Tuesday, May 26, 2015

Haiiiii...

Assalamualaikum...

Sorry tuan blog tak sihat.. Jumpa lagi nanti ya...

Daaaaaaaa

Friday, May 22, 2015

Bila hati di rumah..

Assalamualaikum...

Hari ni rasa tak seronok pergi kerja (bila masa yang seronoknya gi keje???). Hatiku tertinggal di rumah. Ingat nak cuti tapi ada beberapa perkara yang perlu disettlekan sbb hari ahad ni kena kerja lagi. Jadi walaupun berat kakiku melangkah, terpaksa kuteruskan jua.. Cewahh.. Aku ni sebenarnya teringat kat Suci. Die demam chicken pox. Kesian dia. Petang semalam lepas amik die dari taska aku terperasan gelembung air kat tangan die. Aik pelik ni. Lain mcm je gelembung ni dik. Automatik terus terfikir chicken pox.

Aku bukak baju die sampai ke pampers sume aku bukak.. Nah mmg dah ada beberapa gelembung besar kat seluruh badan.. Malam tadi gi klinik doktor cakap mmg nampak mcm chicken pox ni. Die bagi calamine lotion dgn ubat demam sbb katanya 3 hari pertama mmg akan demam. So Suci kena kuarantin takleh hantar taskalah. Hari ni papa die jaga sementara mak aku dtg. Mak aku dah ontheway dah tu. Kebetulan mak aku mmg kena dtg sbb akukan keje ahad ni. Husband pulak ada kelas so mak dtg nak tolong jg anak aku kejap tp nampak gayanya mak kena stay seminggulah jg Suci. Lepas start cuti sekolah baru hantar anak2 balik kg.

Gambar awal bulan haritu. Anak2 aku ni mmg spesis kena chicken pox awal ke apa?? Kasyah dah kena masa umur die 2 thn lebih. Suci ni setahun 7 bulan dah kena dah. 

Kesian anak mama. Pagi tadi merengek2 menggaru2. Gatallah tu. Nak ckp jgn garu mcmlah die faham. Kalo dah gtl garu jugak...

Kasyah jgn kacau  adik. Kasyah ni selalu kacau adik die. Adik tak sihat ni jgn nak bergomol sgt. 

Rindu kat Suci.. Hopefully nothing worse dan die akan sembuh seperti sediakala dalam 2 minggu ni. Sorry sayang mama terpaksa kerja. Mama sayang Suci tau. Daaaaaaa....

Thursday, May 21, 2015

Ketam cili di hari ibu.

Assalamualaikum...

Cemburu jugak aku sana sini orang update pasal hari ibu. Gi celebratelah, dpt hadiahlah. Paling jeles bila dpt kad hari ibu dari anak-anak. Aku? Hari ibu sama je macam hari selasa, jumaat, hari-hari.. Ha sama je. Aku tanya Kasyah, die takde kad ke nak bagi aku. Selamba je jawab takde.. huwarghhh nape kat school xde buat kad hari ibu?? Ke aku sorang je yang tak dpt??? nyampah tau.. So berbalik pada hari ibu, aktiviti aku hanya duduk rumah jaga anak sbb husband sibuk pergi kelas. Lepas tu die mmg hampeh bab2 bagi hadiah ke sambut pape ke. Jgn haraplah nak ada element of surprise. Memang haramjadah.. hahaha. Ucapan hari ibu pun lepas aku tanya pastu ucap pon main2. Jadinya dah boleh expectkan kalo hari bapa aku buat apa? Buat BODOH jelah... Motif aku nak sambut????

Dah alang2 tinggal kat rumah pastu ade ketam aku beli kat pasar haritu, aku masaklah ketam cili. Memang syedap syangat uolss. Resepi ni bapak aku bagi sbb die kalo ketam masak cili mmg terbaik. Aku pernah share sebelum ni tapi takpe aku share lagi. Masak ketam di hari ibu pastu makan sorang2. Perghhhh nikmat mana yang mahu kudustakan (insert emoticon nangis guling2 kat sini).


Ketam cili/ Chilli crab

Bahan2.
Sudah semestinya ketam (Aku buat 3 ekor besar2)
4-5 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bwang putih (kisar)
Cili kering kisar (ikut tahap pedas yang disukai)
1 inci halia (hiris nipis)
3 sudu besar sos cili
2 sudu sos tomato
1 labu bwang besar hiris
garam
gula
minyak utk menumis

Cara
1. Ketam dibersihkan. Lebih senang potong 2 sbb ketam besar susah nak kacau dlm kuali.
2. Panaskan minyak (gunakan minyak zaitun utk kesihatan optimum) dan tumis bawang hinggah naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan halia dan tunggu hingga pecah minyak (cili garing).
4. Masukkan sos cili dan sos tomato. Tambah sedikit air utk berkuah.
5. Perasakan dgn garam dan gula. Dah cukup rasa masukkan ketam dan kacau sebati hingga ketam masak. Jangan lupa masukkan bawang hiris sekali.
6. Siap dah. Kalau aku ketam cili ni ada kuah sikit tapi bukanlah banjir mcm asam pedas tu. Hirup kuah die mmg syahdu tau.

Arghhh lapar balik tgk gambar ni.. 

Pagi tu aku buat jemput2 bilis je cicah sambal sardin. 

Okaylah..daaaaaaaaa

Wednesday, May 20, 2015

The journey to my slim phase..

Assalamualaikum..

(Amaran: Entry harini adalah sgt panjang. Nak baca silakan. Xnak dah.)

Tajuk poyo tak hengat. Slim phase konon padahal... dah malas cakap. hahaha. Aku ni nak kata dah kurus sangat tu tidaklah. Tapi keciklah sikit dari awal tahun haritu. Meh sini nak cerita perjalanan aku nak kurus ni. Lepas jer bersalinkan Suci, aku terus menjaga pemakanan. Konon sangat. Dalam pantang aku dah jaga dah. Nasi aku makan sekali sehari. Pagi sarapan minum milo/horlick dgn biskut 2 keping. Tengahari makan nasi sesenduk dgn lauk rebus ke panggang ke. Petang kul 3-4 gitu minum ptg sama mcm makan pagi. Pukul 6 makan malam tp biskut jugak or roti. Itu je rotate setiap hari sampai habis pantang. Memang turun 10 kg masa tu.

Oh ya lupa nak bagitau, berat aku masa pregnantkan Suci mmg lebih sikit dari Kasyah. 82kg hokeh. Lepas bersalin 77kg. Ek, 5kg jer Suci dgn air ketuban sume? Arghh stress. Dulu masa Kasyah lepas bersalin 74kg. So lepas pantang aku naik keje dgn berat 67kg. Diet tidak berhenti setakat itu. 67kg kot. So teruslah maintain jaga makan. Nasi aku masih makan tapi sekali sehari. Akukan masih bf Suci. Xnaklah drop susu. Berat aku turun secara semulajadi sikit-sikit sampailah aku cecah 58kg. Wah bestnya. 19kg dah hilang. Tapi walaupun aku turun 58kg badan tak berapa nak fit. Kiranya aku loss kg tp xberapa lost inci. Tak kesahlah. Lepas raya berat aku naik balik. Tapi maintain dalam 59-60kg. Sampailah dah masuk bulan januari aku stress sbb berat stuck kat situ. Ala camne ni...

So fikir punya fikir tak boleh jadi ni. Kena jugak turunkan berat sbb aku nak pregnant lg. Kalo skrg gemuk, possibility utk lagi gemuk masa pregnant adalah sgt tinggi. So lepas fikir, aku decide nak buat diet atkins. So aku start induction atkins 1 Mac haritu. Berat starting 59.9kg. Lepas seminggu berat turun jadi 57.2kg. Bestnye. Akan tetapi.... jeng jeng jeng.. Aku period pulak so berat naik balik jadi 58kg.. Hoiiiii nyampahnya. Sampai habis induction dan aku habis period berat statik kat 58kg.. Benci!

Aku teruskan fasa 2 tapi seriously penurunan sgt slow. Aku perasan diet atkins ni, kalo awal2 dah tak makan segala carbo gula sume tu, once ko makan je berat ko akan naik balik. Ini badan akulah. Die mcm ko mkn 1 gm coklat pon berat ko akan stuck or worse naik 300-400gm. Eh, mana boleh jadi. Sepanjang sblm aku start atkins ni, aku makan nasi ke cekelat ke apa ke elok je aku maintain berat 59-60kg tu. Tapi lepas atkins, terus xboleh maintain kalo termakan walopon sesudu nasi. So aku buat kesimpulan atkins tak sesuai utk aku. Aku boleh jadi gemuk kalo aku tak follow diet betul2. Aku tak plan utk terus beratkins lepas kurus. Aku cuma nak mkn mcm biasa dlm kuantiti yg aku jaga. Faham tak? So aku just tukar diet plan kepada diet seimbang. Carbo, protein, vitamin, lemak, gula sume tu ada dlm diet aku. Kuantiti adalah seperti yang diperlukan tubuh. Alhamdulillah walaupun tak drastik mcm atkins tapi oklah. Skrg ni dah jadi 55-56kg. Tapi walaupun mcm tak banyak turun tp inchloss aku mengkagumkan. Sbb aku dah boleh pakai baju2 lama sblm pregnantkan kasyah. Okaylahkan. Yang penting nampak kurus. kehkehkeh.

Apa yang aku makan? Mostly lauk jelah. Nasi hujung minggu je. Air manis aku tak amik. Aku minum air putih 2 liter sehari. Coklat, jajan, biskut, roti, kuih muih semua aku makan bila teringin. Bukan hari2 dan bukanlah banyak. Hilangkan teringin je.

Ini antara yang aku makan.. Tapi itu kalau rajin.. Selalunya, aku makan apa yang ada je. Kalo aku masak asam pedas so aku makan asam pedaslah. 

Ada masa aku buat excersize sikit. Zumba ke, squat ke, tapi yang light2 jelah.  Inipun dah lama tak buat sbb skt kaki..huhuh

Tahun lepas dan tahun ini..hehe. Pipi tu tak tahan..huhuhu.


Jadinya itulah journey to my slim phase. Aku ni takdelah kurus sgt tapi kategori normallah dgn ketinggian aku ni. Bab bontot besar tu takleh buat apa sbb tu aset.. hahaha. Plan asal nak turunkan bawah 55kg. So target sblm raya ni kalo boleh nak sampai 52kg. Nanti raya mesti makan byk so bolehlah maintain 55kg lps raya..kihkihkih. Lepas ni kite plan bile nak pregnant pulak ye.. kahkahkah..

Daaaaaaaaaaa...

p/s: Aku tak kondem diet atkins cuma diet tu tak sesuai utk badan aku.

Tuesday, May 19, 2015

Kuih deram/peneram/denderam/derang or whatever u call it.

Assalamualaikum...

Sapa suka kuih deram??? Alah kuih bulat2 yang kadang2 orang panggil telinga ke***g.. Nama berbeza2 mengikut tempat. Aku mmg dari kecik dengar mak aku cakap kuih deram... So kuih deramlah namanya. Aku masa kecik2 suka giler kuih ni. Asal pergi raya nampak kuih ni mmg aku hadaplah sebalang. Masa tu aku tak suka tart nenas. Jadinya sebabkan aku suka kuih ni, kalo gi pasar malam, most of the time mmg aku akan beli kuih deram Rm5 35 biji. Pastu makan dlm kete dgn anak2 dan bila balik rumah tgh2 malam Kasyah dtg kat aku ckp "mama, along dah abiskan kuih mama." Huhuhu sadis..hehe. Dek kerana aku tgk Kasyah mewarisi minat mendalam aku pada kuih deram ni, perasaan nak mencuba buat sendiri menjadi membuak-buak. Agaknya inilah perasaan yang sama mak aku rasa dulu masa die sibuk2 gigih buat kuih ni. Tapi guys, kegigihan mak aku mmg bernoktah. Seingat aku 3 kali die try buat, 3 kali boleh baling ke dinding. Keras baq hang. Aku nak gigitpun tak boleh.. hahaha so mak aku give up. Akupun jadi takut nak try.

Tapi di zaman teknologi ni, google je boleh dpt pelbagai versi kuih deram. Baca dan pahamkan. Dah paham jom buat. Aku try resepi simple kat sini. Gigihlah masa cuti hari pekerja balik kg buat kat kg. Mula2 masing2 memandang enteng usaha aku nak buat kuih deram sbb diorg takut pisang berbuah 4 kali..wakakaka.. Family aku menghanjing aku kuih keraslah, baling dindinglah, dinding pecahlah.. Hampehkan semua. Tapi ah tak kira. Nak try jugak. Tak jadi belakang citer. yang penting aku try. Aku buat separuh dari resepi asal. Takut gak nak buat byk2.

Kuih deram

Bahan2:
500g tepung beras (1 peket blended rice flour)
500g gula merah
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan (sekiranya ada)

Cara2.
1. Mula2 aku masak gula merah dgn air. Masak sampai gula larut.
2. Pastu tuang ke dlm tepung yang dah siap diletak dlm bekas. Memang tuang panas2 tapi janganlah kau 'pandai' sangat panas2 tu gi gaul pakai tangan. Pastu takyahlah tuang semua sekali harung. Sikit2lah. Kang terlembik pulak.
3. Kacau adunan guna senduk (ikutlah guna apapun. jgn guna tangan sudah) sampai die jadi doh. Menurut petua mak aku (pandai mak aku bg petua pdhl die buat tak jadi pon..wakakaka) adunan tu die tak keras dan tak lembik tp mcm meluncur je.. Payah pulak nak terangkan. Senang citer adunan tu die kalo ko letak die mcm mengembang.. Paham tak? Tak paham dah. Aku tak reti explain.. :p
4. Buat bulat kecil bulat kecil bulat yang besar, syg mama syg papa syg semua... eh eh ni apsal ade lagu pulak??? sila abaikan step ke4 ni...hahaha
5. Buat bulat2 dan leperkan atas tapak tgn. Amik chopstick buat lubang dan goreng. Base on my experience, lps buat tu kena terus goreng. ko jgn nak buat byk2 pastu gorg. nnti xjadi. Goreng sampai masak. makan panas2 sedap wooo...

Yay tak sangka menjadi.. Debor2 rasa masa nak goreng takut jadi keras kejung...sekali tgk elok je die mengembung... weeehuuuuuu... Mak berjaya uols.. Terus menari2 kegembiraan sampai kena sound dgn mak aku.. Eleh sebenarnya mak aku dengki sbb aku buat jadi..kahkahkah...(mmg tak senonohpon menari2 mcm org gila kat depan kuali sbb tu mak aku sound..:p)

Kembang bontot dek bangga dengan diri sendiri.... Kerana itu berat aku naik 2 kilo.. dush rasa nak pitam 18kali...huwarghhh

Over letak dua gambar...kahkahkah

Kasyah ngulang sampai habis sebalang... Siap suruh amik gambar die sambil makan kuih deram...


Sorry gambar agak seksi. Diharap tiada yang report gambar ni ke SKMM...


So kalau korang suka bolehlah cuba.. Ade jugak resepi letak tepung gandum tp yg tu aku tak try lg.. Raya ni mungkin nak buat kuih ni kalau rasa gigih nak duduk depan kuali sampai rentung.. Tapi kalau tak aku suruh mak aku order je...kehkehkeh.

Daaaaa..

p/s: saya agak sibuk 2-3 hari ni. Sorry kalo tak jengah. Nnti ade masa i pergi rumah uols ye.

Friday, May 15, 2015

Avengers dan kenduri kawen..

Assalamualaikum...

Sana sini orang sibuk dgn Avengers. Eh akupun tak ketinggalan pergi tengok. Aku tengok hari sabtu 2 hari lepas citer ni keluar wayang. Awal tak awallah kan. Husbandlah yg beria nak tengok. Aku ni bukan faham sgt citer tu sbb tak tgk Agent of shields segala. Husband mmg layanlah. Tapi orang nak belanja moh kite.

Sementara mama beratur nak beli popcorn, diorg sibuk bergambar. Kasyah semangat siap pakai baju ironman..hahaha. So best ke tidak? Entah aku rasa okay jek. Nak kata tak bestpon tak jugak. Nak kata kebabom sgt pun tidak. Berbaloi la layan..gituh. Lps ni nak tunggu citer Jurassic park, minions, mockingjay part 2, star wars..yaayy.

Bulan lepas aku ada balik kampung nak hantar kain buat baju raya kat makcik aku. Kebetulan kawan sekolah kitorang kawen so alang2 kat kampung aku marilah pergi. Wan ni kawan husband sbb diorg sekelas dan sebaya. Tapi aku kenal jugak wan ni sbb kitorg satu bas nak pergi sekolah. Selamat pengantin baru Wan dan pasangan. Aku tak tau nama bini die sbb mmg tak tau..hahaha

Sempat jugak amik gambar. Baju aku pakai tu baju buruk. Aku nak buang dah tapi pakailah kejap utk gi kenduri ni sbb dekat n kejap je, Kuasa sangat aku nak bersiap bagai padahal balik rumah terus salin baju...hihihi. 

Weekend ni aku keje sbb ada exam untuk budak2 yang apply scholarship yang aku handle... Huwarhhh penat. Dah la pagi ni ada orang tua tak reti bahasa yang menyakitkan hati sibuk request benda tak masuk akal. Geram jek. Ko dtg sini mmg aku suruh guard halau je. Ko yang problem nak salahkan kitorang pulak. ggrrrrrr....

Okaylah daaaaaaaaaaa.....

Thursday, May 14, 2015

I love cat.

Assalmualaikum...

Budak2 memang suka binatangkan???? Binatang paling senang nak jumpa tak payah pergi zoo adalah kucing. Kat mana2 ade je kucing. Suci ni pon kategori suka kucing. Pantang nampak mulalah menggeletis nak turun main kucing. Tapi aku pilih2 tmpt jugak nak bagi main kucing. Kalo kucing kat kedai tu nampak cam kotor je aku tak kasi die usik. Tapi kalo kucing kat lobi rumah aku ni takpe.

Sibuk nak usik kucing.. Ni kat lobi rumah aku. Selamber je duduk atas lantai gitu...

Kemain suka.... Usik-usik pastu gelak...

Alololo comel anak mama ni. Comel mcm kucing..hehehe. 

Itu je nak citer...kehkehkeh..

Daaaaaaaa

Wednesday, May 13, 2015

Nasi lemak Warung Bunian

Assalamualaikum...

Beberapa minggu lepas (lupalah) hari ahad kami decide untuk pergi sarapan pagi kat luar. Bukanlah sbb malas masak ke hapa tp sbb mmg takde brg basahpun kat rumah. Lagipun aku nak pergi beli stock pampers anak2 so alang2 tu keluar jelah. Husband ajak makan lontong kat Dengkil. Aku okay jek sbb weekend mmg aku makan melantak sikit. Weekdays je beria diet..hahaha. Tapi sampai Dengkil kedai tu tutup pulak. Kedai sebelah die cuma ada nasi lemak je. Aku xnaklah sbb kalo betul nak makan nasi lemak or makanan yang heavy2 ni mestilah makanan tu yang aku teringin nak try je. So aku ajak husband pergi warung bunian sbb aku tak pernah pergi dan husband akupun tak pernah pergi untuk breakfast.

Orang memang ramai dan mejapun limited tapi masa aku sampai dapat je meja sbb ada orang nak balik.

Aku amik nasi lemak bungkus. Husband pon sama. Kasyah je nak roti telur. Makan kongsi2 dgn anak2. Kesimpulannya aku makan tak sampai separuhpun. 

Masa aku amik gambar ni baru aku betul perasan yang aku dah nampak kurus. Sblm ni macam tak berubah je..hahaha

Suci mulut penuh dgn nasi. Kasyah sibuk nak peace... 

Kasyah sibuk nak amik gambar papa.. Hasilnya bergegar..hehe. 

So sedap ke tidak nasi lemak tu? Secara jujurnya aku rasa biasa je. Sama je macam nasi lemak lain. Ktiorang pernah makan lagi sedap kot.. Tapi bukanlah tak sedap. Bila2 nak makan boleh je datang. Tapi lambat lagi kot sbb akukan diet nasi skrg..kehkehkeh..

Daaaaaa....

Monday, May 11, 2015

Baby omel omel

Assalamualaikum....

Hai kawan-kawan.. Nama saya upin. Ini adik saya ipin.. eh eh tersalah masuk citer pulak...hehehe. Bercinta betul nak update blog skrg.. Niat tu ada tp bila ada benda lain nak kena buat walaupun kejap terus malas dah update blog..hehehe. Eleh dasar pemalas banyaklah cakap ko kan..

Takpe takpe jom tengok baby omel omel hari ni.. Bulan lepas ( ye bulan lepas) aku gi melawat cousin aku yang baru seminggu lebih bersalin. Kebetulan husband ada kerja kat area rumah cousin tu so terus ke sana jelah. Makcik akupun ada so elok sgtlah. Sampai sana dah petang dlm pukul 5 lebih gitu. Haripun start hujan. Kebetulan kawan makcik aku sama2 gi haji dulupun dtg so cousin aku order mknn kat kedai and aku tolong makcik aku goreng cekodok. Siap makan malam lepas maghrib kamipun balik...

Baby Iyris Dayani Qayrin.. Geramlah cu ani tgk awak.. Nape comel sgt ni... Gigit nak? Kebetulan aku amik gambar ni die buka mata pastu senyum2.. Kalo tak asik tido je. Aku gomol2 syium syium langsung taknak jaga. 

Suci excited tgk baby. Asiklah duduk sebelah baby. Nak adik ke Suci? Tahun depan ye. In sha Allah. 

Kejap2 ditepuk2.. Kejap2 diusik2..

Omel2.. Dua2 pun omel... hehe

Itu jek nak citer.. Daaaaa...

Wednesday, May 6, 2015

Pergi lagi bos yang baik.

Assalamualaikum...

Minggu lepas hari rabu, seorang lagi bos yang baik kat opis aku balik Jepun.. Huwarghhh tak bestnya sbb bos yang ni baik sangat. Walaupun die bukan direct bos aku tp kitorg sama department so hari2 tgk muka die dlm dua tahun ni.. Pastu die hensem dan baik pulak. Kitorg sume rasa mcm alah tak bestlah die nak balik. Tapi nak buat macam mana tugas die kat sini dah tamat so kenalah balik negara asal pulak. Kiranya skrg ni kat department aku sume officer baru2 termasuk bos aku yg belum setahun kat sini.. Dahla bos besar tu menyakitkan hati pastu officer2 yg tinggal baru2 lambatlah sikit nak ngam..huhuhu.

Kepada Nozaki-san, sayonara and we miss you already..huhuhu.. tapikan facebok ade so hari2 boleh je tgk fb die. kehkehkeh. Hari last die tu kebetulan bos besar takde so kami amik kesempatan bergambar sbb bile bos besar ade tak syok. die tu kan menyakitkan hati..Takmo ade gambar die dlm photo kami.

Masa ni semua amik gambar terkawal lagi.. Yang nak balik tu yang duduk tu. Bos aku yang lelaki tepi sekali tu. 

Wefieee

Sape rasa die hensem angkat tangan... Aku! aku!

Sape rasa aku cun boleh pm aku..hahahha bongoks.

Freestyle... Ko nampak tak bos aku buat apa? Ape selenge sgt muka tu? kitorg gelak sampai menangis tgk gambar ni. 

Freestyle lagi.. bos aku mcm2 gaya amik gambar freestyle.. pandang ataslah tepilah gitulah ginilah.. hadoiii.. tapi aku tak letak gambar semua...

Sblm ni amik gambar sorang staff takde sbb keluar. die balik je terus kitorg wefiee lagi sementara bos besar tadek..

Batch Nozaki-san dgn batch bos aku sblm ni mmg best. happening. Bacth skrg ni mcm tak berapa tp bos baru aku tu best jugak. Boleh dibuli..hehehe. Cuma yg lain2lah tak best... Skrg tak sabar tunggu bos besar balik je.. Naik jelak kitorg dgn die kot..

Daaaaaa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...