Tuesday, November 17, 2015

Aquaria KLCC

Assalamualaikum...

Marilah kita update citer basi ni. Dah dua bulan dah pun. Hahaha. Giler slow. Pergi Aquaria ni tak silap aku awal bulan 9 haritu. Ade orang offer tiket Aquaria murah. RM20 sorang tu yang beli tu. Yelah kalo ikut harga sebenar dah berapa. Alang2 dah murah tu beli jelah. Kami sampai dalam pukul 10 gitu. Orangpun tak ramai lagi. Sblm masuk Aquaria sempat sarapan dulu sbb akukan asik lapo je. Hehe. Masuk2 tu tetibe saing pulak dgn rombongan sekolah mana ntah. Dah ramai. Tak best sbb nak tgk akuarium yg kecik2 tu mcm berebut. Tu yang banyak skip tu. Gambar pun aku masuk sikit2 je sbb malas. Takdelah besar manapun Aquaria ni. Kejap je dah habis aku rasa. Tapi bolehlah nak bagi anak2 seronok tgk ikan. Aku bawa stroller so since dlm Aquaria ni dua tingkat tak payah turun tgga. Ko boleh turun lift. Pekerja die akan guide pergi kat lift je. Senang kojo den.

Paling best aku suka terowong ni. Ikan besar2 lalu lalang. Lagi2 shark dgn pari. Terteleng2 kepala nak tgk ikan. Kitorg pusing dua kali masuk dlm ni. Tapi aku tak suka ikut trail die tu sbb rasa pening. Jalan lagi bagus. 

Sempat selfie tu. 

Masa masuk dlm ni mula2 macam kecewa jugak sbb takde turtle pun. Stresss. 

Rupanya ada kat cermin luar. Yay dpt tengok turtle. Kebetulan pulak diorg tgh bagi makan. Syok ah tgk. 

Tukang bagi makan. 

Ni kat tmpt ikan arapaima besor2 yg kalo ko termasuk dlm tu rasa mcm kena telan kot dgn ikan tu. Besar giler. 

Pusing sana pusing sini, dah lapor sbb dah tgharikan so ajak Kasyah balik. Mula2 tak nak jugak tp pujuk2 nak. Tapi tersangkut pulak kat area mewarna ni. Ko boleh pilih nak warna gambar apa pastu scan gambar tu nnti gambar ko akan keluar kat skrin. Kasyah warna turtle tp aku tolonglah sbb nak cepat siap. Seronok die tgk turle die berenang2 kat skrin tu. 

Habis dah. Dah lapar dah so mari cari makan tp sbb makan kt situ mahal dan aku bukan selera pon tgk apa yg ada so kami keluar je cari makan kt area Kg. Baru. Lepas makan terus menghala balik sbb lepak kot. Balik rumah lagi best. hehe. 


Daaaaaaaaa....

11 Magic Words:

Atie Yusof said...

Teruja nampak Suci & Kasyah..dapt tgk ikan sukanya...ntah bila nak jejak kats sini jgk bawa anak...hihi..

lieyalatif said...

laaa ingat aku jek suke entrykan citer2 basi ni heheeheh...ok2 ade geng.....citer genting aku ari ni pun dah 2 bulan punye tu jugak hahahaahaha....

last pergi mase peknen dayyan 5 bulan kot...leh le repeat lagi pergi nieh...budak2 teruja laa tgk ikan2 byk nieh kan.....tapi syok kat sini....asalkan pergi time org bukan ramai....tak suke tol belaga2 bontot....

eima said...

fahim kecik2 dulu penah la pi aquaria ni ....
tp nape ek aku tak leh tgk gambar kat blog ko ek

AnneRaini said...

eima: yeke ko takleh tgk gambo? aku okay jek ni. tgk guna komputer lain pun ok. Entah akupun tak tau. Mungkin setting komp ko ataupun server kot. Kdg2 akupun takleh tgk gmbr kt blog org tp aku refresh die akan keluar balik walaupun bukan semua.

Rizziela said...

Berapa ek kalau harga tiket biasa.. teringin nak bawa anak2 g..tp nak darabkan dgn 5 org tu yg pening

AnneRaini said...

rizzila: kalo xsilap RM38. Kanak2 RM20++ jugak. RM28 rasanya.

ct cheery said...

Mcm xde perubahan sangat kan.last cheery pegi 2004/2005 mcm tu lah.mcm still sama jelah..kot diowg nk taruk buaya dlm tu ke bahahaha

Qhaifa Nur said...

Dulu2 pergi tiket murah lg kot.skrg mahal dah..seronok yup kasyah dn suci tgk ikan..

Atie Yusof said...

Salam singgah Khamis Anne.. :)

mrs adam said...

saya lum penah lagi bawa anak2 g aquaria ni,tgu tiket murah.haha

LYAfrina said...

seronknya dia org...
nnti kna bwk asya jgk kesini..aritu x smpat bawa..
lya pon pnh smpai sini thn 1998 atau 99 gittu.. bapok lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...