Wednesday, August 5, 2015

Buat makan-makan sikit.

Assalamualaikum...

Hari sabtu yang lepas bersamaan dgn 1hb Ogos iaitu pada hari 16 Syawal, rumah aku ada buat makan-makan sikit. Bukan open house tau tp just makan2 panggil kawan2 rapat or yg dekat2 je sekitar KL. Aku yang nak buat sebenarnya sbb cousins aku selalu dtg raya mmg nak aku masak best2 so alang2 buat sekali je panggil beberapa family. Plan asal mmg aku nak ajak kawan2 aku 3-4 ketul. Pastu husband nak jugak ajak kawan2 die beberapa ketul lg. Okaylah. Lagipun kenapa tak buat open house besar2 panggil semua dtg tu sbb bajet pon kecik. Dpt jamu kawan2 rapat pon dah ok dah aku rasa. Cuma ada benda tak best yang buat aku agak kecik hati sikit. Yang buat aku seriklah nak ajak orang ni. Macam yang aku cakap, asalnya aku yang nak buat makan2 ni sbb nak ajak kawan2 aku. Senang citer kawan opis sbb yelah tak pernah ajak kan. Bila xbuat makan2, masing2 sibuk tanya
"Anne, xbuat open house ke? Kalau buat boleh kitorang dtg"
"Anne, xnak masak ke?"
"Anne, bila nak bagi saya rasa awak masak ni?"
"Anne, xnak ajak dtg raya ke?"
"Anne, bla bla bla bla..." Anne itu anne ini.

Tu yang rasa, buatlah tahun ni untuk kawan2 opis pulak. Sblm ni kalo buat mmg utk kawan2 husband and aku standard ah ajak sepupu2 aku je. Kawan baik aku yang sama2 duk KL mmg awal2 dah bagitau aku die xde sbb pakcik die kawen so no hal lah. Yang buat jadi hal tu sbb semua kawan2 yang aku ajak 5 family tu semua tak dtg. Ko rase? Since ajak pon pilih2 so aku masak semua ikut berapa orang. Xnak tak cukup dan tak nak terlebih sgt. Yang dtg semua kawan2 husband je. Cousins2 aku mmg dtg lah. Kecik hati aku weh. Bila ajak tak dtg. Dah lah tak bagitau pun. Buat kita tertunggu2 je. Aku dah bgtau aku bukan buat open house ajak semua org sesapa je dtg. Aku ajak beberapa org je dan orang tu je yang aku tunggu2. Tapi bila tak dtg dgn tak bgtau mmg kecewa ah sikit. Banyaklah lg makanan terlebih. Yang buat lg sedih, esok tu terpaksa buang. Serik aku nak ajak lg. Mungkin lepas ni kalo aku buat mkn2 lg mmg untuk kawan2 husband je lah. Kawan2 opis mmg khas kat opis jelah. Keluar je opis dah xde dah. Nasib baik husband ajak kawan2 die. Kalau die xajak lagilah xde sape dtg agaknya.

By 5 pm dah siap dah.

Antara yang aku masak. Lontong dgn sambal udang, mee hailam, rendang daging dgn lemang, cekodok pisang, cekodok bilis dgn puding pelangi. Semua aku masak kecuali kek tu sbb oven xde kat rumah. Oven tinggal kat kg so xlehlah nak bake cake.

Lontong makan dgn sambal udang

Rendang meletop dgn lemang segera

Mee hailam

Antara tetamu terawal yang dtg.


Cousins2 aku dtg malam siap tido umah aku lagi. Esoknya tu aku ada jemputan open house tp malas nak pergi sbb yg hostnya salah sorg yang aku ajak tp xdtg pon rumah. So aku balaslah balik.. Lagipun kalo aku nak pergi tetap xboleh sbb cousins aku kan tido rumah aku so orang ada kat rumah takkan nak keluar pulak. Gitulah cerita makan2 kat rumah aku. Serius weh, dulu masa buat open house tak ajak diorg, kemain komplen kata tak ajak tapi bila kita buat khas untuk diorang, jengah pon tak. Xpelah ini hari aku. Doakan jelah masing2 bahagia.

p/s: Aku buat2 busy je kat opis ni so xdelah nmpk mcm aku ni kecik hati. Aku busy sbb tu pendiam sikit.. :p

10 Magic Words:

eima said...

hmmm kite pun ade buat makan2 ...jumaat lepas jemput kawan2 rapat ....
dah kite wasap die dah bc reply pun x ...tgu2 pun tak dtg ....
nasib baik kawan2 hubby ramai yg dtg ...alhamdulillah majlis lancar ...kecik hati kan org cam tu .. bila kita buat tak jemput ckp x jemput ...bila jemput reply pun tak

Zee Suhaini said...

memang terasa la kalo camni..penat kita masak tetiba tak jadik siap tak inform..kalo inform dapat gak ajak/sedekah kat jiran..
banyak gak menunya anne..

AnneRaini said...

eima: tulah yg geram.. kalo xajak kemain lg ckp xajak pun smpi segan2 kite ni dgn rasa bersalah xngajak. Dah ajak btg hidung pon xde.

AnneRaini said...

Zee: kan zee. kite ni tunggu smpi ke tgh mlm haram xde. kalo x dah boleh bagi jiran2 dah.

Rizziela said...

Tu lah... yg saya ni sampai x cukup makanan...

Tp mmmg ada yg x dtg bila beria2 minta alamat...tp redha aja

Love Razila said...

ish..Anne x ajak cuba diplawe..zasss ku tiba. HAHAHA

Love Razila said...

ish..Anne x ajak cuba diplawe..zasss ku tiba. HAHAHA

husna zahidi said...

mungkin ada hal yg tak dpt dielakkan kot kak..huhuhu.. sabar ye..:)

LYAfrina said...

byk jugak masak2 tu..
insyallah, nest year blh la buat jgk mkn2 ni

mrs adam said...

byknya awak masak anne,kalau saya masak macam tu mesti pengsan.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...