Friday, June 19, 2015

Sahur yang barokah..

Assalamualaikum...

Dah selesai puasa kita sehari. Dah masuk hari kedua dah pun. Nampak tak tajuk yang macam tak berapa nak boleh blah tu? hehe. Ni gara-gara confident level tu tinggi benor tu yang jadi sahur yang berkat sangat sbb ikut sunnah. Pagi tadi sempat sahur dgn kurma 3 biji dan air kosong je tau. Lepas teguk air, telan vitamin tak lama tu azan subuh dah..kuikuikui. Aku dah terjaga dah pukul 4.35 tapi sbb confident level tu tinggi sampai langit ke tujuh so aku rileks sambung tidur balik sebab konon nanti jam aku bunyi pukul 4.50. Bukan aku nak masakpun. Nak panaskan lauk je dlm microwave. Tapi bila jam aku bunyi, tengok2 dah pukul 5.30. Kelam kabut bangun kejut husband suh makan kurma untuk sahur. Rupanya aku lupa nak set jam tu bunyi hari2. Aku set smlm je tp kepala otak dok ingat aku dah set jam sepanjang puasa.. Hadoiiii, nasib baik sempat gak makan kurma dgn minum air weh. Nasi lauk semua aku masuk terus dlm peti.. kehkehkeh.

Petang semalam husband ajak makan luar tp since diepun tak tahu nak makan kat mana so aku malas. Baik masak je. Pukul 6 baru nak keluar cari tmpt makan mmg tak lah. Semua tmptpun penuh rasanya. So aku masak je sambal ikan kembung, sup cendawan campur fishball, tempe goreng dgn telur dadar. Jadilah tu. Kasyah makan dua kali okey. Feveret die tu sup cendawan. Pukul 7 aku dah suap makan, alih2 pukul 8 lebih ngadu nak makan nasi lagi.. hahaha.

Oh ya hari ni Birthday Kasyah yang ke5. Alhamdulillah Kasyah membesar dgn sempurna. Takde apa yang aku minta pon selain kesejahteraan die hingga akhir hayat. Jadi yang terbaik dalam apa jua yang die lakukan. Apa jua yang ibu2 lain doakan untuk anak die, itu juga doa dan harapan aku. In sha Allah.

Mama sayang Kasyah sangat2.

6 Magic Words:

eima said...

happy besday kasyah ........

hahaha byk kali dah jd kat thn lepas ..kes sbb sambung balik tido la ...

Zee Suhaini said...

hepi besday kasyah..

Kniedaz said...

salam ramadhan n happy birthday kasyah ^_^

nur anis said...

happy birthday kasyah..:)

SweetLikeWhat said...

happy besday kasyah..jadi anak soleh buat ibu ayah ok

aTieYusof Family said...

hihi...kami pun hari ni dah terlajak sahur Anne..sempat minum air kosong je..huhu..
Happy birthday Kasyah ensem.. moga jadi anak yg soleh ye cyg...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...