Friday, July 31, 2015

Di malam raya pertama

Assalamualaikum...

Jangan dilayan malas aku ni. Kang tak habis update. cepat2 kasi clear citer raya pertama. Malam raya, macam yang aku habaq sebelum ni, rumah kena serbu lagi. Tu yang lauk pauk segala mala benda habis licin tu. Suka tau sbb esok boleh makan roti canai pagi2. hehe. Balik dari kampung beraya tu, kami terus siap2kan apa yang patut untuk geng kampung datang pulak. Mana lauk yang patut dipanaskan, dipanaskan. Air pon siapkan satu bekas besar. Tu pun xcukup.. huhuhu. Kuih yg dh kosong dipenuhkan. Dalam pukul 9 gitu mak long aku sefamily pon sampai. Bayangkan kecohnya rumah sbb maklong aku ni anak je 8. Semua dah kawen. Cucu je 25 okay. Havoc rumah. Aku memang rapat dgn family mak long dgn makcik aku sbb masa kecik2 suka tido rumah diorg. Pastu masa form 6 aku tinggal umah maklong aku. Tu yang lagi rapat. Pastu kitorg ni semua jenis memetir. Cakap tak boleh slow kecuali kalo bergosip. Boleh plak berbisik2.. hahaha

Sampai2 diorg ni pepandai je terus ke dapur. Lapor le tuh. Nak makan amik sendiri. Senang. Pastu pakai je pinggan polistrin. Sape nak basuh pinggan? Aku malas.. hehe

Diorang duduk sampai ke dapur tmpt masak tu. Aku sibuk top up lagi ketupat. 

Lepas tu mak itam aku (baju biru) pulak sampai dgn pak uteh sekali. Lagi kecoh suasana. Yang ni bhgian tengah rumah. 

Ada yang amik port duduk ruang tamu depan. Mostly budak2 ler. 


Ni sepupu aku yang paling kuat enterframe.. Kak Lot. Kawan gosip gak ni.. 


Balik je maklong aku dgn pak itam dan pak uteh, kami terus lepak xlarat. Masing2 semua tidor awal sbb pagi tadi dah tentu2 bangun awam pastu gi beraya lagi, melayan saudara mara lagi, mau tak lepas. Esok nak balik kampung abah pulak...

So habislah kisah raya pertama.. Sambung raya kedua pulak ye..

Daaaaaa...

Thursday, July 30, 2015

Pelikat pants homemade

Assalamualaikum...

Plan asal aku nak hapdet citer raya lagi tp ntah apa pasal gambar takleh transfer ke blog so kita skip jap citer raya ye. Meh nak share satu bentuk kejayaan yang aku capai sblm raya haritu. Haha kejayaanlah sangat. Actually ada sekali tu kawan aku share kat fb cara2 jahit pelikat pants so aku mcm tertarik ah nak try. Kebetulan Jumaat terakhir sblm raya haritu aku sakit mata sbb allergik so aku dpt mc. Dari xde buat pape so aku terus plan nak buat pelikat pants utk anak2. Terus bergegas gi Mydin beli kain pelikat dgn kain batik. Xkan aku nak lenjan kain husband pulak. Beli kain yg murah2 je. Baru nak mencuba kan.

Balik rumah mulakan projek DIY aku tu. Since anak2 takde pergi taska dgn sekolah aku ukur agak2 je ikut baju diorang. Dengan tekun dan gigih, akhirnya siap jugak pelikat pants tu.. Yahooooo rasa nak melompat bila tgk elok jer anak2 pakai. Suka diorg sbb seluar tu kan selesa.. Ingat nak try buat untuk diri sendiri pulak ah.

Kasyah menggayakan pelikat pant baru.. Sehelai kain pelikat tu aku dpt 2 helai seluar saiz Kasyah dgn 1 saiz Suci.

Abang dgn adik sedondon.. Terpaksa amik gambar baring sbb Suci ngada tak nak bangun.

Aku buat jugak batik pants. Dapat 2 helai. Itupun ada lagi lebih kain utk buat 1 helai lagi. Tengoklah kalo rajin. 

Malam tu kami pergi Aeon anak2 melaram dgn pelikat pant dan batik pant. Comel jek tgk lagi Suci jalan terkedek2.. hahaha 

Aku letak kat fb ramai pulak nak tempah.. Tapi idokler teman. Buat comot2 untuk pakai sendiri okayler. Kang kalo buatkan orang nnti tak puas hati pulak. Dahler agak renyah. Inipun akak ipar aku sibuk tanya2. huhu.

Okaylah... Daaaa

Wednesday, July 29, 2015

Di petang raya pertama - balik kampung

Assalamualaikum...

Walaupun ada gambar yg xtransfer lg tp kite proceed je dgn citer petang raya. Lepas je geng2 lelaki balik dari masjid, kami terus siap2 nak balik kampung mak kat kuala paya. Tak jauh pun dlm setengah jam je naik kete. Sampai kampung terus ke rumah atok ayah. Makan lemang dgn ketupat kat sana sbb aku dgn husband belum lunch lg. Nak lunch kat rumah xsempat sbb rumah kena serbu sblm tu. Lepas rumah atok ayah terus ke rumah makcik kat sebelah rumah atok ayah. And the list goes on.. Gedebak gedebuk 7 rumah kami beraya kat kampung. Itupun ada rumah yang tak dpt pergi sbb takde orang. Pukul 6 kami pun balik sbb Maklong aku satu family nak dtg pulak malam tu. Tahun ni mmg dalam sejarah sbb lauk pauk termasuk ketupat habis licin di malam raya pertama. Selalunya raya kedua kitorang dok repeat mkn ketupat lg sbb ade belen tp not this year. Memang habis licin sampai lauk2 org bagi pon habis. Syukur sgt esok xyah ulang lauk sama.. hahaha.

Masa ni tgh isi minyak kete so mari kite selfie..

Suci kalo dok dlm kete mulalah nak baring selak tudung. Nyampah.. 

Kalo perasan bawah mata Suci tu bengkak sikit. Boleh pulak kena gigit nyamuk bawah tu.

Kasyah pon nak gambar jugak.

One family. 

Ahli rombongan.. Sumbat dlm 1 kete sbb abg aku malas bawa kete lain. Nak kena consider beli mpv nampak gayanya.


Semasa di kampung. Kg aku ni jalan kecik so kete banyak xleh letak depan rumah. Rumah pun bukan ada laman. Kenalah letak jauh dan jalanlah kaki kasi buang lemak tu.. hehe

Ni je yg sibuk nak layan aku bergambar. Kalo x mmg xde gambar lgsung ah.


Menjeling menjeling ku bertentang. Mata kita sama memandang...


Kembung perut aku dengan air manis dan kuih raya. Raya2 ni lah baru aku minum air manis. Tapi air gas mmg aku elak sbb aku mmg kurang suka. Sampai balik rumah dah tak lalu nak makan sbb perut penuh.. huhuhu..

Nanti kite sambung lagi ye.. Daaaa

Tuesday, July 28, 2015

Di pagi hari raya.

Assalamualaikum..

Sambung cerita raya di pagi raya pulak. Dek kerana raya tahun ni jatuh hari Jumaat so plan raya pun bertukar. Selalunya, pagi raya dlm pukul 10-11 pagi tu kami balik kampung belah abah dan raya kedua balik kampung mak. Tapi since hari Jumaat orang sibuk nak solat Jumaat so ptg raya kami balik kampung mak sbb kampung mak dekat sikit. Raya kedua baru balik kampung abah. Pagi raya tu aktiviti biasalah. Siapkan meja makan, siapkan anak2. Bersiap2 pulak. Lepas je diorang balik sembahyang raya, kamipun makan sama2.

Pelbagai lauk. Jiran2 je dah 7 rumah. 

Ini lagi.. Memang puas makan. No wonder berat naik sekilo raya pertama je.. hahaha

Paru berlado yang aku masak semalam. Mostly aku makan lauk rumah sendiri. Lauk jiran2 second round.. huhuhu

Lepas makan, terus bersiap2 untuk amik gambar. Husband set up kamera. Agak mencabar nak amik gambar dgn anak2 kecik ni. Ade je kerenah dia. 

Suci mood baik pagi tu. Tapi die mmg selalu mood baik pagi2. 

Ikat rambut tu kejap je. Lepas tu die sibuk cabut.. Ishh gigit tangan tu kang. 

Raya baru aku pakaikan rantai emas hadiah atuk masa besday die last year. Thn ni punya besday, belikan loket pulak ye tok.. hehehe

Mak dgn anak sedondon.. Baju tempah dgn makcik aku. 

Kasyah tolong amik gambar. Baju husband ala2 hipster. 

Mak dgn anak2 pulak

Bapak dgn anak bujang sedondon. Gambar ni kurang menjadi sbb refleks alas meja tu. Tu yang gambar kabur je.. Geram tau. 

Family photo.. Seperti biasa, perempuan sihir tu mmg tak dtg umah aku. Abg aku je dtg kejap tak sampai setengah jam. Geramnya rasaaaaa..

Bolehlah...

Atok dan tok mak dan cucu kesayangan..

My little family. Suci kena umpan dgn jajan kalo x die xnak amik gambar. 

Kasyah dah boring..


Lepas bergambar baru sesi salam-salam mintak ampun. Tapi gambar ni je ada. Gambar lain2 takde. 

Festime salam raya. Tahun lepas xpandai lagi..

Anak2 dah xnak amik port. Maknye pulak bergambar..

Sehati sejiwa..:p


Pagi raya tu aku sempat pergi beraya rumah pakngah aku. Alah rumah die dekat je dlm felda yang sama. So alang2 mak aku suruh hantar lauk, so aku raya sekali. Tghari, rumah kena serbu dgn makcik aku satu family dari Keratong. Berulang diorg makan rendang daging aku. Tu yang tinggal ciput je. Maklong aku dtg malam tu xdpt nak merasa.. hehe

Lepas solat jumaat, sambung beraya.... Tungguuuuuu

Monday, July 27, 2015

Menjelang raya..

Assalamualaikum...

Lemau lemau lemau... Nak mengupdate blog dan nak pilih gambar punyalah malas tahap langit ke tujuh.. Tapi kalau diikutkan malas ni, aje raya haji tahun depan tak berupdate lg. Rasanya hari ni ramai dah start kerja balik. Jalan pun dah star jem pagi tadi cuma belum teruk lagilah. Sempat lagi aku sampai awal kat opis. Hari ni kite cerita hal2 menjelang rayalah ye. Macam aku bagitau sebelum raya haritu, petang rabu lepas kerja kami terus pecut balik Segamat. Sampai rumah mak aku dalam 10 minit lagi nak berbuka. Yay berjaya. Lagipun jalan tak jem. Lancar je sampai kampung. Malam tu xde buat apa just lepak2 tido awal sbb esok pasti banyak kerja menanti.

Sehari sebelum raya, lepas subuh aku dah start projek baking. 5 jenis kek aku buat tahun ni. 2 jenis brownies, congo bars, kek minyak pelangi dgn kek butter cadbury. 4 jenis aku siapkan sblm tghari. Lepas tu dlm pukul 11 lebih tu aku dgn husband keluar pergi hospital melawat kawan husband excident. Dalam pukul 3 ptg dah sampai rumah terus siapkan bahan nak memasak lauk. Tapi banyak mak aku dah siapkan dah. Aku tinggal masak je.

Brownies chewy goey.. Kasyah dgn husband dok ngulang makan brownies ni je. Serius sedap hokeh. 

Congo bars. Percubaan pertama sbb sblm ni tak pernah makan pon. Sedap rupanya. hehe

Kek minyak pelangi dgn kek butter cadbury. Pon sedap jugak. Lagi 1 brownies aku buat malam raya lepas siap masak so lupa amik gambar. 

Anak-anak sibuk bermain. Husband tugas die jaga anak. Nak harap die tolong masak mmg xde maknanyer. 

Lepas asar, akupun mula masak. Mula2 masak paru berlado. Festime bapak aku beli paru. Tapi diepun  bukan reti nak masak. Siang paru pon tak berapa reti. hehehe. Patutnya potong nipis tp die potong kiub kecik2.. kihkihkih. Takpelah kata festime. Siap masal paru, aku buat rendang pedas daging pulak. Memang pedas kooo.. Sedap sangat. Bukan nak puji diri tp serius sedap. Kitorang mmg feveret makan pedas.  rendang aku ni mmg hot selling. Sedara-mara dtg serbu rendang ni je. Hari raya pertama settle. Akupun tak puas makan. Husband kata, lauk2 org lain mmg takleh celen rendang aku ni. Diepun tak makan lauk org lain. Ngulang makan rendang dgn ayam masak merah je.

Rendang siap dimasak sblm berbuka. Untuk buka puasa hari terakhir, kami makan ketupat segera dgn paru berlado dan rendang daging. Lepas je solat maghrib, aku sambung masak ayam masak merah pulak. Masa ni dah mula dah pesta mercun dgn bunga api. Dum sana dum sini. Meriah sungguh.  Settle masak ada masa sikit lagi sementara aku nak tgk Hidayah-Mu Ramadan episod akhir, aku bancuh brownies lagi 1. Settle tu terus mandi dan lepak depan tv. Habis layan drama, baru aku siapkan keperluan esok nak raya. Lepas tu tidolah apa lagi.. Penat kot.. hehe

Sambung citer raya pertama pulak ye...

Daaaaaaaaa...

Wednesday, July 22, 2015

Kembali bersiaran..

Assalamualaikum...

Raya ke 6 dan dah mula bekerja. Allooooo serius xde mood nak kerja. Nak cuti raya lagiii. Tapi apa nak buek. Dah cutinya sampai semalam je makanya moh ler kerja. Camne raya korang semua? Seronok? Aku ofkoslah seronok. Dah kata raya kampung aku.. hehe. Cerita raya nanti2lah ye. Mood nak transfer gambar xde lagi.

Semalam balik dari kampung kami gerak dalam pukul 6.30ptg. Plan asal nak gerak pukul 5 tapi pakcik makcik aku datang beraya semalam so tertangguhlah sampai diorang balik. But Alhamdulillah sbb jalan mmg clear je. Xjem pun. Pukul 9.30 kami sampai putrajaya. Cuma tulah, pagi tadi liat betul nak bangun walaupun sepanjang cuti raya ni aku bangun awal tp bila dah kena pergi keje, dan dan tu lah ngantuk.. hehe. Ni pun kerja menguap je kat opis sampai sengal2 rahang aku.. kahkahkah.

Belanja picture selfie satu. Tema raya tahun ni hijau coklat. 


Okaylah, daaaaaaaaaa..

Friday, July 17, 2015

Selamat Hari Raya

*Sticky post sampai raya*

Bersempena hari raya yang bakal menjelma, di kesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf andai ada entry2 mahupun komen2 yang telah mengguris hati kawan-kawan semua. Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang kadang2 alpa. Sorry ye korang. Kosong-kosong..

Terimalah kad raya dari aku khas buat korang semua.


Selamat hari raya aidilfitri. Pada yang akan pulang beraya, berhati-hati dan semoga perjalanan kita semua akan selamat sampai ke destinasi. Makan ketupat lemang rendang tu jangan lupa dunia pulak. Kang lepas raya sibuk mengadu baju dah ketat (akuler tu..kuikuikui). Semoga raya tahun ni memberi kita seribu kenikmatan dan kebahagian di samping keluarga tercinta..

Daaaaaaa....

p/s: Jumpa lagi lepas raya. Jom dengar lagu raya.

Wednesday, July 15, 2015

Sebelum raya...

Assalamualaikum...

Mood sangat baik hari ni sbb last day keje sebelum raya pastu petang ni lepas kerja terus berdesup balik kg. Barang2 dah siap kemas dan dah masukkan dalam kete. Pukul 4 husband amik kami terus ke highway balik kampung. Hari ni pon pergi opis pakai t-shirt dgn jeans je.. Hahaha mmg tak nak kerja betul. Mood raya dah on ni tak sabar nak balik kampung. Esok plan aku nak buat kek 2-3 jenis. Pastu masak ler apalagi. Mungkin jugak nak ke hospital melawat kawan baik husband eksiden. Bab kemas rumah mak, aku dah surrender dah. Itu tugas abang aku. Dulu2 zaman bujang mmg aku pulun kemas hias satu rumah. Dah kawen dan dah beranak pinak ni, aku take over bab dapur pulak.

Pagi tadi lepas sahur, aku sempat kemas umah sikit2. Tahun ni tak beria sangat nak deko2 pun sbb duit byk habis untuk deko bilik Kasyah. Cuma aku cat perabot je bagi nampak lain sikit. Nak beli perabot baru xde bajet. Tunggu pindah rumah sendirilah baru tukar perabot terus.


Sempat amik gambar pagi tadi. Karpet aku tak letak lagi, Saje je malas letak dulu sbb budak2 ni suka makan bersepah depan tv. Nanti2 lepas balik dari kampung baru letak karpet. Perabot kat hall semua aku cat putih. Pastu sofa tu aku bukak sarung hitam dia dan biarkan dgn sarung asal. Langsir aku buat juga sbb last year tak tukar langsir. So itu je pun yang lainnye.. Ingat nak beli bunga bagi ceria sikit tp tengoklah kalo ada masa. Aku ada beli frame family warna putih kat Kaison tapi itupun tak gantung lg. Gambar pun tak print so hold dululah. 


Okaylah uols, sekali lagi diucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. Semoga perjalanan kite selamat dan lancar hingga ke destinasi. Semoga berat badan tak naik lepas raya ni. hihihi.

Daaaaaaa....

p/s: Rindu ramadan.

Tuesday, July 14, 2015

Menu berbuka penghujung ramadan

Assalamualaikum...

Plan asal nak buat minggu ke minggu tapi biasalah janji melayu so harini update terus menu berbuka sampai semalam. Lepas ni xde dah. Menu raya je. Itupun kalo rajin amik gambar. Selalunya aku sibuk di dapur dan sibuk siapkan anak2. So mari kita lihat siapa yang kena... eh mari tgk list berbuka aku ye. Sambung dari entry seblm ni

Heri ke 16
Sahur: Kami makan nasi goreng.
Buka: Since kitorang balik kg, petang tu lepas kerja terus gerak dan Alhamdulillah berjaya sampai umah mak mertua aku beberapa minit sblm buka. So kami makan nasi lauk daging pedas, kangkung goreng, telur dadar dan kuih muih yg husband belikan utk anak2.

Hari ke 17
Sahur: bersahur di rumah mak aku. Lauk rebung masak lemak campur perut (aku tak suka), pucuk paku. Aku makan mee goreng.
Buka: Berbuka di rumah mak mertua aku. Mak masak nasi minyak dgn gulai daging pastu akak ipar aku buat laksa penang. Terbaik.

Hari ke 18
Sahur: Husband makan nasi minyak tapau umah mak smlm. Aku makan nasi goreng je.
Buka: Nasi dgn lauk daging blackpepper, ayam sambal, kuih muih.

Hari ke 19
Sahur: Tertido lps jam bunyi. Nasib baik jam nak pergi keje bunyi pukul 5.30 so sempat gak minum air dgn mkn kurma...
Buka: Makan free di presint 8. Nasi dgn lauk daging kari, sayur campur + ulam + sambal belacan.

Hari ke 20
sahur: Aku buatkan husband meggi goreng. Aku pulak makan oat.
Buka: Aku buat nasi ayam madu. Sedap sangat sampai anak2 pun makan bertambah. Nasi habis. Bagus.

Hari ke 21
sahur: Husband makan nasi ayam aku makan oat.
Buka: Aku buat nasi goreng pataya. Pastu husband beli kuih muih.

Hari ke 22.
sahur: perabih nasi goreng ler.
Buka: Buat kue tiow kungfu dgn kue tiow goreng.

Hari ke 23
sahur: Kue tiow kungfu dgn kuih muih.
buka: Last day kami pergi makan kat presint 8. Nasi lauk kari ayam + sayur + sambal belacan.

Hari ke 24
sahur: husband ada tapaw roti sardin malam tadi. Aku makan oat je.
buka: Aku buat butter chicken. Pastu buat pertama kalinya kami pergi bazar putrajaya. Belilah kuih muih, kebab tu semua.

Hari ke 25
sahur: Perabih makanan semalam.
Buka: Last day masak. Aku buat mee goreng je. Pergi lagi bazar putrajaya. Beli kambing grill, roti boom dan kuih muih.

Hari ke 26
sahur: Mee goreng
Buka: husband beli nasi kerabu dan kuih muih kat bazar.

Hari ke 27 (hari ni)
Sahur: Bubur lambuk dan kuih kasi perabis.
buka: In sha Allah roti john, kambing golek dan kuih muih. (husband pergi beli)

Esok dan khamis berbuka di rumah mak.. in sha Allah...

Nasi ayam madu. Pernah aku share resepinya.. Alhamdulillah memang sedap.


Ayam butter dan nasi goreng pataya. Itu je gambar yg ada..


Well aku happy sbb one of my friend dah pregnant after 6 years menunggu. Tahniah Reha. Jaga diri bebaik. Enjoy pregnancy ni.

Okaylah.. Daaaaaaa

Monday, July 13, 2015

Biskut semperit cheese dan biskut ulat bulu

Assalamualaikum...

26 ramadan dah hari ni.. Tinggal 4 hari je nak puasa. Allah rasa rindu pada ramadan dah menjelma walaupun masih ada beberapa hari lagi. Semoga masih berkesempatan berjumpa ramadan lagi. Hari ni aku dah gantung kuali. Dapur dah kemas. Barang basah dah aku habiskan. So hari ni berbuka juadah PARAM lah nampak gayanya. Tinggal hari ni dengan esok je. Rabu dah berbuka di kampung.

Hari ni nak kongsi lagi biskut terakhir yang aku buat semasa di kampung haritu. Since hari sabtu dah settle 6 jenis kuih raya, maka hari ahad tinggal nak siapkan dua je lagi. Biskut semperit cheese dan biskut ulat bulu. Tahun lepas dah buat semperit susu so tahun ni cheese pulak. Tak yah nak bebel banyak, moh ler tengok.


BISKUT SAMPRIT CHEESE

200g mentega (yg tulen akan membuatkan biskut lebih sedap)
100g cream cheese
130g gula icing
200g tepung jagung kupu2
140g tepung kastad(birds custard)
180 g tepung gandum
2 biji kuning telur
2 camb susu pekat manis
1/2 camt esen vanilla
ceri merah @ kismis hitam@ choc chip untuk hiasan

CARA2NYA
Pukul mentega,cream cheese sehingga gebu.Masukan esen vanilla susu pekat dan telur sebiji2.Pukul perlahan sampai sebati.Campurkan kesemua tepung,masukan sedikit2 sambil dikacau dengan spatulla sehingga menjadi doh.Biarkan 5-10 min.Picit dengan acuan samprit.letakan ceri @kismis hitam @choc chip sebagai hiasan.Bakar 15 min,suhu 150*C dengan api bawah.



Biskut Ulat Bulu.

250 gm butter
1 cwn gula aising
1 bj kuning telor
3 cwn tpg gandum
1 1/2 cwn tpg jagung

pukul butter, gula dn kuning telor..jgn sampai kembang..
saya guna senduk jer..
masukkan tepg gandum dn tpg jagung sikit2 sambil di uli hgga jd doh yg lembut.. tpg2 tu saya tapis/ayak dulu..
ambil sedikit doh masukkan dlm acuan dn tekan menjadi ulat bulu..hehe..
bakar 180 drjh celcius selama 20 min..ikut oven masing2..


Kedua2 biskut ni memang sedap pada tekak aku. Bolehlah buat lagi nanti. Sehari sebelum raya ni, selain nak masak juadah raya yang aku belum decide nak masak apa, aku juga nak buat 2-3 jenis kek dan brownies. Mintak2la jadi. Oh ya, cakap pasal juadah raya, aku tak tahu nak masak apa. Ingat nak buat satay goreng tp aku nak rendang daging jugak. Pastu rasa mcm nak buat daging dendeng. Alahai confuselah. Ayam nak buat masak merah ke rendang ke? tapi daging rendang lagi sedap. Erm entahlah. Tengoklah nanti apa yang jadi.

Okaylah, daaaaaaaaa..

Thursday, July 9, 2015

Biskut cornflakes rangup, cornflakes madu, biskut sarang semut

Assalamualaikum..

Jarang-jarang aku rajin sampai update 2 kali sehari tau. Tolonglah kagum.. kahkahkah. Dah tak yah nak citer banyak. Aku cuma nak share biskut ke 4, ke 5 dan ke 6 yang aku buat. Kiranya settlelah sehari punya kerja. Kenapa boleh boleh terus 6 jenis kuih sbb 3 kuih yang aku buat ni adalah kuih yg senang dan cepat nak buat. So tak amik byk masa. Macam biskut cornflakes, lepas adunan dah siap, ko tinggal sudukan je masuk papercup. Susun rapat2 dlm dulang pembakar pastu bakar je sekali dpt banyak. bakar 2-3kali siap dah. Yang cornflakes madu pun sama. Masak atas api pastu sudukan dlm papercup. Pastu bakar kejap dlm 10minit. Senang sgt. sarang semut pun sama. Parut2 adunan pastu sudukan je dlm papercup. Sap sap soi sejam siap.



Biskut cornflakes

250gm mentega
1/2 cawan gula
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
cornflakes(aku guna separuh kotak yg besar)
hiasan(ikut suke)

cara2.
1.kacau mentega dan gula hingga sebati
2.masukkan tepung.bile dah sebati masukkan pula cornflakes
3.sudukan ke dlm paper cup.hias ikut suke
4.bakar pade suhu 160c 15-20 min





Cornflakes madu

Bahan2
1/2 kotak cornflakes (dihancurkan sedikit)
100gm mentega
1/2 cawan madu
3-5 sudu gula (kurang manis tambah)
mix fruit

Cara2.
1. Panaskan kuali dan cairkan butter
2. Masukkan madu dan gula dan masak hingga gula hancur
3. Masukkan mix fruit. Kacau sebati kemudian masukkan cornflakes.
4. Tutup api dan kacau cornflakes hingga sebati dgn madu.
5. Sudukan dlm papercup. Hias ikut suka dan bakar lebih kurang 10 minit.


Biskut Sarang Semut

250gm Mentega
100gm gula halus
350gm tepung gandum
100gm tepung jagung
sebiji kuning telur
1 sk esen vanila
coklat rice sebagai hiasan

Cara membuatnya
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila. Kemudian masukkan tepung yag sudah di ayak terlebih dahulu.gaul rata.
3. Dengan menggunakan alat yang sesuai, parut adunan untuk mendapatkan hasil seperti sarang semut.
4. Masukkan dalam papercup dan hias dengan coklat rice.
5. Bakar pada suhu 150C selama 15 minit.


Selamat mencuba uolsss...

p/s: dah apply cuti raya. 16-21hb.. Jadilah. Cuti bukan banyak pon.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...