Thursday, March 19, 2015

Rindu ke tak?

Assalamualaikum...

Masa hari isnin mak aku bawa anak2 balik kg, petang tu balik keje akupun call lah bebudak ni.

Mama: Along rindu mama tak?
Kasyah: Tak rindu sebab along baru balik umah lampu-lampu.
Mama: hampeh along. Mama rindu along tau.

Hahaha pandai menjawabkan. Mentang2 baru je balik kampung so tak rindu lagilah. kehkehkeh. Oh ya Kasyah panggil umah tokmak tu umah lampu2 sbb keliling rumah ada lampu warna warni. Semalam bila aku call dan tanya rindu mama tak, die jawab rindu.. So betullah baru balik kg belum rindu lagi..ehheheh dah sehari tak jumpa baru dtg rindukan..pandainyeeeee...




Gambar takde kena mengena dengan cerita..Saje letak sbb aku dah rindu kat budak berdua tu. Tapi takpe malam ni kite jumpe ye. Aku balik keje ni husband terus amik dan kami akan gerak ke Kuantan. Kat kuantan baru jumpa dgn budak2 tu sbb mak mertua aku akan amik family aku kat kg. Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu sblm ke Kelantan esok. Doakan perjalanan kami lancar. Selamat pergi dan balik.

Daaaaa...

p/s:Nampak sgt malas..hahaha

Tuesday, March 17, 2015

Pesta Belon Udara Panas

Assalamualaikum...

Sape pergi tgk belon udara panas haritu? Yay aku pergi aku pergi. Hahaha poyo. Actually aku bukanlah beria sgtpun nak pergi tp hari ahad tu since mak abah aku pun ada bawalah diorg pergi tengok. Diorang tak pernah pergikan apalah salahnya aku bawa. Husband aku takde sebab die ada kelas. Aku jelah yang bawa diorg. Gerak dari rumah dlm pukul 9 pagi. Saje gi awal sikit sbb malas nak bersesak2 cari parking. Itupun dah agak jauh gak aku parking.

Kasyah dari rumah dah ckp tak nak pergi tgk belon. Dia bukannya apa, penakut bebenor. Tapi dah sampaikan so dukung jelah walaupun die menangis2. Tapi lama2 die yang syok. Sibuk bercerita ckp die tgk helikopter lah belonlah itulah inilah. konon sungguh pdhl sblm tu nangis tak berlagu.. hahaha.

Budak penakut.. Tak malu dah besarpun nangis. Nasib baik ada abg aku. Kalo x sape nak dukung. Kalo aku je mmg kena cubit ah.. huhu

Masa ni tgh tgk helikopter. Nak naik tak mampu..hehe

Dapat jugak mak abah aku tgk belon panas secara live. 



Bergambar kenangan dulu. Kasyah ni mmg spoillah. Orang suruh tgk kamera die buat benda lain. Suci gak good girl. 

Kami kat sana kejap je sbb tak tahan panas giler kot. Balik tu singgah alamanda beli susu anak pastu terus balik. Lepak sampai ke malam tak keluar dah..Semalam family aku balik kg bawa sekali Kasyah dgn Suci. Cuti sekolahkan so Kasyah mmg pantang kalo atuk die ajak balik kg mmg nak ikut je. Suci pulak dah alongnya balik kg, aku suruh bawa sekali. Sebabnya khamis ni kami akan ke Kelantan hantar pengantin (Adik ipar aku tu). Nanti mak mertua aku amik family aku dgn anak2 bawa ke Kuantan. Kami dari KL terus ke Kuantan so aku amik diorg kat sana dan sama2 gerak ke Terengganu. Jumaat tu baru gerak ke Kelantan.

Kiranya skrg ni aku tgh honeymoonlah dgn husband aku..kehkehkeh. Petang ni nak gi jalan2 tgk wayang ke. Gunakan masa sepenuhnya..hihihi.

Okaylah.. daaaaaaaaa


Thursday, March 12, 2015

Sembang-sembang

Assalamualaikum...

Hari ni tak tahu nak update apa sebenarnya. Entahlah. Like I told you before HORMONES.. hehe. Hari ni kita sembang2 jelah.

Aku skrg ni dah masuk ke tahap malas nak layan drama2 ni. Orang sibuklah dgn Teman Lelaki Upahan, Istikharah Cintalah apalah aku bo layan je semua tu. Malas ah. Tapikan dalam pada malas nak layan, ada jugak beberapa cerita yang aku tengok. Yang aku mengikuti skrg ni Yo Soy Betty La Fea. Cerita lama yang ditayangkan semula kat Astro Bella. Tapi aku tengok 1/2jam jelah sbb skrg aku dah xde PVR so xleh record. Balik keje sampai umah pukul 5.30 dptlah tgk 1/2jam sbb citer die start kul 5 sampai 6 ptg. Jadilahkan. Dapat jugak mengimbau kenangan.

Pastu akupun tengok citer Cinta Ilahi. Yang berlakon Johan Asari dgn Diana Amir. Best citer ni. Xdelah asik citer kahwin paksa pastu bajet sweet2 lama2 jatuh cinta.. Ni citer Islamik pasal seseorang yang nak berubah jadi baik dan banyak dugaan.. Best sgt. Yang ni takpe nak layan sbb seminggu sekali je. So xdenya tiap2 hari bertenggek depan tv tunggu..hehe

Ade lagi satu citer yang baru je minggu lepas kot aku follow. Citer Angin Syurga setiap selasa-khamis pukul 9 mlm TV2. Ini pun kebetulan je sbb husband aku sibuk nak tgk bola so aku takde pilihan gi tgk tv dlm bilik. Aku tak minat nak layan bola ni. Tv dlm bilik pulak channel basic jelah. So nak tak nak tgk jelah citer yang ada. Kebetulan tertengok citer ni, eh best pulak. So layan jelah. Citer ni best psl Kak long yang byk berkorban jg adik2 die. Lakonan Jue Aziz sbgai Kak Long.

Korang dah beli baju raya? Aku dah beli dah bulan lepas. Siap beli kain buat langsir lg tp tulah nak menjahitnya takde masa. Aku kalo budak2 ni ada mmg harapanlah nak menjahit. Sibuk mengacau sama. So kena tunggu husband xde kelas boleh layan anak2 aku consentrate menjahit dlm bilik. Tapi stkt ni bulan depanlah baru die takde kelas.. Bab baju pulak, aku beli 3 psg je. Minggu ni balik kg boleh hantar kat makcik aku. dah beberapa tahun ni aku tempah baju kurung je. Tahun ni tak tahu nak buat baju apa. Korang ada idea?

Okaylah...dahler tu. Banyak2 aku bebel bukan korang baca..kehkehkeh..

daaaaaaaaaaaaaaaa...

p/s: Statik beb statik.

Wednesday, March 11, 2015

Wordless Wednesday


Alkisah anak bujangku ini...

Sampai dua menu Kasyah makan.. ish ish ish, Mama yang senak tengok..hehe. Makanlah sayang selagi nak makan..Yang penting jangan gemuk..eh!


Daaaaaaa..

Tuesday, March 10, 2015

Nak ke mana tu??

Assalamualaikum...

Lately ni mcm tak tahulah nak update apa kat blog. Macam bosan pon ye. Tapi nak ignore je blog ni rasa syg pulak. Biasalah mainan perasaankan. Kadang2 mcmtulah. Padahal tak taupun apa sebabnya tibe2 je rasa mcm moody mcm down gitu. Hormon ni hormon.. hehe

Layankan jelah gambar2 Suci ni. Sejak aku beli handbag kecik nak letak kat opis ni, Suci memunya handbag tu. Diusungnye kemana saja die pergi. Takleh tinggal tau. Siap pulak bangun tido turun katil amik bag baru jalan keluar bilik.. hahaha poyo sangat. Takde bag mcm tak lengkap hidup..kehkehkeh.

Amboi ngada sangat ni.. Masa ni kami tengah kemas rumah. Dia pun sibuk ke sana sini jugak. 

Ngada

Ngada

Ngadaaaaanyaa

lempang kang..hehehe

Mama geram kat Suci skrg ni... Geram hari2 nak cium bertubi2.. Sayang sgt si kecik ni.. Jadi gud girl ye syg..

Daaaaaa...

p/s: Definitely blame the hormon..*sigh*

Friday, March 6, 2015

Masak-masak makan-makan #13

Assalamualaikum...

Rasa macam dah lama pulak edisi masak2 makan2 tak bersiaran. Ni dah ada material ni jom ler tengok terus. Malas pulak aku nak mukadimah panjang. Kang korang tak baca sentap pulak aku... kehkehkeh

Ni namanya nasi goreng asal boleh. Aku kalau tak bape rajin nak masak dan tak rajin jugak nak keluar, buat nasi goreng jelah. Apa yang ada dlm peti tu aku campak je. Syarat nasi goreng sedap kitorg laki bini asal cukup rasa dan pedas mmg ok dah.

Ini spageti porto romano namanya. Ade sekali tu bos section kitorg yg paling annoying dlm dunia tu cuti so officer lain sume pakat ajak keluar mkn sama2.. hahaha kire mcm happy day ler. Kami ke Restoran Italy kat Intermark iaitu Restoran Porto Romano. Kiranya spageti tu specialty resto ni. Sedap tau. Seafood die banyak giler. Segala benda ada. Udang, sotong, kupang, kepah, lala dgn scallop kot. Aku lupalah sbb semua aku telan tanpa was2.

Ini pulak spageti olio serba kekurangan yg aku masak. Since kat rumah masa tu xde brg basah nak buat lauk so buat spageti jela. Ini pun asal boleh. Apa yg ada je aku letak. Kalau nak resepi korang cari kat label resepi tu. Yang ni terlebih letak chili flakes. Pijoo mulut..

Asam pedas request org demam. Husband demam sakit tekak so die mmg xde selera nak makan. Jadi bile die kata nak makan asam pedas, akupun buatkan ler. Kesian.

Sapa pernah makan sup hussin kat setapak? Aku pernah dgr sblm ni so ade satu hari tu, lepas shopping kat Kenanga, husband ajak makan kat sini sbb aku tak pernah try. Seriusly sedap weh sup die. Pekat melekat. Aku amik sup kambing. Memang power ah sup kat sini cuma tak leh makan selalu. Aku terasa segala kolestrol dan lemak berkumpul dgn jayanya dlm setiap suapan..huhuhu.. setahun 2 kali bolehlah kot.

Kat restoran sup tu, femes jugak dgn popiah so alang2 dah sampai order popiah jugak. Popiah die pun sedap.. Aku suka. Aku sorang je makan byk popiah ni.

Ikan bawal pelbagai rasa. Menu bulan lepas kot. Kite campak je semua benda yg sesuai maka jadilah ia..hehehe

Minggu lepaskan aku mc sehari sbb sakit perut masuk angin. Since husband pun amik cuti so kami decide utk pergi dating. Dating pergi beli langsir kat Jakel. Romantik sgt.. hahaha. Yelah bawa anak payah aku nak memilih. Since masa masuk KL dah waktu tghari dan perut pun lapar, aku ajak husband makan ikan bakar kat Bellamy belakang istana. Ni festime aku gi. Makan kat kedai no.3. Aku amik sotong, ikan keli dgn ikan pari. Seriusly sedap weh ikan bkr kat sini. sambal die tu berpeluh makan. Memang recommend dan akan ulang lg mkn kat sini.. Tapi harga die paham-paham jelah.. hehe.

Okaylah itu sahaja utk edisi kali ini.. Sehingga bertemu lagi.. Daaaaaaaa

Thursday, March 5, 2015

Kenduri kahwin adik iparku - Nikah.

Assalamualaikum...

Cuti CNY haritu mmg aku berkampung kat rumah mertua jelah sbb adik ipar aku yang seorang je tu nak kahwin. Tapi kami tak tidur umah mak mertua sbb rumah tu penuh dgn sedara mara so kami tidur umah mak aku. Pagi2 gi sana pastu malam balik umah mak. Anak2 mak aku jaga sbb aku sibuk nak tolong2 ni payah kalo ade anak lagi2 Suci yang tak nak kat org lain. Suci kalau dgn family aku die okay tp family husband die kureng sikit sbb jarang jumpa.

Hari khamis sibuk siapkan goodies bag. Nak masukkan coklat bubble rice yg tak siap buat lg. Kira banyak gak keje. Aku sampai sakit pinggang. Ptg tu jugak aku buat cupcake utk candy buffet. Tapi kurang menjadi. Aku rasa sbb oven mak tu panas sgt. kek tak masak sekata.. Xkesahlah jnji sedap..haha.. Bunga pahar pon aku yg cucuk beria dgn husband. 

Hari jumaat masih siapkan apa yang patut. Malam ni diorang nikah. Actually majlis buat kat Balai Islam taman perumahan tu. Balai tu xjauhpun dari rumah. Selang 3 buah rumah je. Kasyah rasmikan dulu pelamin moksu. Masa ni mak abah aku dah dtg utk rewang so anak2 aku adelah dgn aku. Lagipun mlm nak nikah xkan diorang takde kan. 

Sementara tunggu rombongan pengantin lelaki sampai. Adik ipar aku kawen dgn orang pasir mas kelantan... Jauh tuuu... Jenuh nak gi ngantor pengantin..hehe. Suci masa ni xreti duk diam. Budak dah pandai jalan so aktiflah dia, Susah nak amik gambar cantik2 tau. 

Tengok tu... Tak nak duduk langsung. Sepanjang proses nikah aku bg die tgk youtube. Baru diam sikit.. hehe. Kasyah pulak org sibuk nikah die boleh tidur sebelah aku. Penat sgt ler tu. 

Ni gambar sblm org dtg. kami gi balik dulu so sementara org takde ni mohler bergambar. Ni mak mertua aku. Jgn main2 matren hospital ni..hehe

Husband pon nak jugak. Mintak anak sedara amikkan habis gegar,,hahaha 

Majlis pernikahan berlangsung suspen..hehe. Aku tak ingat bape kali pengantin lelaki ucap lafaz sbb die mmg gugup habis. Practice dgn tok kadi pon fail. Nama bakal bini pun tak igt. Die igt nama depan je nama blkg tak igt...hahaha. Aku kat blkg dah gelak2 sengih tp taklah gelak kuat. Last2 tok kadi suruh tulis. Baca je tulisan tu baru ler "SAH".. Haduiii kuikuikui.. Memang jadi bahan seumur hidup ler...kehkehkeh

Hah  dah selesaipun.. Selamat dah menjadi suami isteri. Tahniah dan selamat pengantin baru buat adik ipar aku Tiha dan Faruqi. Gambar dgn mak pak mertua aku.. Korang mesti nak kata kurusnye pengantin lelaki.. Debabnya pengantin pompuan.. hehehe memangpun. Penat suruh diet tp haram..hahaha. Adik ipar aku ni mmg gebu segebu gebunya. Paling gebu dlm family. Tapi bagu gak sorang gemuk sorang kurus.. Kalau tak habis makan ade orang habiskan..hehehe. Sorry tiha akak terkutuk ko..kahkahkah

Abang dan kakak pon nak bergambar jugak... Masa ni Kasyah xde sbb diekan dah tertido tadi..hehe. In sh Allah majlis belah lelaki 21hb ni.. Aku tak sure aku dpt pergi ke tak sbb aku ade kerja tp tgklah camne. 

Okaylah, ade masa aku up pasal bersanding pulak.. daaaa

p/s: 200 je? Poyo!

Wednesday, March 4, 2015

Tiba2 dah ada di Beijing dgn baju tidur dan seluar track je...

Assalamualaikum...

Mood tolonglah datang kat aku. hehe. Semalam ingat nak update sementara belum busy sgt tp gambar pulak takde. So hari ni lepas husband wasap gambar dptlah update sikit. Jadilahkan.

Korang tengok tajuk..poyo tak poyo.. kehkehkeh. Kitorang gonjeng2 je pergi Beijing weh. Ko ade gi Beijing pakai baju tidur? Dengan husband aku pakai tracksuit je? Ade? Ade? Kahkahkah. Dah tak yah nak terkagum sangat. Sah2 membohong. Ni aktivit hujung minggu sblm CNY haritu. Since husband xstart kelas lg and ptg pun tak hujan, sajelah bawa budak2 ni mandi kolam kat Presint 9. Lepas mandi2 pastu main playground barang seround dua, jomler balik. Tapi sebelum tu kami gi pusing2 putrajaya dulu. Aku ckp kat husband nak pergi taman Beijing so kami ni dok pusing2 mencari. Akhirnya jumpa jugak.

Ni kat pintu masuk die. Giler sempoi pergi Beijing.. kahkahkah

Taklah besar sgt pun taman ni. Kecik je tp cantiklah jugak. Lagi2 kalau nak buat photoshoot. 


Kasyah seronok kat sini sbb banyak ikan dlm kolam. Nyaman je. 


Eh tetibe.. hehehe. Aku je yg nampak semenggah sikit kat Beijing ni walaupun muka sememeh jugak..kuikuikui



Dah itu je..hahaha. Malas nak caption.. Taman Beijing Putrajaya ni terletak di Presint 4. Sebaris dengan masjid Besi. Taman Beijing ni kat sebelah jambatan kat presint 4 tu. Ah tak retilah aku nak guide. Korang cari sendirilah. Jumpe kot.. hehehe.

p/s: Day 4. Ngeh ngeh ngeh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...