Tuesday, June 30, 2015

Misi beli tudung di Jalan TAR

Assalamualaikum...

Eh eh dah 13 ramadanlah. Kejap jek kan. Dah nak masuk 2 minggu. Maknanya tinggal lebih kurang 2 minggu lagi nak raya.. Tapikan aku stress ah. Sana sini orang sibuk update berat turun bulan puasa ni tapi aku is no no no okay. Berat tak turun pun. Padahal aku makan nasi sekali je itupun kadang2 tak makan langsung.. Benci ah dgn diri sendiri. huhuhu. Kang aku gemuk pulak di pagi raya. Baju tak muat kang. Acaner? Nyampah.

Enough pasal berat yang tak memberi kerjasama tu, moh citer pasal shopping. Weekend lepas mmg aku peruntukkan untuk shopping dan settlekan keperluan raya. Hari jumaat malam, kami ke AEON Midvalley untuk beli baju anak2. Kami mmg suka beli baju di AEON sbb cantik2 dan murah2. Murah tu bila ada member daylah. Kebetulan hari jumaat tu Member's priviledge day so dpt extra voucher. Beli sekali handbag baru sempena besday aku hari tu pastu selipar semualah. Settle baju2an malam tu. Dptlah voucher 9 keping..

Hari sabtu aku ke Mydin USJ untuk beli brg dapur tapi bagusnya dpt jugak settlekan sampin husband dgn kasyah. Murah jek. Sampin mahal2 nak buat apa. Pakai sekali je. Beli jugak kasut dgn selipar Suci sbb fikir beli kasut mahal2pun Suci pakai kejap jek. So tak payah membazir. Beli kasut kat mydin je. Cantik jugak. Kasyah dah beli dah kasut adidas. Ngelatkan, Kasyah kasut nak best.. hehe. Brooch pon aku beli kat mydin je.

Hari ahad, kami ke Jalan TAR. Misi aku nak beli tudung. Alah cari tudung murah2 sudah. Aku ni agak berkira sikit kalau tudung puluh2 ringgit ni. Tudung paling mahal RM20 je..hahaha. Jadi mari ke MUAZ. komfem murah.

Kami dtg pagi sbb xnak terlalu bersesak2 dgn org. Lagipun kalau lambat sikit, DBKL tutup jalan nak masuk ke Semua House tu so parking jauh. Kasyah dgn Suci teman mama ye.

Sibuk memilih jubah untuk mak dgn mak mertua aku. Alang2 nak belikan mak aku, amiklah sekali utk mak mertua aku. Sekali sekala apa salahnya.

Pilih itu pilih ini, amik itu amik ini, dekat RM200 gak habis beli tudung. Padahal nak beli tudung maroon dgn purple je tp segala kaler aku sapu. Itupun masih ade je baju yg xde matching tudung bila nak keluar. Ai confius dgn diri sendiri..hahaha

Since masih awal lagi, kami decide nak jalan2 tgk booth kat area jln TAR tu.

Anak2 dok dlm  stroller. Xleh lepas. Orang ramai. 

Jalan depan semua house tu je pastu patah balik. Ade booth real hijab jual tudung 5 Rm100. Ai is geram u know tp dok tgk2 mcm xbape berkenan so aku ckp dgn husband xjadi ah beli. Terus bangga dgn diri sendiri sbb mampu mengawal nafsu. hahaha tapi balik rumah sampai la ni dok teringat. acaner? hahaha

Balik rumah Kasyah dah membongkang tido. Suci tu acah2 je konon baring sebelah abang. Ngade sgt. Lempang kang. hehe. Oh ya, aku dah buat bilik Kasyah tp tak citer lg kat sini. Tengoklah kalo rajin nanti.


Okaylah daaaaaa...

p/s:Minggu ni balik kg. Pulun buat kuih raya.

Friday, June 26, 2015

Ulangtahun ku...

Assalamualaikum...

Ramadan ke 9, 26/06 hari jadi tuan tanah kedaung.. Yay tambah umur lagi. Umur dah 3 series tp BMW 3series pon xada lagi. hah camno? hehehe. Alhamdulillah.. Berkesempatan untuk sambut ulangtahun kelahiran kali ini. Tapi rasanya hari jadi ni takde bezapon dgn hari2 lain. Sama je. Rutin pon sama. Lagi best pagi tadi my husband bagi ucapan 'romantik' sampai buat aku 'terharu' gitu.

Aku tengah layan tepon lepas sahur sambil tgk tv sementara nak siap2 pergi kerja. Husband dah masuk bilik nak sambung tido kejap. Alih2 die keluar pastu cakap "Hoiii...happy besday." Ya Allah 'romantiknya' ucapan laki aku.. kahkahkah. Hampehkan. Takde maknanya die nak gigih buat seprais ke apa ke. Mmg dasar tak romantik dari zaman bercinta. huhuhu. Tapi ucapan xromantik xpe. Yang penting handbag baru jgn lupa.. hahaha.

Motif letak gambar ni? Xde motif. Ni je gambar the latest yg ada. Itupun bulan lepas punya...hahaha.

Okaylah... Aku cuma harap kehidupan akan jadi lebih baik...Baik dari segala segi. In Sha Allah..

Daaaaaaaa..

Thursday, June 25, 2015

Menu Berbuka seminggu puasa..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah pun masuk hari ke 8 berpuasa. Macam kejap je kan. Tau2 je kang dah raya dah. Dah seminggu puasa ni aku tengok ramai yang share menu berbuka diorang. Aku ni nan hado jah nak share sbb tak ingat nak amik gambar weh. Lepas siap masak selalunya dalam pukul 7 gitu, aku akan bagi anak2 makan. Lepas tu aku terus mandi. Dari melanguk tunggu berbuka baik aku buat something so aku pilih mandi. Siap mandi dah nak buka dah.. hehe. Xdelah rasa mcm lama sangat nak berbuka. Nak pulak tahun ni waktu berbuka agak lambat pastu makin lama makin lambat..huhuhu.

Suka aku tengok masing2 share menu berbuka ke bersahur ke. Ade gak idea nak masak apa. Kali ni aku nak share pulak tapi aku cerita jelah. Gambar ade 2 je pun..hahaha.

Hari pertama:
Sahur aku makan nestle fitness dgn susu dan kurma 3biji. Husband pulak makan nasi lauk malam sebelumnya.
Buka aku masak ikan kembong sambal, sup cendawan dgn tempe goreng.

Hari kedua:
Sahur aku sepatutnya makan nasi lauk ikan kembong smlm tp dah terlewat bangun jadinya cuma teguk air masak dgn kurma 3 biji...huhuhu.
Buka husband beli KFC (besday Kasyah) pastu aku buat nasi goreng sardin belen nasi yg tak jadi makan masa sahur.

Hari ketiga:
Sahur perabis nasi goreng dgn ayam KFC.
Buka aku buat mee goreng dan aku goreng stok keropok lekor je.

Hari keempat
Sahur makan mee goreng kasi habis.
Buka buat nasi lemak + sambal bilis dgn ayam goreng berempah. Aku teringin nak try sotong raja so beli sotong raja je kat bazar uniten.

Hari kelima:
Sahur seperti biasa akan makan makanan berbuka semalam so nasi lemak le jawapnya.
Berbuka aku goreng bihun je. Pastu kami beli kuih2 dgn cucur udang kat bazar uniten.

Hari keenam
Sahur makan bihun dan cucur udang.
Buka aku buat kari daging, sayur kacang+hati, sambal hitam (baru dpt order dr kawan) telur masin pastu buat roti jala.

Hari ketujuh
Sahur husband perabih nasi dgn kari. aku makan nestle fitness dgn susu. Nak makan nasi, nasi cukup utk husband je. Nak masak lain malas.
Buka aku buat sup ayam campak segala carrot kobis bunga dlm tu. Senang tak yah masak sayur dah. Pastu mintak husband beli roti john dgn karipap. Karipap tu intinya masam mcm dah basi.. Sedih ah org meniaga mcm ni.. huhuhu.

Oh ya setiap hari pun aku buka dan sahur dgn air suam. Husband je buat air manis itupun die buat sendiri. Entahlah aku tak rasa teringin pulak nak minum air manis tu. Tak tahulah kalo minggu2 depan baru teringin ke tp buat masa ni air suam paling sedap rasanya.

Menu buka hari keempat. Nasi lemak dan ayam goreng berempah.

Menu berbuka hari ketujuh semalam. Sup ayam je. Senang.

Hari ni ingat nak buat sambal kerang sbb itu je yang ada kat rumah. Pastu tadi husband kata die order pulut mangga dgn kawan dia. Okay dah tu. Tahun ni mmg aku berbuka ala kadar je. Tak meriah meja sbb xnak membazir. Sayang kalau terpaksa buang.

Okaylah.. Daaaaaaaaaa...

Wednesday, June 24, 2015

Minion movie best ke tak?

Assalamualaikum...

Bersempena dgn birthday Kasyah last week, kami bagi die suka2 seronok2. Kebetulan citer minion pun keluar wayang so bawalah die tengok minion. dahlah budak berdua tu mmg hantu minion. Kat youtube tgk minion, kat dlm bilik minion, hari2 minion. Kami pergi hari sabtu malam. Ramai mak2 bapak yang bawa anak diorang tgk minion jugak.

Sementara papa beli popcorn, kite berphoto sat. Payah nak suruh budak2 ni standstill. Lagi2 si Suci tu. Kalo Kasyah lak, susah nak pandang kamera. 

Lantaklah korang. Jadilah daripada takde.. hehe

Excited Kasyah, start je citer die dah gelak2 dulu.. hehe. Suci half way dah tak senang duduk. So aku sumbat susu sampailah die tido. So best ke idok citer minion ni? Ini review ikhlas dari aku. Citer minion ni mmg untuk kanak2 je sbb karektor minion tu tp dari segi penceritaan kureng ah. Macam tak sampai. Tak sama mcm Despicable Me 1 and 2. Sampai aku rasa mcm bosan. Elemen2 kelakar pun tak banyak sangat. Yang mana korang tgk kat trailer tu, itulah die. Citer ni hanya bersandarkan minion tu je. Lagi satu langsung xde subtitle bila minion tu bercakap. Korang faham2 sendirilah base on movement dan satu dua perkataan yang kite boleh faham. Cuma bangga kejap sbb minion pandai cakap 'terima kasih' masa dapat hadiah dari Queen England tu. Overall aku bagi 3 bintang je kot.. huhuhu..

Daaaaaaa...

p/s: Aku dah naik buntu nak masak apa. Rindu kampung pun ye jugak. Last balik cuti pekerja haritu. dah nak dekat 2 bulan weh.. huhu

Tuesday, June 23, 2015

Edisi potong kek

Assalamualaikum...

Hari ke-6, masih lagi gagah berpuasa sbb aku ni selalunya masuk minggu ke-3 mesti dah lesu dah. Memang selalu gitu. Setakat ni aku masih masak hari2 untuk berbuka. Memang takde plan nak beli makanan kat bazar. Beli kuih muih bolehlah. Semalam gi beli kuih. Aku cuma teringin nak makan cucur udang tapi standard ah dah nampak mcm2 last2 berjenis jugak kuihnya. Tapi beli sikit2lah. 2-3 ketul je. Setakat semalam, aku berbuka bertemankan air suam. Nikmatnya minum air panas weh. Walaupun just air kosong tp lega sungguh. Husband sorang je minum air manis. Aku setia dgn air suam. Tak terliur pulak tgk air batu tu. Lagi terliur tgk air suam..hehehe.

Minggu lepaskan besday Kasyah. Since hari tu puasa so aku xde plan nak sambut sgtpun. Just bagi dia seronok potong kek. Itupun cari kek yang kecik. Sampai skrg ada lagi. Diorang je pun yang makan. Aku tak kuasa nak makan malam2 sbb aku mmg jenis makan time berbuka je. Takde nak makan lagi malam tu. Husband pulak beli KFC sbb Kasyah suka ayam KFC. Aku top up dgn nasi goreng sbb nasi pagi tu ada lagi. Kan kitorg sempat makan kurma je so nasi yg ada tu aku gorenglah.

Kek coklat cherry beli kat Baker's Cottage. 

Beria tiup lilin. Seronok die dapat potong kek. Hadiah belum beli lagi. Tunggu gaji nanti.

Suci standard ah nak sibuk gak..hehe.

Okay masa untuk potong kek.

Haip adik jangan usik kek along tu. 

Makan kek bersama2. Suci tak habis2 cakap sedap. 

Kasyah pulak cakap "Sedapnya kek ni. Terima kasih mama". Ah terharu mak nak. Kasyah makan 4 potong kek hari tu. Aku yg tengok pon rasa penuh perut.. hehe


In sha Allah kalau balik kg ni, ada rezeki kite potong kek kat kampung pulak ye. Sayang Kasyah.

Daaaaaa....

Friday, June 19, 2015

Sahur yang barokah..

Assalamualaikum...

Dah selesai puasa kita sehari. Dah masuk hari kedua dah pun. Nampak tak tajuk yang macam tak berapa nak boleh blah tu? hehe. Ni gara-gara confident level tu tinggi benor tu yang jadi sahur yang berkat sangat sbb ikut sunnah. Pagi tadi sempat sahur dgn kurma 3 biji dan air kosong je tau. Lepas teguk air, telan vitamin tak lama tu azan subuh dah..kuikuikui. Aku dah terjaga dah pukul 4.35 tapi sbb confident level tu tinggi sampai langit ke tujuh so aku rileks sambung tidur balik sebab konon nanti jam aku bunyi pukul 4.50. Bukan aku nak masakpun. Nak panaskan lauk je dlm microwave. Tapi bila jam aku bunyi, tengok2 dah pukul 5.30. Kelam kabut bangun kejut husband suh makan kurma untuk sahur. Rupanya aku lupa nak set jam tu bunyi hari2. Aku set smlm je tp kepala otak dok ingat aku dah set jam sepanjang puasa.. Hadoiiii, nasib baik sempat gak makan kurma dgn minum air weh. Nasi lauk semua aku masuk terus dlm peti.. kehkehkeh.

Petang semalam husband ajak makan luar tp since diepun tak tahu nak makan kat mana so aku malas. Baik masak je. Pukul 6 baru nak keluar cari tmpt makan mmg tak lah. Semua tmptpun penuh rasanya. So aku masak je sambal ikan kembung, sup cendawan campur fishball, tempe goreng dgn telur dadar. Jadilah tu. Kasyah makan dua kali okey. Feveret die tu sup cendawan. Pukul 7 aku dah suap makan, alih2 pukul 8 lebih ngadu nak makan nasi lagi.. hahaha.

Oh ya hari ni Birthday Kasyah yang ke5. Alhamdulillah Kasyah membesar dgn sempurna. Takde apa yang aku minta pon selain kesejahteraan die hingga akhir hayat. Jadi yang terbaik dalam apa jua yang die lakukan. Apa jua yang ibu2 lain doakan untuk anak die, itu juga doa dan harapan aku. In sha Allah.

Mama sayang Kasyah sangat2.

Thursday, June 18, 2015

Lunch terakhir

Assalamualaikum...

Dah separuh hari dah berpuasa. Harini aku sahur simple saja. Makan cereal dgn susu dan kurma 3 biji. Cukuplah. Husband makan nasi lauk malam tadi. Tengah dok fikir apa nak masak untuk berbuka hari ni. Ada ikan kembong je pon kat rumah tapi tulah, nak ku masak apa ikan kembong tu. Tengoklah petang jadi apa. Harini bangun pukul 4.50 pagi. Tapi sampai skrg tak tido lagi. Ada gak rasa mengantuk tapi syok pulak melayan citer Hidayahmu Ramadan kat Tonton. Malam tadi nak tengok sampai habis ngantuk. hehe.

Semalam bos belanja makan sempena banyak benda. Sorry ye terletak gambar makanan ditengah hari puasa ni. hehe. Aku makan Unadon ni. Bedal je makan nasi sbb hari dah pose..hehe. Dalam sebulan ni mmg aku bantai je makan nasi sbb fikir nak puasakan. Tapi bukanlah hari2. Senang citer aku makan ikut suka. Tengoklah hujung puasa ni dapat turun ke tidak.. hehe.

Okaylah.. Daaaaaaaa..

p/s: Bos luluskan permohonan aku nak balik awal bulan puasa tapi dgn syarat potong cuti.. Tak kesahlah 15min je pon so pukul 4.15 dah boleh balik dah.. Yay

Wednesday, June 17, 2015

Ramadan tiba lagi...

Assalamualaikum...

Allahu akbar.. Seronoknya rasa hati ramadan tiba lagi.. Esok kite semua muslimin muslimat di Malaysia akan mula berpuasa.. Semalam atok hensem dah khabo dah esok puasa so jangan tak puasa pulak ye... Akan bermulalah edisi pening kepala, confuse para isteri dan mak-mak sbb tak tahu apa nak masak untuk sahur dgn berbuka.. Sahur esok ni pun aku tak tahu nak masak apa weh. Aje sahur dgn oat je nanti..haha


Atok hensem dah umumkan dah esok puasa... 

Tahun ni ingat nak start ajar Kasyah puasa tapi ko tau dia jawab apa bila aku suruh puasa?
"Along tak nak puasa. Nanti along nak makan camne? Along lapar nak makan."
Hahaha, yolah, makanlah nak. Kite cuba tahun depan pulak ye. Baru 5 tahun kot so xpelah.


Untuk itu, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambuat bulan ramadan yang penuh barakah ini. Maaf andai ada entry aku yang menyakitkan hati mahupun komen2 aku yang tidak disukai.. Esok pagi sahur jangan lupa baca niat puasa sebulan terus.. 

Daaaaaaaaaaa...

p/s:Hari ni bos belanja makan. Makan kenyang2 kot2 boleh tahan sampai puasa esok..kahkahkah

Tuesday, June 16, 2015

Buffet Ramadan 2015 - Putrajaya dan kawasan sekitarnya..

Assalamualaikum...

Masih tercari-cari buffet berhampiran rumah? Jika anda tinggal berhampiran Putrajaya mungkin info ini akan membantu untuk anda yang sedang mencari2 buffet ramadan untuk membawa family berbuka puasa bersama. Semalam aku dah share buffet di area Kuala Lumpur. Hari ni untuk anda yang tinggal di selatan Lembah Klang, bolehlah cekidout info2 di bawah.




Selangor RHR Hotel At Universiti Tenaga Nasional, RHR Hotel At Universiti Tenaga Nasional  Selangor





Cruise Tasik Putrajaya









Enjoy!

Monday, June 15, 2015

Buffet Ramadan 2015 - Kuala Lumpur

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah nak puasa semula. In sha Allah andai di izin Allah, hari Khamis ni kita semua akan menyambut puasa. Seronoknya rasa. Tak sabar nak puasa. Seperti kebiasaan aku akan share info-info tentang buffet2 ramadan yang ada tahun ni tapi tak semualah. Apa yang ada je. Ikutkan hati malas dah nak share buffet puasa ni sbb harga makin tahun makin tak logik tapi as info buat yang tercari2 buffet ramadan, bolehlah cekidout list di bawah. Klik gambar untuk dapatkan contact details okay.. Enjoy!






Buffet Ramadan at PNB Darby Park



Memberships



Selamat berpuasa.

Tuesday, June 9, 2015

Sup Tulang Merah

Assalamualaikum....

Sape kat sini pernah makan sup tulang merah kat Singapore? Seriusly aku ni teringin sangat nak makan sup tulang merah. Masa awal2 pregnantkan Suci ada terfikir nak cari sup tulang merah tp bila aku dah start mabuk2 aku langsung tak boleh makan daging. Jangankan makan, tengok daging pon loya. Gambar daging pon loya weh so terkuburlah niat nak makan sup tulang merah. Tapi haritu ada kawan aku si Reha tu share pasal satu restoran ni nama Fueling D'Garden. Tengok2 ada pulak sup tulang merah... Lepas tahan mengidam, last week aku ajak husband gi terjah restoran tu sbb nak gak rasa sup tulang merah. Tengok macam menarik sbb kebetulan hari ahad tu keluar pulak JJCM pasal restoran ni. Balik kerja terus ke sana. Lagipun anak2 takde, kat kampung, so senang sikit nak bergerak.

Sup tulang merah idaman hati dah berada di depan mata... Aku mmg tak expect rasa die mcm mana. Xboleh bayangpon so festime rasa aku rasa sup tulang merah ni berempah. Aku tak tau nak kategorikan rasa die mcm mana. Memang lainlah. Agak sedap sbb die pekat2. Eh serius tak reti aku nak describe camne rasa sup tulang merah ni.

Di datangkan sekali dengan roti. Mula2 husband nak makan dgn nasi putih tp aku tak kasi sbb mungkin tak sesuai. So die amik nasi goreng. Nasib baik tak amik nasi putih sbb mcm tak sesuai kot mkn dgn nasi. Pastu die siap bagi straw nak sedut dlm tulang tu. Ekk aku geli. Rasa lemak2 je. Aku mmg tak begitu suka gelenyer ke sum sum tulang ke hapa ke so aku tak sedut ah. habiskan daging je.

Cita-cita aku lepas ni nak gak makan sup tulang merah ni kat singapore. Sbb aku rasa kat singapore baru betul2 ori rasa dia (mcm pernah rasa..hahaha). Kalau korang nak try sup tulang merah ni, bolehlah ke restoran Fueling D'Garden, Dekat area stesen bas kajang. Alah google je lah..

Daaaaa...

p/s: hari ni husband balik dari JB singgah Segamat amik anak2 sekali.. yeay rindu sangat dah ni kat anak2.

Friday, June 5, 2015

Udang besar...

Assalamualaikum...

Dah masuk hari kelima anak2 di kampung. Kasyah hari2 tanya sama ada aku nak balik kampung jumpa dia ke tak. Sorrylah sayang, mama tak balik. Kebetulan husband akan ke JB hari ahad ni so balik dari JB nanti die terus singgah Segamat amik anak2. Cuma hari apa die nak balik tu tak tau lagi.. Hopefully takyahlah lama2 kat JB tu.

Korang, ni festime aku makan udang gedabak besar ni weh. Ni bukan udang galah tp udang laut. Actually ni masa ujung bulan 3 haritu. Standard tetiap tahun aku akan buat function untuk budak2 yg dpt biasiswa pergi Jepun so tahun ni, atas permintaan 'Orang besar', diorang nak guna katering yang diorang kenal. Sukati kolah walaupun katering tu mahal dua kali ganda dari katering yang aku quot. Tapi mahal die tu kite berbaloi bila aku tengok bapak besar udang die bagi. Hoiiii kitorang tapau siap2 udang tu weh. Udang besar begitu bukan selalu dpt makan. Nak belipun mahal so bila ada can jgn dilepaskan. Aku tapau 5 ekor..Puas hati makan.

Udang XXXL masak menterga atau org panggil buttered prawn. 

Udang ni sebesar tapak tangan aku... Maveles sgt..

Seperti biasa sushi jangan di lupa.. Ni pun aku tapau jugak. hehe.

Tahun depan kalo bos dpt bajet lebih, aku nak udang gedabak tu lagi. Tapi konfem harga naik sbb bile masa yg skrg ni harga jadi murah. Tadi aku beli kuih pun dah naik 10sen dah. Stressss..


Okaylah.. Daaaaaaaa...

p/s: Mood deco is on.

Wednesday, June 3, 2015

Meatball Ikea for the first time.

Assalamualaikum...


Bulan lepas aku beria2 ajak husband pergi Ikea sbb nak beli rak besi untuk store. Stor kat rumah aku tu dah penuh sesak dah. Kalo masuk mmg boleh sesat. Jadinya marilah pergi Ikea sbb aku tgk kat katalog rak besi tu baru RM39.90. Sambil2 tu nak tgk rak kasut kot2 berkenan. Ada juga barang2 lain yang nak tengok. Aku ni jaraaaannggg sangat pergi Ikea. Kalau takde yang betul2 nak cari mmg tak pergi sbb jauh kot. Last aku pergi Ikea masa aku pregnantkan Suci. Lamakan. Dah nak dekat 2 tahun.

Sebelum ke Ikea kami ke sekolah Kasyah dulu sbb nak jumpa teacher dia. Alah konon hari amik report card ler tu tp takde report card pon. Kasyah nak kena work hard menulis dgn Math. Tulisan die mmg mewarisi papa betul. Tak cantik langsung.. Kahkahkah. Lepas meeting tu, kami terus gerak ke Ikea. Dalam pukul 10 lebih sampai. Itupun dah ramai orang.

Amik gambar bukan nak panggil. Dah tak senyum..huhuhu. Ni je weh sekeping gambar aku. Kuasa sangat nak beria bergambar. Aku bukan nak buat ads.. hehe

Ini meja sisi. Harga Rm29.90. Ade 3 warna. Hitam, putih dgn pink.. Geram tengok so amik seketul. Nak buat meja kopi kalo tetamu dtg. Xmo meja besar2. 

Baru jalan kejap, Suci dah crancky. Aku lupa nak sediakan umpan dia. Suci ni kalo nak bagi die diam kena bagi dia makan. Tak kesahlah apa asalkan makanan. Selalunya biskutlah. So kebetulan jam dah pukul 11 lebih, perut husband lapar sbb sarapan tadi Kasyah habiskan makanan die so kami pun decide utk makan. Festime kot makan kat Ikea. Tak pernah pon makan kat sini sbb selalunya sesak. Tapi since nampak mcm ok dan beratur pon tak panjang sgt, jomlah try.

Kebetulan masa aku pergi tu, skrin menu die rosak. So aku yang festime ni agak terpinga2 jugak nak beli apa.. Tapi aku gamble je sbb aku nak try meatball tu. Pastu lain2 amik sendiri.. Aku amik meatball 10 ketul, roti dgn mushroom sup (sedapnye), muffin, popia dgn biskut. Popia die sedaplah. aku suka. Meatball die biasa je. Aku tak tau apa yang sedap sgt org dok sibuk nak makan sampai teringat2 tu. hahaha.

Ini budak dua beradik pulun makan muffin. Murah je muffin tu. Rm1.50 je kot. Lupalah. Dah dekat sebulan pon kan..

Makan bersungguh2 sampai habis. Bagus.



Lepas makan gedebak gedebuk amik itu amik ini, habis jugak dekat Rm300 beli brg ikea ni. Ingat nak share stor aku sblm dgn selepas tp mcm malas pulak..haha..

Okayla itu je. Tetibe mcm mati kutu tak tau nak citer apa.. Daaaaaaa

p/s; Malam2 rindu anak2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...