Tuesday, June 9, 2015

Sup Tulang Merah

Assalamualaikum....

Sape kat sini pernah makan sup tulang merah kat Singapore? Seriusly aku ni teringin sangat nak makan sup tulang merah. Masa awal2 pregnantkan Suci ada terfikir nak cari sup tulang merah tp bila aku dah start mabuk2 aku langsung tak boleh makan daging. Jangankan makan, tengok daging pon loya. Gambar daging pon loya weh so terkuburlah niat nak makan sup tulang merah. Tapi haritu ada kawan aku si Reha tu share pasal satu restoran ni nama Fueling D'Garden. Tengok2 ada pulak sup tulang merah... Lepas tahan mengidam, last week aku ajak husband gi terjah restoran tu sbb nak gak rasa sup tulang merah. Tengok macam menarik sbb kebetulan hari ahad tu keluar pulak JJCM pasal restoran ni. Balik kerja terus ke sana. Lagipun anak2 takde, kat kampung, so senang sikit nak bergerak.

Sup tulang merah idaman hati dah berada di depan mata... Aku mmg tak expect rasa die mcm mana. Xboleh bayangpon so festime rasa aku rasa sup tulang merah ni berempah. Aku tak tau nak kategorikan rasa die mcm mana. Memang lainlah. Agak sedap sbb die pekat2. Eh serius tak reti aku nak describe camne rasa sup tulang merah ni.

Di datangkan sekali dengan roti. Mula2 husband nak makan dgn nasi putih tp aku tak kasi sbb mungkin tak sesuai. So die amik nasi goreng. Nasib baik tak amik nasi putih sbb mcm tak sesuai kot mkn dgn nasi. Pastu die siap bagi straw nak sedut dlm tulang tu. Ekk aku geli. Rasa lemak2 je. Aku mmg tak begitu suka gelenyer ke sum sum tulang ke hapa ke so aku tak sedut ah. habiskan daging je.

Cita-cita aku lepas ni nak gak makan sup tulang merah ni kat singapore. Sbb aku rasa kat singapore baru betul2 ori rasa dia (mcm pernah rasa..hahaha). Kalau korang nak try sup tulang merah ni, bolehlah ke restoran Fueling D'Garden, Dekat area stesen bas kajang. Alah google je lah..

Daaaaa...

p/s: hari ni husband balik dari JB singgah Segamat amik anak2 sekali.. yeay rindu sangat dah ni kat anak2.

6 Magic Words:

eima said...

rasa die mcm sup ke ape ... pedas ke ...mcm masak sambal je kan .. hehehe

AnneRaini said...

tak mcm sup langsung.. ada pedas2. tak reti nak ckp. campuran rendang dgn sup dgn kari ke cmane.. ntah..hahaha

mun said...

huhuhu... ni yg rasa mcm nak g terjah nie...haha

lieyalatif said...

tu laa penah tgk kat jjcm gak...merah2 mulut tangan makan bende alah nieh.....manis2 kan org kate...ntah bile lieya dpt try gak ni wey....

SweetLikeWhat said...

TAK PENAH MAKAN KAK..FIRST TIME DENGAR NI SUP TULANG MERAH..NANTI ADE REZEKI LEH CUBA NI

LYAfrina said...

1st time dgr nama sup tulang merah ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...