Friday, October 23, 2015

Hari yang penat.

Assalamualaikum...

Penat, ngantuk, sakit badan, tangan sume ada hari ni. Hadoii, menduga sungguh. Apsal penat pulak ni kan? Well sebenarnya, husband aku takde hari ni. Actually dari petang smlm lagi xde sbb hari ni dia ada raptai konvo kat UTM JB. Since cuma raptai je pastu hari kerja pulak tak kuasa aku nak ikut. Lagipun payahlah dengan anak2 lagi nak tercongok lama2 kat sana. So plannya, husband pergi dulu balik rumah mak die kat Kluang and pergi raptai hari ni. Aku pulak uruskan anak2 hari ni and petang ni lepas kerja amik budak2 ni terus shoot balik Segamat umah mak aku. Esok petang aku gerak sorang2 pergi Kluang pulak and attend convo husband hari ahad. Anak2 tinggal je kat Segamat sbb memang xde sape boleh jaga kalo aku dah masuk dewan. Lepas convo balik KL semula kerja 2 hari then selasa balik Segamat balik sbb nak amik mak abah aku bawa pergi JB. Abah aku ade appointment cek jantung kat Hospital JB. So start hari ni sampai minggu depan akan jadi minggu penat. Dah alang2 ke JB tgh2 minggu tu, aku terus cuti sampai Jumaat dan terus plan cuti2 JB.

Kebetulan malam tadi dalam pukul 2 lebih aku terjaga. Terperasan Kasyah yg kat sebelah aku menggigil2 kesejukan padahal aku berpeluh kot panas. Sekali rasa badan die, laaa demam rupanya. Terus cari ubat soh die makan dan tampal cool fever. Alhamdulillah pagi ni dah okay dah. So nampak tak penatnya aku kat situ. Uruskan anak sorang2 dlm keadaan skrg ni mmg super exhausted. Pastu tido pulak terganggu sbb anak demam. So hari ni mmg aku ala2 nak tertutup mata dah ni. Dahler petang ni nak drive jauh. Dgn anak2 je pulak tu. Aku paling risau kalo aku nak terkencing on the way tau sbb susah nak hangkut sume ikut aku gi toilet.. huhuhu. Selalunya kalo aku drive seorang dgn anak2 mmg aku takkan minum sepanjang jalan. Pastu Kasyah pon aku pakaikan pampers.. hahaha. Sapepon tak boleh berhenti kencing termasuk aku.. hihihi.

Lunch aku minggu lepas. Aku bagitau bos aku teringin nak makan unagi, bos kate okay die bawa gi makan. Makan pon aku pilih tempat. hihihi. Baikkan bos aku. Bendul sebenarnya. kahkahkah. Senang nak kena buli. Bos kate hari ni nak gi makan lagi. Yay cuma tak tau tempat sbb kali ni makan ramai2.


Eh okaylah, aku ngantuk ni. Daaaaaaaa..

10 Magic Words:

tiga lalat said...

sedapp unagi tu makk ;p

ct cheery said...

Skali ngan kasyah kena pakai pampers yeh..sian dia ,hehe.elok lah bahaya kan xde lelaki dewasa travel ngan Kita.cheery kalo balik kg sensorang pun mcm tu.sanggup xminum.kalo berhenti pun Kat r&r yg ramai owg.sambil drive sambil DOA jgn lah kete buat hal.

LYAfrina said...

pembawakan budak tu..sbb tu letih..

bestnye dpt bos sporting camni... hehe

aTieYusof Family said...

Memang nampak penat tu Anne.. jadik supermommy dengan anak2 lagi ya..huhu..
budak berdua tu baik insyaAllah berjalan lancar semuanya...
Tahniah buat suami Anne-convo..

anez zamri said...

tak penah makan unagi tu..desa betul saya ni kak haha

nusha fasha said...

aihh mnecik toi tgk mknn ni..hahahha

Atie Yusof said...

lAwat Anne dan anak2..pekabar ?? :)

raquell agustien said...

makasih yah atas informasinya, jangan lupa kunjungi blog aku juga.
QUEENXXX92

LYAfrina said...

aucakkk..
pekabo anne.....?

Nooriah Abdullah said...

slaam singgah Anne
semoga aihat sejahtera hendaknya ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...