Tuesday, June 2, 2015

Sembang2

Assalamualaikum..

Hello semua.. Apa khabar? Rindunya nak berblog tapi keadaan sebelum ni tak mengizinkan. Aku demam on and off sejak hari sabtu 23hb haritu. Hari ahad 24hb pulak kena kerja so pagi tu walaupun masih pening still gagahkan diri pergi kerja tp balik tu mmg lepaklah. Hari Isnin aku amik MC nak rehat. Baru nak baik demamkn. Hari Selasa pulak ingat dah baik tp baru pukul 10 dah gigil kesejukan kat ofis. Pukul 2 badan dah panas.. Hadui. Malam tu aku gi klinik kesihatan amik darah semua tp langsung xdpt mc weh. So pergilah kerja hari rabu. Same thing happen, aku demam balik kat ofis. Balik kerja gi klinik lg. Kalini doktor bagi MC untuk hari Khamis sbb aku kena rehat. Makan ubat kalau tak rehat tak guna jugak. So MC lah aku hari Khamis tu. Hari Jumaat, pergi ofis tetaplah balik keje tu badan panas balik. Kiranya aku takleh duduk dalam aircond. Mesti sejuk gigil dan demam. Sabtu ahad aku masih telan ubat sbb tibe2 je rasa sejuk nak demam.. Sampailah hari ni, dah pukul 10 ni, aku dah sejuk balik...

Aku sebenarnya kena pergi X-ray sbb aku batuk dah sebulan tak baik. Batuk sampai muntah2. Akupun tak faham kenapa. Tapi since aku ni kerja bukan boleh amik time slip, so kalo nak gi x-ray kena cuti. Cuti aku bukan banyakpun. So aku mmg tak tau bila boleh pergi x-ray. Aku cuma harap batuk aku ni akan baik nanti. Ubat batuk pon cuma boleh makan malam je sbb ngantuk giler kot ubat tu. Takkan nak mkn siang2 ni mau pening kpla tahan ngantuk kat ofis.

Pasal chicken pox Suci, Alhamdulillah dah nak baik. Semua dah kering tinggal nak tunggu tanggal je. Tapi sayanglah kulit tak cantik..huhuhu. Skrg ni anak2 mak aku dah bawa balik kg. So kami tinggal berdua je kat rumah. Rindu toksah citer ah tp aku fikir positif jer. Sekali sekala biar anak2 jauh dari kite supaya nnti taklah susah kalau nak masuk sekolah.

Okaylah itu jer nak citer. Aku pening pulak ngadap pc lama2 ni.. Daaaaaaa

3 Magic Words:

Nieyl said...

Semoga cepat sembuh yea..:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

Jg dri bek2 kak.. ubt jgn lupa tau..

LYAfrina said...

musim sekarang ni..lya pon demam on off..siap darah tinggi lg lastweek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...