Monday, July 13, 2015

Biskut semperit cheese dan biskut ulat bulu

Assalamualaikum...

26 ramadan dah hari ni.. Tinggal 4 hari je nak puasa. Allah rasa rindu pada ramadan dah menjelma walaupun masih ada beberapa hari lagi. Semoga masih berkesempatan berjumpa ramadan lagi. Hari ni aku dah gantung kuali. Dapur dah kemas. Barang basah dah aku habiskan. So hari ni berbuka juadah PARAM lah nampak gayanya. Tinggal hari ni dengan esok je. Rabu dah berbuka di kampung.

Hari ni nak kongsi lagi biskut terakhir yang aku buat semasa di kampung haritu. Since hari sabtu dah settle 6 jenis kuih raya, maka hari ahad tinggal nak siapkan dua je lagi. Biskut semperit cheese dan biskut ulat bulu. Tahun lepas dah buat semperit susu so tahun ni cheese pulak. Tak yah nak bebel banyak, moh ler tengok.


BISKUT SAMPRIT CHEESE

200g mentega (yg tulen akan membuatkan biskut lebih sedap)
100g cream cheese
130g gula icing
200g tepung jagung kupu2
140g tepung kastad(birds custard)
180 g tepung gandum
2 biji kuning telur
2 camb susu pekat manis
1/2 camt esen vanilla
ceri merah @ kismis hitam@ choc chip untuk hiasan

CARA2NYA
Pukul mentega,cream cheese sehingga gebu.Masukan esen vanilla susu pekat dan telur sebiji2.Pukul perlahan sampai sebati.Campurkan kesemua tepung,masukan sedikit2 sambil dikacau dengan spatulla sehingga menjadi doh.Biarkan 5-10 min.Picit dengan acuan samprit.letakan ceri @kismis hitam @choc chip sebagai hiasan.Bakar 15 min,suhu 150*C dengan api bawah.



Biskut Ulat Bulu.

250 gm butter
1 cwn gula aising
1 bj kuning telor
3 cwn tpg gandum
1 1/2 cwn tpg jagung

pukul butter, gula dn kuning telor..jgn sampai kembang..
saya guna senduk jer..
masukkan tepg gandum dn tpg jagung sikit2 sambil di uli hgga jd doh yg lembut.. tpg2 tu saya tapis/ayak dulu..
ambil sedikit doh masukkan dlm acuan dn tekan menjadi ulat bulu..hehe..
bakar 180 drjh celcius selama 20 min..ikut oven masing2..


Kedua2 biskut ni memang sedap pada tekak aku. Bolehlah buat lagi nanti. Sehari sebelum raya ni, selain nak masak juadah raya yang aku belum decide nak masak apa, aku juga nak buat 2-3 jenis kek dan brownies. Mintak2la jadi. Oh ya, cakap pasal juadah raya, aku tak tahu nak masak apa. Ingat nak buat satay goreng tp aku nak rendang daging jugak. Pastu rasa mcm nak buat daging dendeng. Alahai confuselah. Ayam nak buat masak merah ke rendang ke? tapi daging rendang lagi sedap. Erm entahlah. Tengoklah nanti apa yang jadi.

Okaylah, daaaaaaaaa..

5 Magic Words:

eima said...

rajinnye ko hai ... aku tak penah buat kuih raya aku ni pemalas sgt dan tak reti dan x konfiden nk buat .. takut ....

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui pch rekod tak buat kuih raya tahun ni..hahaha

Miss Kirokuza said...

MENCI!!!menci tgk kueh rayo ko sedap2!
jeles sbb ko rajin sgt hahahahaha
boleh???????????? selamat hr raya anne!

AnneRaini said...

takyah nak jeles sgtlah reha. ko ade excuse xlarat buat kuih..hehe.

LYAfrina said...

wahh..bgusnya...
lya semua tunjuk2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...