Friday, July 31, 2015

Di malam raya pertama

Assalamualaikum...

Jangan dilayan malas aku ni. Kang tak habis update. cepat2 kasi clear citer raya pertama. Malam raya, macam yang aku habaq sebelum ni, rumah kena serbu lagi. Tu yang lauk pauk segala mala benda habis licin tu. Suka tau sbb esok boleh makan roti canai pagi2. hehe. Balik dari kampung beraya tu, kami terus siap2kan apa yang patut untuk geng kampung datang pulak. Mana lauk yang patut dipanaskan, dipanaskan. Air pon siapkan satu bekas besar. Tu pun xcukup.. huhuhu. Kuih yg dh kosong dipenuhkan. Dalam pukul 9 gitu mak long aku sefamily pon sampai. Bayangkan kecohnya rumah sbb maklong aku ni anak je 8. Semua dah kawen. Cucu je 25 okay. Havoc rumah. Aku memang rapat dgn family mak long dgn makcik aku sbb masa kecik2 suka tido rumah diorg. Pastu masa form 6 aku tinggal umah maklong aku. Tu yang lagi rapat. Pastu kitorg ni semua jenis memetir. Cakap tak boleh slow kecuali kalo bergosip. Boleh plak berbisik2.. hahaha

Sampai2 diorg ni pepandai je terus ke dapur. Lapor le tuh. Nak makan amik sendiri. Senang. Pastu pakai je pinggan polistrin. Sape nak basuh pinggan? Aku malas.. hehe

Diorang duduk sampai ke dapur tmpt masak tu. Aku sibuk top up lagi ketupat. 

Lepas tu mak itam aku (baju biru) pulak sampai dgn pak uteh sekali. Lagi kecoh suasana. Yang ni bhgian tengah rumah. 

Ada yang amik port duduk ruang tamu depan. Mostly budak2 ler. 


Ni sepupu aku yang paling kuat enterframe.. Kak Lot. Kawan gosip gak ni.. 


Balik je maklong aku dgn pak itam dan pak uteh, kami terus lepak xlarat. Masing2 semua tidor awal sbb pagi tadi dah tentu2 bangun awam pastu gi beraya lagi, melayan saudara mara lagi, mau tak lepas. Esok nak balik kampung abah pulak...

So habislah kisah raya pertama.. Sambung raya kedua pulak ye..

Daaaaaa...

7 Magic Words:

Zee Suhaini said...

penat penat pon seronok anne..

adda syuhada said...

meriahnyer..

Cikna said...

Masa raya ni la nk b'kumpul, masa bising2 xrasa penat cuma bila sunyi mulala terasa keletihannye... Selamat hari raya...;-)

Love Razila said...

Owh Anne, merianya raya...kalau semua berkumpul haruslah kecoh satu rumah...saya suka hendak lagi ada pula yang komcing...owh petir-memetir sesaja...penuh gelak tawa. wehoo.. best..best..best..

Love Razila said...

Owh Anne, merianya raya...kalau semua berkumpul haruslah kecoh satu rumah...saya suka hendak lagi ada pula yang komcing...owh petir-memetir sesaja...penuh gelak tawa. wehoo.. best..best..best..

LYAfrina said...

betol tu..usah dilayan rasa lemau tu..klo x, raya thn dpn x update lgkan..hehe..

waaa...ini betol2 raya..penuh serumah

ct cheery said...

Ramainya..meriah tengok..suka cheery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...