Tuesday, July 14, 2015

Menu berbuka penghujung ramadan

Assalamualaikum...

Plan asal nak buat minggu ke minggu tapi biasalah janji melayu so harini update terus menu berbuka sampai semalam. Lepas ni xde dah. Menu raya je. Itupun kalo rajin amik gambar. Selalunya aku sibuk di dapur dan sibuk siapkan anak2. So mari kita lihat siapa yang kena... eh mari tgk list berbuka aku ye. Sambung dari entry seblm ni

Heri ke 16
Sahur: Kami makan nasi goreng.
Buka: Since kitorang balik kg, petang tu lepas kerja terus gerak dan Alhamdulillah berjaya sampai umah mak mertua aku beberapa minit sblm buka. So kami makan nasi lauk daging pedas, kangkung goreng, telur dadar dan kuih muih yg husband belikan utk anak2.

Hari ke 17
Sahur: bersahur di rumah mak aku. Lauk rebung masak lemak campur perut (aku tak suka), pucuk paku. Aku makan mee goreng.
Buka: Berbuka di rumah mak mertua aku. Mak masak nasi minyak dgn gulai daging pastu akak ipar aku buat laksa penang. Terbaik.

Hari ke 18
Sahur: Husband makan nasi minyak tapau umah mak smlm. Aku makan nasi goreng je.
Buka: Nasi dgn lauk daging blackpepper, ayam sambal, kuih muih.

Hari ke 19
Sahur: Tertido lps jam bunyi. Nasib baik jam nak pergi keje bunyi pukul 5.30 so sempat gak minum air dgn mkn kurma...
Buka: Makan free di presint 8. Nasi dgn lauk daging kari, sayur campur + ulam + sambal belacan.

Hari ke 20
sahur: Aku buatkan husband meggi goreng. Aku pulak makan oat.
Buka: Aku buat nasi ayam madu. Sedap sangat sampai anak2 pun makan bertambah. Nasi habis. Bagus.

Hari ke 21
sahur: Husband makan nasi ayam aku makan oat.
Buka: Aku buat nasi goreng pataya. Pastu husband beli kuih muih.

Hari ke 22.
sahur: perabih nasi goreng ler.
Buka: Buat kue tiow kungfu dgn kue tiow goreng.

Hari ke 23
sahur: Kue tiow kungfu dgn kuih muih.
buka: Last day kami pergi makan kat presint 8. Nasi lauk kari ayam + sayur + sambal belacan.

Hari ke 24
sahur: husband ada tapaw roti sardin malam tadi. Aku makan oat je.
buka: Aku buat butter chicken. Pastu buat pertama kalinya kami pergi bazar putrajaya. Belilah kuih muih, kebab tu semua.

Hari ke 25
sahur: Perabih makanan semalam.
Buka: Last day masak. Aku buat mee goreng je. Pergi lagi bazar putrajaya. Beli kambing grill, roti boom dan kuih muih.

Hari ke 26
sahur: Mee goreng
Buka: husband beli nasi kerabu dan kuih muih kat bazar.

Hari ke 27 (hari ni)
Sahur: Bubur lambuk dan kuih kasi perabis.
buka: In sha Allah roti john, kambing golek dan kuih muih. (husband pergi beli)

Esok dan khamis berbuka di rumah mak.. in sha Allah...

Nasi ayam madu. Pernah aku share resepinya.. Alhamdulillah memang sedap.


Ayam butter dan nasi goreng pataya. Itu je gambar yg ada..


Well aku happy sbb one of my friend dah pregnant after 6 years menunggu. Tahniah Reha. Jaga diri bebaik. Enjoy pregnancy ni.

Okaylah.. Daaaaaaa

2 Magic Words:

aTieYusof Family said...

wow... siap ada list menu ye..hehe..buat catatan kenangan ni.. Salam Lebaran buat anne & family... kosong2 ye.. :)

Miss Kirokuza said...

hhihihii tq anne :)
doakan aku ye..insyaallah amin...mmg ni yang ditunggu2 hihhhi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...