Wednesday, July 8, 2015

Tart nenas gebu.

Assalamualaikum..

Ramadan ke 21 hari ni tapi aku ni ngantuknya lahai xleh nak cakap ah. Melekat rasa mata ni. Drive kete pagi tadipun sampai pejam2 mata. Nasib baik xtertido terus.. huhuhu. Ni pun dah lari gi surau tido jap dlm 15 minit. Tido lama2 kang kantoi pulak bos tgk aku takde kat meja aku. Kalo 15 minit tak ah nampak sgt. Die ingat aku sembelit berak batu je kot.. kehkehkeh. Moh ler update blog kejap kot2 boleh segar sikit mata ni...

Lepas siap gentel biskut tart cheese, aku bancuh pulak adunan untuk tart nenas gebu ni. Feveret sangat kuih ni. Ni memang menepati citarasa aku. Ada rasa lemak2 dari minyak sapi. Tapi tak ketara sangat. Memang sedap ah. Hari2 lepas buka ngap sebiji. Aku rasa sampai raya ni mmg tinggal serdak jelah.. hehe.


Tahun ni aku mintak mak buat jem nenas homemade. Mak aku buat guna 3 biji nenas cukup2 je utk dua adunan tart. Tapi jem nenas mak aku termanis sikit. Akukan tak kuat manis.. Tapi memang sedap ah.


Tart nenas

Bahan2

250 gram butter
1 sudu minyak sapi
2 biji kuning telur
3 sudu gula (dikisar halus)
4 sudu tepung jagung
3 cawan tepung gandum
Jem nenas secukupnya

Cara2.
1. Pukul butter, minyak sapi dan gula hingga sebati menggunakan senduk.
2. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Tak perlu lama mcm buat kek tu. Memadai hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh. Untuk resepi ni just nice je tepung tu dgn adunan butter. Tapi kalu agak2 mcm lembik tambahkan tepung jagung.Kalau terlebih keras pulak tambah minyak sapi. Pandai2lah adjust.
4. Bentukkan ikut suka. Nak canai dan terap boleh. Nak gulung pon boleh. Kite yang buat die.
5. Bakar pada suhu yang sesuai dgn oven korang. Oven aku dalam 175 celcius selama 20 minit.

Selamat mencuba uolss...

Daaaaaaaaa...

p/s: Ngantok so xde idea nak merapu sgt.

4 Magic Words:

wahida said...

ya ampun noks...hebatnya ko...
aku ni bab kuih muih mcm ni mmg gagal lah...
kalau nak tahu, aku ni peminat tegar tart nenas, tapi tak pernah umur hidup aku buat sendiri noks...hahaha...

sedapnya tat nenas ko weh...terliur aku tgk...

AnneRaini said...

wahida: sedap sgt ni nok...meleleh airliur tau.

MyLife Ria said...

wahhh, rajin nyer bikin kuih. Kalau jiran, dah bawak tabung kosong satu, mintak isi :P

LYAfrina said...

feberet ni...
byk jns gak buat kuih ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...