Thursday, January 29, 2015

Edisi gigih bersama Caliph Buskers

Assalamualaikum...

Lepas je Anugerah Juara Lagu haritu, sana sini orang dok sibuk pasal Caliph Buskers. Kalau korang perasan, setiap hari ade je CB ni dlm mana2 rancangan kat TV especially rancangan bual bicara. Kejap kat radio, kejap kat tv3, kejap kat tv9, kat Selamat Pagi Malaysia, Meletop lah, masuk surat khabar sana sini. Popular bak hang. Semua orang kagum dgn bakat yang ada pada Caliph Buskers. So last week aku dgn husband telah menjadi gigih dgn tidak semena-mena. Caliph Buskers cabar Hot FM busking kat Central Market. Kru dgn Mojo pun ada. Eh, tergigih pulak nak pergi. Aku gigih sbb nak jumpe abang Yuci..hahaha. Sebenarnya, aku saja2 je ckp kat husband hari sblm tu ajak die pergi. Pastu hari Jumaat ptg lepas keje tu husband pulak beria2 ajak. Naik LRT je. So moh ler kite.. Tapi kitorang gi makan dulu ah. Pukul 9.30 baru kami sampai CM. Ramai dah orang. Harapanlah nak tgk depan2.

Dapat ler tgk sikit2 sbb aku ni bukan tinggi sgtpun. Diorg sume lg tinggi dari aku. Huhuhu..

Eh, abang Yuci ku.. hahaha... Haritu Yusri demam.. Agaknye demam loya2 jugak kot sbb aku tgk dlm IG Lisa, diepun demam.. Rupanya demam mabuk.. Tahniah Yusri dan Lisa. Suka sgt dgr yg Lisa pregnant. Hopefully selamat sampai melahirkan. Baby diorg mesti comel mcm aku.. hahaha

Masa ni Caliph Buskers dgn Kru, Mojo tu sume tgh break. Pastu ada group buskers lain buat performance. Biasa je la sbb seriusly suara Azmi tu sedap lg.. Duduk depan longkang pun jadilah.

Inilah group yg tgh buat performance tu. Genji buskers. Lepas diorg nyanyi 2 lagu, pastu CB nyanyi lagi lagu Selimut Tetangga sblm mengakhiri sesi malm tu dgn lagu Romancinta.. Best giler dgr live... Dengar jelah sbb aku kat blkg bukan nmpak sgt...

Habis je lagu terus kami bergegas ke lrt nak balik. Yelah dah pukul 10.30 kot. Memang pengalaman yg menyeronokkan. Husband gigih ajak pergi bukannya apa sbb die dah habis final exam so tgh cuti sem ni sabtu ahad takde kelas. Tak yah nak tido awal2 ke buat assignment ke. Tu yang boleh meronggeng di malam hari..hehe. Tinggal 1 sem je lagi sblm die habis bljr. Ade rezeki aku pulak nak sambung Master.. Aci???

Daaaaaaaaa...

p/s: Semalam buat ikan siakap bakar.. Perghhh layan.


Wednesday, January 28, 2015

Acar Telur Puyuh

Assalamualaikum...

Semalam dah share resepi nasi daging, so sekarang nak share resepi acar telur puyuh pulak. Ni kire festime jugak aku buat acar. Takde plan pon mula2 nak buat acar ni utk mkn dgn nasi daging tu sbb ingat nak makan dgn ulam timun je. Tp dua tiga hari tu dok teringin nak makan telur puyuh. So alang2 suruh husband beli telur puyuh. Fikir punya fikir, last2 ku acarkan saja. Takkan nak buat sambal pulak. Tak kena nak makan dgn nasi daging. Buat versi tak pedas. Boleh budak2 makan.


Acar Telur Puyuh

Bahan-bahan (versi tak pedas sbb nak bagi anak makan)

1 papan Telur puyuh (rebus dan kopek kulit)
5 ulas Bawang merah (belah 4)
3 ulas bawang putih (belah 2)
1/2 batang carrot (hiris halus)
1/2 btg timun (buang empulur dan hiris halus)
1 biji cili merah (buang biji dan hiris halus)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu cuka epal
2 sudu besar sos cili
1/2 sudu kecik biji sawi (aku takde stok)
garam
gula
minyak zaitun

bahan kisar
bawang merah
bawang putih
halia
cili kering (kalau nak pedas. dah kata aku buat versi tak pedas so aku tak letak lada)

Cara2
1. Panaskan minyak (gunalah minyak zaitun utk menjaga kesihatan ;p) dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kunyit, sos cili, biji sawi dan cuka epal. Kacau sebati.
3. masukkan carrot, cili merah dan timun. Biar layu sedikit. Jgn lama sgt kalo lembik tak sedap. Acar kena rangup2 sikit.
4. Masukkan air sikit kalau kering sgt. Perasakan dgn garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan telur puyuh. Kacau rata dan angkat.


Eh, sedap jugak rupanya buat acar mcm ni. Lepas ni nak buat lagi dan lagi dan lagi. Husband pon okey je sbb die sebenarnya tak suka acar tp sbb telur puyuh tu so die makan jugak. 

Weekend ni cuti panjangkan bagi org KL, Putrajaya dan Labuan.. Yay..

Daaaaaaaa

p/s: Mood sedikit bengang..tp sikit jelah..

Tuesday, January 27, 2015

Nasi Daging

Assalamualaikum...

Semalam ngantuk giler.. Hari ni dah okay dah.. hehe. Sape pernah makan nasi daging? Aku sebelum ni tak pernah pon makan. Dengar pon tak pernah. Dah jadi blogger ni barulah tau wujudnya nasi daging ni... Since Nasi daging ni katanya menu orang utara, so sepanjang aku dok KL ni tak pernah pulak jumpa nasi daging. Bila dah teringin nak makan, nak tak nak kena buat sendiri. Jadi bila google sana sini, akupun buatler.. Aku tak spesifik ikut resepi mana2. Aku main buat je. Kebetulan daging pon tak banyak. Jadi aku buat lauk lain utk dimakan dengan nasi daging.

Nasi daging aku makan bersama ayam masak merah, acar telur puyuh dan air asam pedas meletop... Alhamdulillah menjadi nasi daging aku. 


So, kalau korang nak try buat nasi daging, boleh try resepi simple aku ni. In sha Allah menjadi.

Nasi Daging

Bahan-bahan (utk 4 org mkn)
3 cawan beras basmati
500gm daging
1 labu bawang besar (hiris halus)
3 ulas bawang putih (hiris halus)
1 inci halia (racik halus)
1 inci halia (hiris nipis utk direbus bersama daging)
2 sudu besar serbuk kurma (jadikan pes)
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga)
1 cawan susu cair
3 1/2 cawan air rebusan daging
2 sudu minyak sapi
Garam secukup rasa
Bawang goreng, daun sup, daun bawang sebagai hiasan.

Cara2.
1. Daging dihiris nipis dan rebus hingga empuk bersama garam dan halia.
2. Basuh dan rendam beras selama setengah jam. Kemudian tos.
3. Panaskan minyak sapi dan tumis rempah 4 sekawan. Kemudian masukkan bawang, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau dan layu.
4. Masukkan pes serbuk kurma dan kacau sebati. Masukkan beras dan kacau rata.
5. Tuang susu cair dan air rebusan daging. Air tu agak2 sesuai nak masak nasi.
6. Tambah garam dan tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak.
7. Kalau suka bila dah masak boleh masukkan kacang gajus dan kismis. Tak suka dah..hahaha. Semasa menghidang, tabur bwang goreng dan daun sup. Kalau tak suka tak payah letak. Takde sapa paksa.


Husband makan bertambah2. Akupun makan tak hengat dunia.. Ni yang malas masak sedap2 ni... 


Untuk resepi acar dgn ayam masak merah, aku share dalam entry lain ye. Oh ya, untuk air asam tu, korang blender cili api seberapa byk korang suka. Hari tu aku letak dlm 10 biji cili api dgn 1 biji cili merah. Blender dgn air asam dan sedikit belacan. Dah blender masukkan gula, garam kalo korang kuat masin (aku tak letak sbb belacan pon dah masin), bwg besar cincang dan tomato cincang. Kacau sebati.. Siap..

Gitulahkan kalo datang saka rajin aku, kemain special menu hujung minggu. Kalao dtg malas, aku buat ikan goreng je. Makan dgn kicap..hahaha. Okaylah...

Daaaa...

p/s: Mana aku nak cari kete Mc Misssile ek????

Monday, January 26, 2015

Mengantuknye lahaii...

Assalamualaikum...

Ya ampun ngantuknya aku kat opis hari ni. Sambil baca paper sambil tersengguk. Ni pun lunch tadi sempat gak tido kejap buat cover ngantuk yang tak tertahan ni. Monday blues sungguh. Kang jap lg gi surau hopefully segarlah mata lepas wudhu'.

Akupun tak tau nak citer apa. Weekend haritu keluar pergi beli barang dapur. Saje gi Tesco Ampang sbb tghari tu nak gi pekena ikan bakar kat Tanglin. Pasal ikan bakar tu, aku rasa boleh tahanlah tp tak pedas. Kalau pedas lg barulah sedap. Kitorang ni mmg kuat pedas so air asam tanglin tu tak pedas pon..huhuhu.. Lepas makan, singgah ke Jalan TAR. Konon nak cari kereta Mc Missile utk Kasyah tp langsung tak jumpa. Kasyah tak berapa suka MCQueen. Tengoklah nnti bila2 gi GM Klang pulak. Kat Toy R Us pulak mahal nak mampus. Kete sebesar dua kali duit 50sen dah RM50.. Kalau besar boleh gak aku consider. Ni sekali terpijak pecah..hahaha.

Amboi seronok tengok budak berdua ni tido. Sampai berpeluk2. Ni kalau kat rumah ni harus mama pon tido gini..

Okaylah, tak tau nak citer apa..

Daaaaaaaaaa..

p/s:Rindu kampung halaman.

Friday, January 23, 2015

Asam pedas ikan parang

Assalamualaikum....

Yay dah hari Jumaat. Esok boleh cuti relax2 kat rumah. Dua tiga hari ni badan rasa macam letih je. Entah apa yang aku letihkan pon aku tak taulah. Dah 3 malam ni pukul 9 je aku dah lepak dlm bilik sambil layan Suria Cinta. Tau2 je kang dah sampai US..hehe.. Bila masa naik flight pon aku tak sedar.. kuangkuangkuang..

Sapa suka ikan parang? Aku suka lagi2 kalau masak asam pedas. Layan sungguh. Tapi aku jaranglah beli ikan parang. Kalau teringin nak makan je. Inipun husband yang nak. Style aku masak asam pedas sama je macam orang lain. Bawang merah, bawang putih, halia, cili kering, kunyit, belacan, air asam dan main ingredient ikan ler. Takpun ayam.. Ikut suka. Pastu kalo ade stok letaklah sgla daun yg boleh membangkitkan aroma. Daun kesum dgn daun limau purut. Kalau suka boleh letak serai jugak. Tp aku jrg letak serai. Alah, korang pon dah expert masak asam pedas.

Asam pedas ikan parang makan dgn sayur kacang buncis dan juga telur masin.. Ada ulam timun Jepun.. Inipun dah sedap

Asam pedas kena cukup masam dan pedas...Kalau tak masam dah tinggal pedas je. Kalau tak pedas dah tinggal masam je.. huhuhu So lauk jadi pedas ikan parang ataupun asam ikan parang..hehehe

Tengok lauk ni balik rasa lapar pulak

Korang tengok tak video Zamani tu? Aku rasa sayu giler weh.. Aku tau Zamani tu baik cuma jalan die pilih tu salah. Die tak pernah buat hal setakat yang aku dengar. Mana ada kes rogol, curi, lupa diri sume tu.. macam Mamat exist. Die okay je. Aku harap lepas ni Zamani berubah. Sayang suara die sedap.. Lagu2 die sedap. Please Zamani, ramai orang support ko, sayang ko. Berubah please!

p/s: Malam ni macam nak gi tengok Caliph Buskers kat Central Market.

Thursday, January 22, 2015

Riadah petang..

Assalamualaikum...

Hari sabtu dua minggu lepas, kebetulan papa budak2 ni habis exam awal dan cuaca pulak baik, jadinya marilah bawa anak2 beriadah kat taman. Alah gi taman kat Presint Diplomatik tu je. Dekat so bolehlah naik moto je. Kasyah macam biasalah main bola dgn papa die. Kejap2 kang berlari main playground pulak. Aku dgn Suci dok tepi padang je. Sambil2 tu aku latih Suci berjalan. Suci ni dah masuk setahun 3 bulan tapi masih tak jalan lagi. Die kalau jalan paling jauh pon 10 langkah pastu jatuh. Dah jatuh malas dah nak jalan balik... Haduiii, ikut sapa malas sgt ni dik??? Tapi 2-3 hari ni nampaklah jugak die berjalan sendiri tanpa aku suruh.. In sha Allah ujung bulan ni dah boleh jalan terus kot..hehehe..

Budak pipi bulat... Geram jer mama tgk tau. Dahla dah pandai ngader skrg.. Lentok kiri lentok kanan sambil buat muka kiut. Lempang kang. 

Jakun die dpt duduk atas rumput. Hah main ler rumput tu asalkan tak masuk mulut. 

Cuteness overload. Bab berdiri sendiri mmg dah lama pandai tp bab jalan tu mmglah dua tiga langkah je.. Dah 2 bulan asik dua tiga langkah.. Masa kat padang ni ler jauh sikit menapaknya. 

Budak manje budak ngade..


Uiiitttt apsal selak baju? Malulah!

Tak kisahlah Suci awak cepat jalan ke lambat jalan ke yang penting mama tetap comel.. Eh! hahaha. Mama sayang Suci sangat2. Nanti kalau dah betul2 pandai jalan, mama belikan kasut sport. Ikut mama joging okay.. ( :p konon joging padahal nan hadoooo)

Daaaaaaaaaa...

p/s: Hari ni jalan jem giler. Dah tak sempat nak tapau makan.. Lapar niii

Wednesday, January 21, 2015

Nasi Beriani lagi...

Assalamualaikum...

Tahun baru 1.1.2015 kan hari cuti. Masa tu aku dah pon balik dari kampung. Nak menghabiskan cuti kat umah sendiri pulak. Kebetulan mak pon ada, so hari tu aku masak nasi beriani lagi. Mak aku mana pernah rasa aku punya nasi beriani. Aku guna resepi yang sama macam sebelum ni. Nasi beriani gam Chef Wan. Memang terbaik.

Set nasi beriani aku simple je. Xpayah nak acar2. Ade lauk, makan dgn salad je senang. 

Kali ni guna beras basmathi jenama maharani.. Xpanjang macam Jasmine Pusa Gold. Tapi bolehlah.. Habis je beras ni, aku nak beli Pusa Gold je.. 

Di gandingkan dgn ayam masak merah. 

Set macam ni pun dah okay dah. Masak nasi 3 pot lebih memang cukup puas makan. Kebetulan adik ipar akupun dtg, hah rezeki ko ler tu. 


Okaylah itu je... Daaaa

p/s; Perut masuk angin..huhuhu tak senang duduk aku dibuatnya..

Tuesday, January 20, 2015

Jalan2 naik LRT

Assalamualaikum...

Sekarang ni macam payah pulak nak update blog hari Isnin...Ade je benda nak kena buat.. Takpelah dulukan yang penting. Eh, skrg ni mmg fenomenakan Caliphbusker.. Aku pun suka giler persembahan die masa kat AJL haritu. Menusuk ke qolbu.. Perghhhh epic sgt. Ni pun ntah bape kali ulang clip video persembahan diorang. Terbaik lah Mojo dan CaliphBusker. Persembahan diorang macam dadah.. Ketagih!..hahaha.

Back to the story, sabtu pertama di tahun baru. Kebetulan husband tgh minggu study so mmg takde kelaslah weekend tu. Pagi2 kalo weekend selalunya kami akan breakfast kat luar. So hari tu, tetibe je dlm kete husband terus lajak nak gi breakfast kat Wangsa Melawati.. Jauh tak jauhlah dari Putrajaya nak ke Wangsa Melawati tu.. Nak sarapan je kot..hahaha. Kedai nasi lemak ayam goreng kat Wangsa Melawati tu mmg femes tau. Aku masa duduk dgn sepupu aku dulu mmg selalu jugak pergi situ sbb sepupu aku suka. So bila aku pulak bawa husband (masa tu boyfriendler) pergi situ, diepun suka. Tapi sbb kami ni dah duduk jauh so tak dptlah pergi. Lagi2 die sambung study and weekend takde kat rumah. Bila ade chance ni, mohler kite. Dah bertahun tak pergi..


Nasi lemak sedap.. Kami amik 3 pinggan tp sebenarnya tak cukup. Ingatkan bolehlah nak ngecek nasi Kasyah tp rupanya diepun makan habis sepinggan..haha.. Nak amik nasi lagi malas sbb kat sini kena beratur..

Ayam goreng signature kat sini.. Sedap tau walaupun ayam die kecik. Aku rasa ni ayam kampung sbb seketul je dah RM5. Aku sebenarnya tak pernah tau die pakai ayam apa.  Aku tau sedap je..hahaha. Orang kalo mkn kat sini amik ayam berketul2. 

Lepas makan, jam baru pukul 10.20 pagi. Awal lg. Nak balik terus ke Putrajaya mcm bazir je dah alang2 gi jauh ni. So aku ajak gi Wangsa Walk. Asik dgr org sebut Wangsa Walk, moh ler kite terjah. Tapi namapun baru kul 10, takde le orang lg. Kedaipun byk yg tak bukak lagi.. Tolong bukak kedai kitorang ni..hehe.. Pusing2 tengok2, last2 keluar je sbb takde benda nak belipun. Aku beli biskut subway je mkn anak beranak dlm kete. On the way nak balik tu nampak lrt. Kasyah pon "Hei, ketapi, jangan tinggalkan saya. Saya nak ikut." Dengar anak cakap macam tu, terus tanya die nak naik lrt ke? Beria angguk, husband kesian so mohler parking kete naik lrt. Kami park kat stesen Damai sbb kat situ ada parking free.

Excited dapat naik lrt. Takde plan nak ke mana pun. Kami beli tiket sampai masjid jamek. Konon nak gi masjid india. Sampai masjid jamek rasa mcm jauh pulak nak menapak ke sana. Jadi husband ajak pergi ke Sogo. Masa tu baru tau, putra dgn star dah bergabung jadi rapid kl... Sbb nak beli token lrt tu dah tak kesah nak naik putra ke star.. Boleh beli kemana2 pun. sama je.. Perghh lama dah tak main tukar2 lrt ni so xtau.  






Hasil ke Sogo, aku tak dapat pape pon.. Husband je beli wallet. Aku takde apa nak beli. So pusing2 dlm Sogo jap, jomler balik. Dahler tak bawa susu Suci. Lama2 kang takut die melalak nak susu pulak. Aku dah malas nak susukan die kat public. Bagi susu badan kat rumah or dlm kete je.

Dalam lrt nak balik tu, Kasyah ckp tak puas nak naik lagi.. Okay, nnti ada masa, kite jalan2 naik lrt lg.

Daaaaaa...

p/s:baru masuk keje 2 minggu dah rasa mcm nak amik cuti...hahaha

Friday, January 16, 2015

Masak-masak makan-makan #11

Assalamualaikum...

Cepat2 update blog sementara ada masa.. Aku dah nak bengong dah dgn sistem uploader yg ntah pape tu. Hari ni hari Jumaatkan so kembali ke edisi masak2 makan2. Malas nak bebel lebih2.. Layannnn jelah.

Somtam yang sangat sedap. Somtam ni bukan aku buat tp yg ni aku makan kat Kuantan masa pergi rumah sepupu aku lepas balik dari Gambang tu. Die bawa gi kedai makan biasa2 je tp sedap2 makanan die. Don't judge the food by the kedai okay..

Sebelum balik ke Segamat, sempat lagi gi bandar Kuantan nak beli mango cheese caje kat Kula Cakes ni.. Dpt jugak lepas ngidam... Sedap.

Kuih keria dgn popia ni dibuat masa aku cuti seminggu kat kampung tu. Kan asik hujan so kepala otak ni asik fikir nak mengunyah je. Dtg ler idea nak buat kuih makan masa hujan.. Sedap wooo...

Second round goreng keria dan sempat pulak buat samosa ayam. Tapi tak berapa pandai aku nak lipat samosa tu, Rasa comot je. Lantak! yang penting sedap jugak..hahaha

Siakap macam2 rasa. Ni pon menu masa kat kampung. Abah aku beli siakap besar so aku buat macam2 rasa je lah. hehe

Sushi mini kaiseki kat Fukuya restoran. Sedapnye sbb sushi die fresh. Ikan cheese tu pun sedap sgt.. Tp tak boleh makan kalo org tak belanja. Set ni je dah RM80... nangis.. hukhuk

Keropok lekor di petang hari... Belen beli kat gambang haritu yg aku frozenkan.. 


Itu jelah buat masa ni... jumpa lagi di next edition.. Daaaaaa

p/s: aku takde lunch hari ni.. Telan biskut jelah..

Thursday, January 15, 2015

Aku busy! (sambil jerit macam Fazura dlm Manisnya cinta)

Assalamualaikum...

Tibe2 je aku jadi busy tak memasal kat opis ni... Ah benci, nak update blog pon xsempat. Ni saje2 je update kejap. Buat keje je pun stress otak aku. Arghhhhh, problem website opis tak settle2 lagi. Walaupun aku dah hand over keje tp still masih kena tolong and skrg ni ade pulak hal baru.. Design website lari allignment pulak... Hadoiiii.. Jangan salah faham. Aku tak design tp aku kena upload design baru... bla bla bla ah susah nak citer... Pastu bos minta info bukan2 pulak. Pasal nak set up universiti baru.. Universiti kot bukan set up business... Mana nak cari info tu.. Nak mula dari mana pun tak tau.. Invitation utk student interview pun tak buat lagi..... aaaaahhhh busy busy busy...

Layan muka stressss mak hencik... Serabut ah.


p/s: smlm kurus hari ni gemuk... benci! Eh, tetibe..:p

Tuesday, January 13, 2015

Gambang waterpark..di hari hujan..kuikuikui

Assalamualaikum...

Semalam kelam kabut aku kat ofis ni sbb skrg ni aku dah hand-over keje kat new staff so smlm kira first time die buat keje update website. Macam2 jadi sbb first time kan.. Dengan aku2pun kelam kabut skli bila die salah buat... Haduiii... takpelah belajar dari kesilapan kan. Aku dulu pun masa awal2 banyak juga salah sbb tak faham.. Jadi niat nak update blog smlm tak dpt nak buat. Bos pulak ptg bagi keje lagilah tak dpt nak dating dgn blog. So hari kebetulan bos keluar meeting, so amik masa kejap update citer cuti ujung taun lepas..

Sebelum tu nak ucap terima kasih kat korang yang bagi kata2 semangat lepas kes NUFFNANG tu.. Well aku mmg dah move on. Rezeki ada di mana2. Blog ni mmg bukan tmpt aku cari makan. Blog cuma tempat aku meluah isi hati suka dan duka... Berkongsi cerita dan bertukar pendapat.. In sha Allah selagi ada izin-Nya, aku akan terus update blog... Sampai bila? Wallahualam.

Back to the story, plan nak ke Gambang ni dah lama. Memang dah niat, dapat bonus nak bawa family ke Gambang. Lagi2 untuk hiburkan anak2 terutamanya Kasyahlah sbb dah kena tinggal sebulan kat kampung walaupun die happy je duduk kampung. Kami ke sana sehari lepas krismas sbb itu hari bekerja mungkin orang tak seramai hari krismas. Mak aku dah risau sbb masa tu musim hujan dgn banjir sana sini. Tapi aku wat lek wat peace je. Pagi tu masa nak gerak hari mmg ok tak hujan. Kami gerak pukul 6.30 pagi..Nak ke Gambang dari rumah mak aku amik masa sejam lebih. Dalam perjalanan pulak hujan tak berhenti sampailah kat Gambang. Hujan lebat.. Mak aku dah sibuk cakap takleh pergi hujan. Aku pulak positif giler. Aku ckp dlm hati, niat aku baik nak hiburkan anak2. In sha Allah bila niat kita baik, Allah akan permudahkan. Since masa sampai tu hujan lebat and awal lagi (waterpark belum buka), aku ajak husband ke Jaya Gading (tmpt org beli hasil laut mcm keropok lekor, keropok keping, sotong kering sume tu). Masa tu hujan mula berhenti. Cuma gerimis sikit2 je. Alhamdulillah, mula nak nampak cerah. Bila dah beli brg2, aku ajak husband patah balik ke Gambang waterpark. Aku ckp kalo hujan jugak, kite balik. Tapi bila sampai hujan dah berhenti so mmg rezeki kamilah. Terus aku ckp dgn mak aku "Kita kalau nak benda baik berlaku jgn ckp yang bukan2. Kalau asik ckp hujan ni, tak boleh pergi, hujanlah die. Kata2 tu kan doa." Hah nampak betapa positifnye aku...Apalagi jom ler masuk cepat.

Penting ye sewa cabana ni sbb aku ada anak kecik. Mak aku jadi baby sitter Sucilah. Suci main kejap je pastu kesian tgk die kesejukan. Kan baru lepas hujan. Air sejuk gile.

Moh moh amik gambar, lepas tu boleh simpan sume brg dlm loker. Senang nak tinggal cabana kalo xde brg berharga. Kasyah mmg super seronok.









Eh malas pulak nak letak caption.. Sepanjang kami kat sini, ade masanya akan hujan pastu berhenti. Ada juga masa matahari keluar.. Kirenya bolehlah jugak nak mandi manda. Orang pun menjelang tengahari makin ramai. Dlm pukul 2 lebih, kami dah mula beransur tukar baju nak balik. Kasyah kalo ajak mmg tak nak balik tp pujuklah. So pukul 3 lebih kami dah keluar dah.

Sempat selfie lepas mandi...

Since awal lagi, husband ajak gi umah sepupu aku kat Kuantan. Dpt jugak pergi umah die. Lepas sepupu aku tu belanja makan malam, barulah kami gerak balik umah. Itu jelah aktiviti bercuti hujung tahun aku. Sepanjang seminggu aku kat kg, mmg tak kemana pun kecuali keluar beli brg dapur. Lagipun musim hujan so selang sehari je hujan. Apa pon tak boleh. Balik Putrajaya pun duduk rumah je.. Ini cuti lama yang paling bermanfaat skli sbb duduk umah je... Bermanfaat sangat 'mata ke atas tgn di bahu'.. hahahaha

p/s:Baru pakai wedges seminggu tapak dah cabut..apakah???? Ni yg mls beli selipar murah. Err murah ke kalo RM60???? Tak berbaloi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...