Friday, February 27, 2015

DubuDubu Urban Korean Food

Assalamualaikum...

Sape pernah makan korean food? Aku pernah duluuuuu sekali jek. Itupun lecturer korea aku bawak. Masa tu semua menupon die yang pilihkan. Aku haram tak tau nama tapi tersangatlah sedap makanan korea yang aku makan tu. So dua tiga hari ni tekak teringin betul nak rasa makanan korea. Lagi2 bila ingat balik kesedapan makanan yang aku makan dulu. Ah, tak boleh jadik ni. So rengek2 kat husband ajak gi makan korean food. Pilihan aku kat Dubu Dubu je sbb tu yang dekat dgn umah. Kami makan kat IOI City Mall semalam. Giler cepat aku update..hehehe

Tagline Dubu Dubu. Kalau korang nak try Dubu Dubu kat IOI City Mall ni, restoran ni kat level LG.

Suci nak amik apa tu??? Kasyah tak nak makan walaupun aku suap. Suci je makan.

Ini menu husband. Korean Spicy Chicken Set. Set die dtg dgn banchan ataupun side dish. Ada taugeh besar tu, kimchi dgn fishcake kot. Rasa die pedas2 masam. Husband kata boleh bagi 3.5 bintang kot. Tapi die cakap die suka Japanese food lagi. Hahaha. sblm ni sombong ckp Japanese food tu just bolehlah tp sbb dah try korean food baru rasa Japanese food lagi sedap. kuikuikui


Yang ni aku punya. Dol sot Bibimbap. Yang ni aku suka jugak tp still Japanese food lagi sedap..hehe. Lagipun tak sama sgt dgn yang aku pernah makan duluuuu.. Yang tu tersangatlah sedapnya.  Tak tahulah lepas ni nak pergi lagi ke tak makan kat sini. Tunggu teringin sangatlah kot.. hehe

Balik umah kasyah mengadu lapar.. Aku buatkan roti canai tampal telur.. Habis die makan. So maknanya apa? Korean food not our favorite.. Japanese food yessss...hehehe

Daaaaaaa..

p/s: Nak start induction ke tak?????

Wednesday, February 25, 2015

I'm back y'all

Assalamualaikum...

Ni yang malas kalo cuti lelama ni... Mulalah mood swing nak update blog... Terharu sangat bila Wahida tanya aku cuti lagi ke? Rindu ke weh? I is rindu you alllss. Aku sebenarnya hari Isnin dah keje tp sebab nak kena pulun baca paper dari hari Khamis so masa amatlah terhad nak update blog. Lagipun gambar mmg tersangatlah malas aku nak letak. Tu yang kononnya semalam nak update tp biasalah kan, kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Semalam aku mc pulak. Aku sakit perut. Perut aku masuk angin sejak hari sabtu lagi. Sampai semalam aku dah tak tahan dah. Kena jugak gi klinik. So semalam senyap sunyilah kat blog ni..

Hari ni dengan gigihnya updatelah jugak sikit. Nak update pasal adik ipar aku kawen mmg taklah sbb gambar merata2. Tunggu aku rajin compile gambar baru update. So hari ni aku update asal hilang rindu korang..hehehe mcmlah korang herankan..:D

Ni gambar Suci sehari sblm kenduri kawen adik ipar aku.. Rambut afro tu prop untuk photoboth. Saje pakaikan kat Suci. Die rilek je sambil sengih bawa rambut tu..hahaha. Comel ke idok??? kehkehkeh..


Esok2 kite citer lagilah ye.. Daaaaaa...

p/s: Teringin nak makan makanan Korea ler pulak.

Wednesday, February 18, 2015

Selamat Tahun Baru Cina


Assalamualaikum...

Just a quick update. Esok semua orang akan bercuti panjang sempena tahun baru cina. So selamat bercuti korang... Aku in sha Allah malam ni gerak balik kampung. Hope perjalanan kami lancar dan selamat tiba ke destinasi yang dituju..

Aku nak ucapkan selamat tahun baru cina 'Gong Xi Fa Cai' ataupun 'Kong Hei Fat Choy' buat semua Chinese friends aku. Yin, Wong, Jane, Siqin, Esther, Yap, Tan dan semua yang aku kenal dan kenal aku... May this Chinese New Year a prosperous new year for all..




Daaaaaaaaaa...


p/s: Nak angpau dgn limau..hehehe

Tuesday, February 17, 2015

Fast Reading Technique by Little Caliph

Assalamualaikum...

Rasanya ramai yang tahu aku hantar Kasyah ke Little Caliph sejak last year lg. So tahun ni dah masuk tahun kedua. Sepatutnya tahun lepas lagi aku dah pergi kursus teknik membaca ni tp seriusly tahun lepas aku tidak dimaklumkan oleh teacher Kasyah pasal ni. Langsung tak tahu menahu. Well Little Caliph program ni dah bagus dah tp tulah kalo teacher tak mesra parents payah betul jadinya. Ni masa awal2 aku hantar dululah. Skrg ni aku kena rajin tanya kalau tak mmg haram tak tahu pape.. Tapi aku pulak mmg spesis tak suka bertanya. Prinsip aku biar aku jadi parents yang berat mulut dari ringan mulut sbb kalau aku ringan mulut abislah korang. Banyak aku bebelkan nanti...hehe. Lagipun teacher Kasyah tu silih berganti. Baru aku nak kenal dah tukar cikgu lagi.. Ni pun awal bulan haritu baru tukar cikgu baru.. Hah lantaklah asalkan Kasyah belajar kat sekolah sudah. Lain2 aku malas nak ambik port. Pejam mata jelah walaupun ada tak puas hati here and there. Berlapang dada itu lebih baik dari asik dok fikir benda remeh temeh.

Banyak pulak bebe..hehe Berbalik pada kursus sehari ni, aku amik peluang untuk attend sbb nak faham cara Kasyah belajar. Tak kesahlah walaupun Kasyah dah boleh membaca tp yang aku nak ilmu tu. So gigihlah pagi sabtu 7hb 2 aku pergi ke KWSP Bangi. Husband hantar sbb die kena jaga anak2. Acara start pukul 9 dan habis pukul 12. Dapatlah goodies bag yang berisi air dan roti. bagus jugak sbb pagi tu mana sempat sarapan.


Overall aku puas hatilah dengan teknik ni sbb Alhamdulillah Kasyah skrg dah boleh membaca. Itupun bukan die nak tunjuk sangat kat rumah. Kalau suruh buat latihan kat rumah ikut mood die lah nak buat ke tak.. Tapi kalau dtg mood rajin die, sampai aku pulak tak terlayan..hahaha. Malam tadi die sibuk menulis nombor dari 1 sampai 30 kot. Tapi kalau mengira dah sampai 100. Bab baca pulak, die dah boleh baca suku kata tertutup. Al-Fatihah dah boleh hafal dah tp standard ah tak lancar lg. Bacaan dlm solat pun masih ada salah here and there tp itupun aku dah puas hati dah.

Lagi satu Kasyah sebenarnya suka nak ckp English tp bukan betulpun die cakap tu. Die macam mengajuk apa yang die dengar. Kadang2 aku gelihati dengar Kasyah cakap sbb aku tak faham tapi aku tahu die ckp English.. hahaha lawaklah Kasyah ni.. Mungkin jugak die cuba nak balas apa aku ckp sbb aku sendiri selalu ckp English dgn die walaupun die tak faham apa aku ckp. hehe. Macam kalau balik sekolah ptg2 die akan petik bunga dan bagi bunga tu kat aku.. Dia akan cakap macam ni "Mama, sheisohendenseuty (cakap English sokseksoksek dah mcm Yus Jambu..hahaha) Flower." Korang faham tak? Tak kan tp die kononnya nak ckp Mama I want to give you flower.. So aku akan balas " owh, Along wants to give mama Flower. Thank you Along." Hah gitulah setiap hari weh sejak dua menjak ni. Ada certain question yang aku tanya in English die dah boleh jawab so kena practise lagi.. Takpe along, mama pon belajar English kat sekolah. Atok dgn tokmak tu lagilah haraammmm tau ckp omputih.. hehehe.. yang penting kena rajin belajar.. Rajin belajar macam papa tp pandai macam mama..Eh! hehehe

Okaylah, saje nak share perkembangan Kasyah. Aku tau banyak yg die dah tau tp sbb die a very reserve person so takpelah. Asal aku tau die tau walaupun aku tak tau apa yang dia tau sudah..hhehehe..

Daaaaaaaaa...

p/s: Mood cuti dah mari tp esok kena keje lagi,,huhuhu

Monday, February 16, 2015

Jalan2 Melaka.

Assalamualaikum...

Dah 2 minggu dah pun jalan2 Melakanya baru hari ni rajin nak update. Ni pun aku pulun buat satu entry je.. Malas dah nak fikir lg lepas ni...hehe. Lepas raya cina ni kalau rajin boleh citer pasal kenduri kawen adik ipar aku pulak. Dah2 tak yah nak korner2, moh layan jer cuti2 tak seberapa aku ni. Since plan nak ke Penang terpaksa dibatalkan so aku merengek dgn husband nak ke Melaka pulak sbbnya Melaka dekat je dgn Segamat. Lagipun aku bukan beria nak berjalan sgt. Nak kasi anak2 je seronok2. Kasyah lah asik sebut nak gi Melaka je so mohler kite. Aku pergi hari Isnin cuti ganti hari wilayah so masa tu Melaka tak cuti. Tak terlalu sesak so okaylah.

Kami gerak pukul 8.30 lebih kurang. Dalam pukul 10 lebih dah sampai Melaka so destinasi pertama terus ke muzium kapal selam.

Panas weh...

Mak akupun sibuk nak gambar.. Sambil2 tu sempat selfie. Masa ni tak ramai orang pun.

Suci good girl sbb baru bangun tido dan dah dpt tonik ajaib.. Susu ler tu. hehe

Kasyah takut masuk dalam kapal selam ni walaupun dah pernah masuk sblm ni.. Ramai2 pakat gelakkan die.. Last2 okay jugak. Padahal die yang beria nak pergi pon. 

Suci tak nak dengan orang lain melainkan mama dgn papa. jenuh dukung die..

Dah posing2 jom ler blah. Jam pun dah pukul 12 so terus ke destinasi impian... Coconut Shake Klebang!

Saja bawa mak abah aku merasa coconut shake. Bapa suka coconut shake tu.  Harap maklum gambar takde sbb masing2 kebulur. Tahap sampai makanan sume terus mencekik. 

Dah makan kenyang, moh le ke kapal Flor De La Mar ni pulak. Kasyah panggil kapal besar. ni pun tempat die sibuk nak pergi. Mak abah akupun festime masuk kapal ni walaupun ntah bapa kali pergi Melaka..hehehe. 

Mengambil kesempatan mengabadikan kenangan dlm kapal besar ni. 

Lepas belek2 situ sini, tekak rasa haus giler. Decide gi minum kat kedai sebelah Mahkota Parade. Apa ntah nama tempat tu. Lupalah tp ada walk kat blkg die. Pahlawan Walk ke Mahkota Walk ke.. Sorry lupalah..No gambar jugak sbb haus giler kot. Minum2 lepas tu gi solat kat surau sebelah area Menara taming Sari tu. Siap semua tgk jam dah pukul 4 so aku ajak gi Mydin MiTC je..hahaha. Gi Melaka gi Mydin padahal KL melambak Mydin.. Dalam pukul 6 keluar dari Mydin husband ajak gi Umbai sblm balik nak pekena seafood. Aku okay jek. Jom ler. Dalam puul 6.30 gitu sampai kat medan ikan bakar. 

Muka lapar memasing..hehe

Makanan yang diorder. ikan jenahak tiga rasa, kupang sambal, sotong goreng tepung, kailan ikan masin dgn ikan siakap stim (xde gambar). Ni kedai nombor satu sbb sblm ni pernah makan kat sini jugak. Sambal kicap die sedap hokeh. 

Suci menjahanamkan air. Lantaklah dik asalkan awak bahagia..

Habis makan, solat maghrib di surau berhampiran.. dalam pukul 8 gitu gerak balik Segamat. Pukul 10 dah sampai.. Habis dah jalan2 Melaka... Okaylah kan yang penting anak2 happy dan dapat spend time dgn yang tersayang. Lepas ni kena plan jugak cuti2 penang... tak kira. hehe

Daaaaaaaaaa..

Friday, February 13, 2015

Masak-masak makan-makan #12

Assalamualaikum...

Hari yang menyedihkan bagi seluruh rakyat Malaysia. Kehilangan dua tokoh hebat dalam bidang masing2. Tuan Guru Nik Aziz dan juga Datuk Hasbullah Awang.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al- Fatihah...

********

Lemah lemau liut lisut segala tu meh kite tolak jauh2... Tak dpt tolak jauh tolek tepi sikit pun jadilah.. Dapat jugak update blog..hehehe. Kembali lagi edisi masak2 makan2. Kali ni banyak yang aku makan je.. Bukan aku masak...hehe. Acilah kan sbb kadang2 mood masak pon boleh lari ikut boifren..kehkehkeh..Moh ler layan.

First time beli cherry dan makan buah cherry fresh. Selalu tu cherry nak buat kuih je aku makan.. Tetibe rasa mcm teringin nak rasa fresh cherry so aku gamble beli gak walaupun mahal..haha.. Rasa die sedap masam manis.. Mcm anggur pun ada.. macam jambu bol pon ada..

Hari yang aku gigih gi tengok Caliph Busker tu, kami gi makan western kat restoran Chop n Steak kat Sri Serdang. Sedap dan berpatutan harganya. Menu ni aku order. Mix grill RM 14.90 kot. Lamb campur ayam.. Sedap dan banyak.. Mengah nak habiskan..

Yang ni menu husband.. Nasi goreng dgn chicken chop. Nasi goreng die tu sedap tau. Pedas. Makan dgn chicken chop tu memang sentak perut..haha

Yang ni pulak spageti blognaise utk Kasyah.. Tak pedas tp masam manis sikit. Sesuai utk budak2. Kasyah makan sampai habis...Tak rugi mama order.

Ini pulak menu 2-3 minggu lepas kot. Lupalah. Ikan siakap bakar dgn air asam power... meleleh hingus bak hang..

Yang ni menu minggu lepas. Nasi beriani kat restoran Anje Bangi.. Aku amik beriani ayam.. Sedap. Aku suka. lepas ni nak try laksa johor die pulak.

Beriani kambing untuk husband.. Pon sedap. Kambing die sedap. Aku suka.

Itu jelah untuk kali ini... In sha Allah berjumpa lagi di lain masa.. Daaaaaaaa

p/s: Esok nak jalan2 masjid india cari tudung.

Thursday, February 12, 2015

Ayam masak merah simple jer..

Assalamualaikum....

Dalam pada malas malas takde mood nak update ni alih2 tgk dlm draft ade entry ayam masak merah yg patutnya aku share lepas acar telur puyuh hari tu.. Eh, dah okay sangat ler ni sbb bleh aku edit sikit2 buat entry hari ni.. hahaha. Aku ni malas bukan apa, malas nak upload gmbr sbnrnya.. Kalau nak uplod senang kena guna Note tp kat rumah Kasyah je kongker main Note tu. Kalau nak guna phone Lenovo aku susah sikit sbb gmbr tu besar sgt. Lambat nau nak sudah. Kalau nak guna phone jugak kena edit kecikkan. Bab kecikkan tu yg mls.. Eh senang citer hantu malas tengah baik dok landing kat dlm badan aku nih.. hahaha. Banyak pulak alasan ko kan.. hehe

Eh, malas ler aku nak cakap banyak. Ko tengok, cakap pon malas. Ape punye kedaung malas aku ni pon tak tahu. Mph ler tgk resepi.


Ayam masak merah

Bahan2
Ayam (sudah semestinya)
1 batang serai (diketuk)
3 sudu sos tomato
1 sudu kerisek
minyak
garam
gula

bahan kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
cili kering (ikut suka nak banyak mana)

cara2.
1. Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam hingga masak.
2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Kemudian masukkan serai dan sos tomato. Sos tomato tu ikut kemasaman yang disukai. Pandai2lah adjust. Korang yang nak makan kot.
3. Masukkan kerisik dan sedikit air. Perasakn dgn garam dan gula.. Dah rasa sedap, masukkan ayam. Gaul sebati dan siap...

Senang jer kan.. Ini set nasi daging yang aku buat haritu. bertambah2 makan... Tapi lepas ni lama lah nak tunggu aku punye entry masak nasi best2 lagi sbb aku akan undergo a very strict diet lepas raya cina ni. In sha Allah doakan aku berjaya mengharunginya..


Okaylah.. Dah kata malas so daaaaaa...

p/s: Malasnya nak buat kerja

Wednesday, February 11, 2015

Pizza pastry crown

Assalamualaikum....

Ni yang malas ni... saka rajin aku ntah lari pergi mana tak tau. Jadi malas semalas malasnya nak update blog. Camne nak update kalo nak transfer gambar pun malas. Nak citer pasal jalan2 Melaka haritu pun malas... Hoii Anne, ni awat penyegan sangat nih? Tak taww la cheq awat jadi lagu ni.. Ni pun dok fikir2 updatelah sikit.. Di layan2 sangat malas ni setahun aku tak update blog nanti..hahaha..

Korang dah try dah pizza baru kat pizza hut? Aku baru je try hari Isnin. Saje je keluar nak cari selipar alang2 tu gi la makan kat luar skli. Nak makan pizza jadi mari cuba pizza special sempena CNY ni.

Ni la pizza pastry crown tu.. Nak pizza ni kena tambah RM6. Apa yang specialnya? crust pizza tu mcm pastry.. Dah rasa macam makan roti boy pon ada. Rasa mcm makan kuih pun ada... Dalam die ada cheese lg.. So pada aku pastry tu sedap dah tp mcm tak kena pulak mkn dgn segala toping tu. So aku makan tengah die dulu pastu pastry tu mkn kemudian... haha.. 

Kasyah as always die tamak. nak makan pizza dgn spageti.. 

Jangan ditanya mana Suci. Nape takde gambar die? Sbb die skrg dah makin galak.. Mana reti duduk diam.. Die sibuk kecahkan meja tak peduli hal lain.. Dpt sudu dan mangkuk so die main suap2 sup tu sampai basah baju.. Lantaklah nak. Tak dibagi kang menjerit so buatlah apa yang disukai..huhu

Itu jelah... tak tau nak tulis apa.. Aku betul2 malas ni...huuuuhuuhuuuuuuu

p/s: Petang nak gi kkm.. Meeting.

Wednesday, February 4, 2015

Selepas bercuti...

...mulalah malas menyerang...huhu

Assalamualaikum...

Syok betul dapat cuti lama2 ni. Aku start cuti hari jumaat lepas. Bukan plan pon tp Suci pulak demam panas. Nak tak nak terpaksa jugak cuti walaupun aku tak nak cuti. Husband pulak ade kerja so die tak boleh cuti. Takpelah demimu anak.. Nak tinggalkan die kat taska pon tak boleh sbb badan die mmg panas. Dah makan ubat pon still panas lg. Hari ahad baru demam die betul2 kebah.

Cuti 4 hari tu aku balik kg je. Sempatlah jugak ke Melaka jalan2. Itu nantilah aku citer ye.. Hari ni nak buat keje. Ni pun update time lunch.
Layan gambar budak berdua tu jelah ye..




Daaaaaaaaaa....

p/s: Sakit perut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...