Wednesday, July 15, 2015

Sebelum raya...

Assalamualaikum...

Mood sangat baik hari ni sbb last day keje sebelum raya pastu petang ni lepas kerja terus berdesup balik kg. Barang2 dah siap kemas dan dah masukkan dalam kete. Pukul 4 husband amik kami terus ke highway balik kampung. Hari ni pon pergi opis pakai t-shirt dgn jeans je.. Hahaha mmg tak nak kerja betul. Mood raya dah on ni tak sabar nak balik kampung. Esok plan aku nak buat kek 2-3 jenis. Pastu masak ler apalagi. Mungkin jugak nak ke hospital melawat kawan baik husband eksiden. Bab kemas rumah mak, aku dah surrender dah. Itu tugas abang aku. Dulu2 zaman bujang mmg aku pulun kemas hias satu rumah. Dah kawen dan dah beranak pinak ni, aku take over bab dapur pulak.

Pagi tadi lepas sahur, aku sempat kemas umah sikit2. Tahun ni tak beria sangat nak deko2 pun sbb duit byk habis untuk deko bilik Kasyah. Cuma aku cat perabot je bagi nampak lain sikit. Nak beli perabot baru xde bajet. Tunggu pindah rumah sendirilah baru tukar perabot terus.


Sempat amik gambar pagi tadi. Karpet aku tak letak lagi, Saje je malas letak dulu sbb budak2 ni suka makan bersepah depan tv. Nanti2 lepas balik dari kampung baru letak karpet. Perabot kat hall semua aku cat putih. Pastu sofa tu aku bukak sarung hitam dia dan biarkan dgn sarung asal. Langsir aku buat juga sbb last year tak tukar langsir. So itu je pun yang lainnye.. Ingat nak beli bunga bagi ceria sikit tp tengoklah kalo ada masa. Aku ada beli frame family warna putih kat Kaison tapi itupun tak gantung lg. Gambar pun tak print so hold dululah. 


Okaylah uols, sekali lagi diucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. Semoga perjalanan kite selamat dan lancar hingga ke destinasi. Semoga berat badan tak naik lepas raya ni. hihihi.

Daaaaaaa....

p/s: Rindu ramadan.

4 Magic Words:

LYAfrina said...

moga slamat smpai ke kampung halaman ye

nuyui a.k.a miss YUI said...

cntik je ruang tmu akk..

hati2 ya kak =)

Muzai Samilan said...

cantik rumah ko anne.. kemas je.. selamat hari raya

AnneRaini said...

ko jgn tertipu muzai.. ini sbb aku baru kemas.. pada hampir setiap masa rumah aku bersepah dgn mainan dn bantal bertaburan...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...