Tuesday, July 7, 2015

Projek kuih raya - Tart strawberi cheese

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah pun masuk 10 ramadan terakhir. Sayu pulak rasa hati ni bila ingat yang ramadan akan meninggalkan kita. Tapi pada masa yang sama keterujaan nak beraya tu dah semakin di rasai. Teruja nak berjumpa dengan sanak saudara. Biarlah tak berduit asalkan dpt jumpa keluarga di hari raya. Takde maknanya nak berjimat tak yah balik kampung. Baliklah selagi boleh. Kekalkan silaturrahim yang ada.

Last week aku ada bagitau aku nak balik kampung untuk buat kuih raya. Alhamdulillah settle semua. Aku plan nak buat 8 jenis, 8 jenis aku siapkan dlm masa 2 hari. Tapi penat jangan citer ah. Sampai skrg tangan, badan sume sakit. Hari sabtu je aku buat 6 jenis. Lepas subuh dah start buat terus 2 jenis. Tghari siap stop kejap tido2 rehat. Pukul 2 buat lagi 2 jenis sampai pukul 5 siap. Pastu gi umah mak mertua aku untuk buka puasa. Malam balik godek lagi 2 jenis. Pukul 11 malam settle. Hari ahad pagi tu buat lagi 2 jenis so by tghari dah siap. Berjayalah misi kuih raya aku kali ni dgn bantuan mak dan abang aku. Abang aku tukang bakar kuih. Mak tolong gentel kuih..hehe. Kasyah tolong makankan kuih..hehehe.

Kuih2 raya yang berjaya aku siapkan. Tahun ni tak nak beli sbb tahun lepas beli tak sedap sgt. Tak puas aku. Tinggal nak beli kerepek2 je ni. Tapi kuih2 ni semua available kat rumah mak akulah sbb aku mmg buat utk rumah mak akupun. Aku bawa balik sikit2 je. Cukuplah kalo org dtg raya 2 kali.. hahaha.

So hari ni aku akan share biskut pertama yang aku buat. Tart strawberi cheese. Tart yang kaya dgn rasa keju cheddar dan ini menjadi favourite Kasyah. Die je dok ulang makan.




Tart strawberi cheese

Bahan2
500gm tepung gandum (actually jumlah tepung ni tak tentu. Ulilah sampai jadi doh.)
375gm pure butter
100gm gula kastor
1 sudu the esen vanilla
3 biji kuning telur gred A (Kalau gred B boleh guna 4)
200gm keju cheddar
Jem strawbery secukupnya (ikut suka nak guna jem apa.)
50gm keju cheddar parut sebagai hiasan

Cara2.
1. Pukul butter dgn gula guna kelajuan minimum hingga sebati dan tiada ketul gula.
2. Masukkan kuning telur, keju dan esen vanilla
3. Masukkan tepung dan kacau guna senduk hingga jadi doh.
4. Bulatkan dan letak inti. Sapu kuning telur dan tabur cheese parut.
5. Bakar pada suhu 170 slm 20-23 minit atau hingga kekuningan.


Okaylah.. Selamat mencuba. Daaaaaaaa

6 Magic Words:

Zee Suhaini said...

terbaeklah anne ko..sekali pulun jer 8 jenis..hahahaa..
tahon ni merangkak skit nak buat biskut..mood malas menyerang..
tart cheese memang sedap..pernah sekali beli..tapi nak membuat sendiri tu kena tunggu mood datang..

Nieyl said...

Sedih sbb ramadhan nak tinggalkan kita...
teruja nak bertemu Syawal..
Semoga tahun depan ramadhan dtg lagi..Amin...

E'in said...

adessssss nmpk sedap okay tart strawberry cheese akak nie..
selalu mmg e'in dgn ibu akan buat tart nenas tiap2 thn..
tp thn nie kami mls, so beli jela.. hihi

nuyui a.k.a miss YUI said...

fuhh sdpnya tgk.. baca cheese pun dah trliur..camner? hahaha..

Kniedaz said...

rajinnya buat kuih raya...saya malas huhu...tu yang rajin tunjuk je hehehe

LYAfrina said...

msti sedap belaka ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...