...

aku ni pun dah buntu nak masak apa jugak nok...
nasib baik hari ni ada member bagi daging dendeng, so aku tak yah masak la dah, tinggal nak goreng ikan dan goreng sayur je...

kasyah dan suci mmg muka sebijik sungguh kan...

eima said...

la yeke .... ingatkan best sesangat ... mana nak paham klu bhs minion tu ...aduhai .....tp tak pe kite cr jugak dvd nanti

eima said...

la yeke .... ingatkan best sesangat ... mana nak paham klu bhs minion tu ...aduhai .....tp tak pe kite cr jugak dvd nanti

aTieYusof Family said...

Pa'e pun dok sebut2 nak tgk Minion ni..erm tak terbawa lah jawabnya ssb pawagam ada kt Tawau je..jenuh nk balik..hihi.
ohh tak best sgt!
masakan kampung jg yg the best... terbayang2..:)

nurfadilah suardi said...

X best ke...emmm anak2 dah sibuk ajak tgk minion tu. Selamat berpuasa

Muzai Samilan said...

nak culik suci boleh?

safurara said...

whiaaaa bestnya minion! princess x g tgk lg.hehehe

hai rara nak bgtau ni, dh join ke Mega Giveaway Raya dari EFG? boleh menang duit raya hingga RM3100 tau! kalau belum join, jom lah! mana tau ada rezeki.jom join sini, http://www.safurara.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html TIA, heee

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui xpnh tgk minion pun..

tp bru ni tgk jurassic world.. best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...