Thursday, July 9, 2015

Biskut cornflakes rangup, cornflakes madu, biskut sarang semut

Assalamualaikum..

Jarang-jarang aku rajin sampai update 2 kali sehari tau. Tolonglah kagum.. kahkahkah. Dah tak yah nak citer banyak. Aku cuma nak share biskut ke 4, ke 5 dan ke 6 yang aku buat. Kiranya settlelah sehari punya kerja. Kenapa boleh boleh terus 6 jenis kuih sbb 3 kuih yang aku buat ni adalah kuih yg senang dan cepat nak buat. So tak amik byk masa. Macam biskut cornflakes, lepas adunan dah siap, ko tinggal sudukan je masuk papercup. Susun rapat2 dlm dulang pembakar pastu bakar je sekali dpt banyak. bakar 2-3kali siap dah. Yang cornflakes madu pun sama. Masak atas api pastu sudukan dlm papercup. Pastu bakar kejap dlm 10minit. Senang sgt. sarang semut pun sama. Parut2 adunan pastu sudukan je dlm papercup. Sap sap soi sejam siap.



Biskut cornflakes

250gm mentega
1/2 cawan gula
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
cornflakes(aku guna separuh kotak yg besar)
hiasan(ikut suke)

cara2.
1.kacau mentega dan gula hingga sebati
2.masukkan tepung.bile dah sebati masukkan pula cornflakes
3.sudukan ke dlm paper cup.hias ikut suke
4.bakar pade suhu 160c 15-20 min





Cornflakes madu

Bahan2
1/2 kotak cornflakes (dihancurkan sedikit)
100gm mentega
1/2 cawan madu
3-5 sudu gula (kurang manis tambah)
mix fruit

Cara2.
1. Panaskan kuali dan cairkan butter
2. Masukkan madu dan gula dan masak hingga gula hancur
3. Masukkan mix fruit. Kacau sebati kemudian masukkan cornflakes.
4. Tutup api dan kacau cornflakes hingga sebati dgn madu.
5. Sudukan dlm papercup. Hias ikut suka dan bakar lebih kurang 10 minit.


Biskut Sarang Semut

250gm Mentega
100gm gula halus
350gm tepung gandum
100gm tepung jagung
sebiji kuning telur
1 sk esen vanila
coklat rice sebagai hiasan

Cara membuatnya
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila. Kemudian masukkan tepung yag sudah di ayak terlebih dahulu.gaul rata.
3. Dengan menggunakan alat yang sesuai, parut adunan untuk mendapatkan hasil seperti sarang semut.
4. Masukkan dalam papercup dan hias dengan coklat rice.
5. Bakar pada suhu 150C selama 15 minit.


Selamat mencuba uolsss...

p/s: dah apply cuti raya. 16-21hb.. Jadilah. Cuti bukan banyak pon.

5 Magic Words:

wahida said...

dah kenapa entry ko ni aku tak boleh tgk gambo?
huwaaaaaaaa....

AnneRaini said...

aku tgk ok je... server prob kot.. akulak background xde ni.

lieyalatif said...

ye laa lieya takleh tgk pic....

ape2 pun tahniah buat biskut sendiri...lieya? tunjuk2 ajeee haahahahaahah

lieyalatif said...

Assalamualaikum…

Selamat hari raya aidilfitri dari lieyalatif buat anne sekeluarga….moga syawal dirai dengan penuh meriah dan dlm keberkatan Allah taala….

Terlebih bias tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti akan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Hati-hati dlm perjalanan moga raya tahun ini dirai gembira….

LYAfrina said...

sedap-sedapnya... tringin nk buat sndri jugak..tgu msk rmh sdrila..bru smngat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...