Thursday, November 12, 2015

Konvokesyen Husband

Assalamualaikum..

Pergh dekat 3 minggu blog ni krik krik krik krik dgn bunyi cengkerik je. Aduii tahap malas kemain menjadi2 skrg ni. Lepas balik dari JB igt rajinlah nak update blog tp nan hadoo. Kat opis pun aku bukan buat keje sgt. Bantai layan movie je. Tapi nak rajinpun takde maknanya sbb skrg mmg tgh takde keje. Nak buat2 ade keje pun tak boleh sbb mmg takde. hahaha. Banyak dugaan dan cabaran nak pergi JB tu. Kebetulan masa pergi JB untuk konvo husband boleh pulak die demam tak kebah2. Aku dah suspect dah die ni mcm kena denggi je sbb demam dari hari khamis sampailah konvo hari ahad pun die masih demam. Hari Isnin balik Putrajaya gi klinik amik darah platlet dah turun tp masih ditahap normal lg. Aku dah risau sbb hari selasa ptg tu nak balik Segamat amik family aku dan terus ke JB sbb Rabu appointment jantung utk abah aku kat Hospital JB. Nak tak nak kena pergi jugak. Beria aku siapkan sup ketam, kiwi, anggur, 100 plus sume yg org kata elok utk denggilah. Hari Selasa aku amik EL temankan husband gi cek darah lagi. Platlet die turun lagi. Sah denggi tp masih tak perlu masuh wad sbb blm thp 80 lagi. Bdn diepun dah mula naik bintik merah. Balik dari klinik, lunch sume kemas2 terus balik Segamat pulak... Hah tu kite citer lainlah. Moh citer pasal konvo.

Konvo husband 25hb Oct hari ahad. Husband dah pergi umah mak mertua aku kat Kluang hari Khamis sbb Jumaat die ada raptai. On the way nak gi Kluang tu lah die demam. Aku pulak masih kerja sampai Jumaat dan petang tu aku balik Segamat dgn anak2 drive sendiri. Esoknya sabtu ptg dlm kul 5 aku gerak gi Kluang pulak. Kitorang mmg dari Kluang je sbb nak sampai UTM JB dalam sejam je dari rumah mak mertua. Oh ya mak mertua aku dok kuarters hospital kat Kluang so sampai die pencen 2017lah dok situ. Rumah betul mmg kat Segamat.

Pagi2 buta kul 5 pagi kitorg gerak dari Kluang. Sampai UTM pukul 6pg. Since awal lg, dpt parking dekat. Nasib baik sbb payah jugak kalo aku nak menapak. Kami Subuh kat masjid UTM depan dewan konvo tu je. Lepak2 situ, dlm pukul 7.30 aku dgn mak masuk dewan. Bapa mertua aku tak masuk die tunggu kat luar je. Boring seh nak tunggu habis. Tapi nasib baik kitorg xduduk bawah. Sbb lmbt masuk kena duduk tingkat atas. Tapi kat atas bebas nak keluar masuk. Tak macam kat bawah. Kakulah ko kat situ.. hehehe.

Duduk kat atas layan live band sbb band dgn gamelan kat atas jugak. 

Sempat amik gambar masa husband dpt sijil. 

Sebelum masuk dewan, amik gambar dulu. Nasib baik sbb lepas tu mmg dah tak berapa lalu nak bergambar. Panas dgn org ramai lagi. 

Nasib baik baju ni muat lagi. hahaha. 

Dah siap sgla urusan. Mohler balik.


Selfie jap.. Muka dah kembang.. tak suka.

Nak gak pakai baju konvo. Rindu nak konvo lagi. 

Habis konvo dlm pukul 1.30 gerak balik ke Kluang. Pukul 4 lebih dekat kul 5 kitorg gerak pulak balik Putrajaya. Anak2 mmg aku tinggalkan kt rumah mak aku sbb tak sesuai kot bawa budak kecik. Lagipun sape nak jaga. Since hari Selasa akan ke JB semula tu yg plan dah ok dah tu tinggalkan diorg je.

Gitulah ceritanya. Dtg dah malas aku.. Daaaaaaaaaa...

p/s: Entah bila nak update lagi.. hehe

10 Magic Words:

Nieyl said...

Alhamdulillah...Tahniah...

Atie Yusof said...

sunyi blog Anne skrg ni..hihi...
apapun alhamdulillah konvo suami Anne dah selesai kan..tahniah buat beliau..
byk juga cabaran sblm konvo tu kan...

eima said...

x leh tgk gambar .... huhu
anyway tahniah

ct cheery said...

Wah u Kita dulu.windu nk convo haha

Zee Suhaini said...

kita sama sama malas anne..
baby bump tak nampak lagi..

LYAfrina said...

alhamdulillah..congrats utk husb anne...


anez zamri said...

asri pun pernah kena denggi kak..tahun 2013..huhu memang tak larat habis lah..kesian tengok nye..

adarnadzmie said...

tahniah buat suami Anne... semoga terus sukses...

kesian tgh2 gembira konvo demam denggi pulak... nasib baik semuanya ok....

berseri2 sungguh mak buyong kita...:)

Muzai Samilan said...

tahniah anne.. aku pun rasa nak sambung belajar lagi wehh.. rindu nak konvo

mrs adam said...

tahniah husband anne,boring kan tgu dlm dewan konvo tu.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...