Monday, September 21, 2015

Italiannies, Alamanda

Assalamualaikum...

Maaflah korang kalo aku dah lama tak komen2 sangat kat blog korang. Ade je selalunya aku jengah cuma mood nak mengomen tu tak berapa nak ada. Kadang tu aku gigihkan juga jari jemari ni menaip. Well di kesempatan ini, biarlah aku berterus terang kenapa perangai malas ni jadi kat aku.

 I'm going to be a mother of three

Alhamdulillah, dah pun 3 bulan dah usia kandungan aku. Buat masa sekarang ni memang tengah mabuklah ye. Makan itu tak boleh, makan ni tak boleh, tengok makanan tu tak selera, semuanya tak seleralah. Tapi at least kali ni aku kurang muntah sbb mana2 makanan yang aku rasa mmg aku tak boleh makan, aku elakkan. Hari2 kat opis pun selalunya roti atau biskut je. Yang lain2 no no no. Selalunya aku muntah malam la. Dapur rumah akupun dah lama tak berasap smpi busuk kabinet dapur rupanya ada kentang busuk tak tahu zaman bila. ahahaha. Dah nak raya ni, aku susah hati sbb tak tau nak makan apa. Dahlah raya ni balik kg husband so takkan nak merengek2 request makan macam2. Huhuhu. Kalo rumah mak aku takpe jugak. Redho jelah. Tak tahulah sampai bila mabuk aku ni.

Panjang pulak mukadimah aku ye. Pergi Italiannies ni bulan lepas. Masa tu aku tak sihat sakit kpla. Amik mc so tghari tu ajak husband makan Italiannies sbb teringin nak makan Carbonara. Masa ni mabuk baru nak mula so Carbonara yang berbawang tu boleh lg aku makan. Skrg ni segala mala makanan yg berbawang aku tak nak. Balik2 roti canai, subway, japanese food ke senang citer mknn yg tak bertumis je aku makan. Sup2 pon I don want.


Masuk2 je kat Italiannies ni, kitorg orang pertama untuk hari tu. Masa ni baru pukul 12 tghri kot. Dah order tu die bagi roti complimentary ni cicah dgn olive oil. Sedap weh roti tu. Aku suka.

Aku punya lingunie Carbonara. Sedap jugak. Dahlah portion besar. Sentak perut nak habiskan. 

Ini menu husband, Meatball bolognaise. Hambek ko sebesar bola tenis kot meatball die. Jenuh gak nak habiskan. 

Sememeh sangat rupa.. Hahaha. Dengan tak mekapnye, pastu tudung pun main capai je. Aku skrg mmg pakai tudung bawal jelah. Nak pakai shawl berbelit takleh sbb rasa tercekik nak muntah. So pakai tudung bawal pin longgar2. Ikat bawah je. Huhuhu sadis sangat rupa skrg ni.. hahaha. 

Oh ya, masa aku pergi tu ada promosi buy 1 pasta free one pasta. Any pasta. Tapi hanya time lunch je ada. Untung sgt sbb hrga pasta die boleh tahan gak. Rm30 okay. So jimat kat situ. Kalo utk kanak2 pulak free setiap 1 hidangan dewasa. Not badlah kan. Nak sangat makan lagi tp aku kena tunggu mabuk aku hilang dulu.. Hai lah mabuk, cepatler pergi. Aku dah naik miskin dah ni keje nak makan mahal je (sbb nasi goreng tak boleh makan..kehkehkeh)..

Selamat Hari Raya Aidiladha korang. Aku ni ntah2  tak update lagi blog sblm raya ni. Tggu lepas raya jelah.

Daaaaaaaaa...

15 Magic Words:

Zee Suhaini said...

tahniah anne..wahhhh beradik la suci pasni..
kita ni dok berangan nak mengandung taon ni..hurmmm gayanya postpone taon depan kot..nak try petua tuk gegirl..huhuu

anez zamri said...

sedapnyeeee makanan...

Miss Kirokuza said...

wahhh...xpe..nnt abes mabok makan puas2 tau..aku jek yang melantak je koje some sumbat pon ok hahahahaahahha

eima said...

tahniah dear .... gumbira mambacanye

adarnadzmie said...

tahniah sekali lg... suka nak dpt bb lagi... take care....

ct cheery said...

Congret dear..moga IBU Dan Anak sihat selalu Dan leh makan pasta lagi hehehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

udah tak tertrik tgk gmbr mkn..sbb menarik bila baca akk ngndung..heheh..

tahniah kak.

jg dri baik2 ya..

mrs adam said...

tahniah anne,
mahalnye pasta rm30,huhu

aTieYusof Family said...

Tahniah Anne... wah budak berdua tu nak jadi abg & adik dah..hihi..happy for you..
kami ni tak berapa sgt makan pasta..sini pun kedai kurang..huhu..

FiZ aka Miss Pija said...

akak! tahniah.

wahhh...dah nak bertambah sorang lagi.

take care ye ;)

Azian Elias said...

congrats dear...

anak lelaki kot.. tu yg kata sememeh tu. heeeee

lieyalatif said...

ehemm ehemmm...nape ko tinggla aku ni anne..same2 la preggy ...hahaahahah ye2 ajak sama2 tapi mcm tak mo lagi tahun ni hahahaha... ok2 start process laa hahaahah

aku suke ittalinise nie...ade satu pasta ape ntah mmg sedap..pedas2...kene ngan tekak aku...lupe laa name die...

LYAfrina said...

samalah jugak dgn lya...
mood non ado...

pembawakan budak kot tu.alhamdulillah...

mOnamie said...

yay! Tahniah.. jaga diri nah,..nanti jumpa nak laga perut.. kot bleh janggit ;p

Murni Alysa said...

tahniah..bestnya makan italiano food..nampak sedappppp!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...