Monday, July 27, 2015

Menjelang raya..

Assalamualaikum...

Lemau lemau lemau... Nak mengupdate blog dan nak pilih gambar punyalah malas tahap langit ke tujuh.. Tapi kalau diikutkan malas ni, aje raya haji tahun depan tak berupdate lg. Rasanya hari ni ramai dah start kerja balik. Jalan pun dah star jem pagi tadi cuma belum teruk lagilah. Sempat lagi aku sampai awal kat opis. Hari ni kite cerita hal2 menjelang rayalah ye. Macam aku bagitau sebelum raya haritu, petang rabu lepas kerja kami terus pecut balik Segamat. Sampai rumah mak aku dalam 10 minit lagi nak berbuka. Yay berjaya. Lagipun jalan tak jem. Lancar je sampai kampung. Malam tu xde buat apa just lepak2 tido awal sbb esok pasti banyak kerja menanti.

Sehari sebelum raya, lepas subuh aku dah start projek baking. 5 jenis kek aku buat tahun ni. 2 jenis brownies, congo bars, kek minyak pelangi dgn kek butter cadbury. 4 jenis aku siapkan sblm tghari. Lepas tu dlm pukul 11 lebih tu aku dgn husband keluar pergi hospital melawat kawan husband excident. Dalam pukul 3 ptg dah sampai rumah terus siapkan bahan nak memasak lauk. Tapi banyak mak aku dah siapkan dah. Aku tinggal masak je.

Brownies chewy goey.. Kasyah dgn husband dok ngulang makan brownies ni je. Serius sedap hokeh. 

Congo bars. Percubaan pertama sbb sblm ni tak pernah makan pon. Sedap rupanya. hehe

Kek minyak pelangi dgn kek butter cadbury. Pon sedap jugak. Lagi 1 brownies aku buat malam raya lepas siap masak so lupa amik gambar. 

Anak-anak sibuk bermain. Husband tugas die jaga anak. Nak harap die tolong masak mmg xde maknanyer. 

Lepas asar, akupun mula masak. Mula2 masak paru berlado. Festime bapak aku beli paru. Tapi diepun  bukan reti nak masak. Siang paru pon tak berapa reti. hehehe. Patutnya potong nipis tp die potong kiub kecik2.. kihkihkih. Takpelah kata festime. Siap masal paru, aku buat rendang pedas daging pulak. Memang pedas kooo.. Sedap sangat. Bukan nak puji diri tp serius sedap. Kitorang mmg feveret makan pedas.  rendang aku ni mmg hot selling. Sedara-mara dtg serbu rendang ni je. Hari raya pertama settle. Akupun tak puas makan. Husband kata, lauk2 org lain mmg takleh celen rendang aku ni. Diepun tak makan lauk org lain. Ngulang makan rendang dgn ayam masak merah je.

Rendang siap dimasak sblm berbuka. Untuk buka puasa hari terakhir, kami makan ketupat segera dgn paru berlado dan rendang daging. Lepas je solat maghrib, aku sambung masak ayam masak merah pulak. Masa ni dah mula dah pesta mercun dgn bunga api. Dum sana dum sini. Meriah sungguh.  Settle masak ada masa sikit lagi sementara aku nak tgk Hidayah-Mu Ramadan episod akhir, aku bancuh brownies lagi 1. Settle tu terus mandi dan lepak depan tv. Habis layan drama, baru aku siapkan keperluan esok nak raya. Lepas tu tidolah apa lagi.. Penat kot.. hehe

Sambung citer raya pertama pulak ye...

Daaaaaaaaa...

6 Magic Words:

Zee Suhaini said...

wahhh dah boleh jadi pakar masakan..

eima said...

rajinnye ko wei ...aku cuma boleh tolong hiris bawanga pe yg ptt je ...nk masak mmg serender

Ann Ishak said...

wah...sampai 5 kek sekali, best la

nusha fasha said...

Ahhh mencik sbb tgk.mknn sdp2 .. huhuu

Muzai Samilan said...

seronok kan anne kalau ada tukang makan.. aku ni kalau buat, tukang setakat merasa je... makan lebih2 x mau.. tu pasal badan cekeding je ..selamat hari raya anne

LYAfrina said...

waahh..rajinnya masak2..byk tuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...