Tuesday, August 25, 2015

Makan Sangkaya dan naik bas.

Assalamualaikum..

Mood mana mood? Sejak kerja aku pending ni sbb pelbagai masalah aku punya mood pon affected tau. Tapi pending2 pon aku buat gak. Lantak ah, yg penting aku dah buat keja aku. Timbul masalah kemudian hari, aku tak tau eh. Bukan aku yg slow. huhuhu.

Hari yang kami pergi tgk Upin Ipin tu, kami pergi IOI City Mall jugak. Tapi takdelah pergi terus. Balik rumah dulu petang baru keluar balik. Kan anniversary so naklah makan special. Aku teringin nak makan Sakae Sushi tp mak ai panjangnya queue. Tukar plan nak pergi Sushi Zanmai pon sama beratur panjang. Nyampah. Last pilih kenny rogers je. Dek sbb dah kebulur so xde sesi amik gambar mknn. Lepas makan, aku ajak husband pergi sangkaya sbb dah lama gak ngidam aiskrim sangkaya tu. Dah kebetulan ada kat IOI ni marilah cuba.

Sangkaya ni kat LG dekat dgn Big Apple. 

Amik Signature RM 10.90. Dpt 4 scoops dgn 3 topping. Aku amik mix perisa kelapa dgn teh tarik. Pastu topping conrflakes, nestum dgn jagung.  Seriusly aiskrim die sedap sgt kat tekak aku ni. Lagi2 aiskrim teh tarik tu. Eh aku sukalah. 

Suci pon suka. Siap amik free tester lg. 

Sempatlah gi pusing2 dlm IOI tu kejap. Tgk dinosaur penguin semua. Dah malam dah jom balik. 

Esoknya, aku takdelah plan nak keluar ke sbb semalam dah keluar tapi alih2 husband ajak naik bas. Walaupun malas tp ikutkan jelah sbb Kasyah dah beria. Tapi nak naik bas pon, mcm2 dugaan. Melanguk kat Park&ride presint 14 tu smpi setengah jam haram xde bas nak gerak. Pastu konon tunggu depan rumah pon sama xde bas. Ada satu tp die kate bas die rosak kena tunggu bas lain. Last2 aku dah giv up. Perut dah lapo aku ajak gi cari goreng pisang sbb dah pukul 3 ptg. Lps beli goreng pisang kami ke Putrajaya Sentral, Ade banyak bas, pilih je nak naik yg mana. Kami pilih yang route die sikit jelah. itupun amik masa sejam untuk pusing balik ke Putrajaya Sentral. 

Dapat jugak naik bas. Aku tgk mostly yg naik bas ni budak2 sekolah, yg muda2 yg bekerja dgn abangla.  

Dah dpt naik baskan? Lepas ni nak naik apa pulak? hehehe

Okaylah daaaaaaaaaaa...

Thursday, August 20, 2015

Boat Noodle ~ first time cuba

Assalamualaikum..

Dua tiga menjak ni macam benda jadi kat opis aku. Kejap nak tukar tu kejap tukar ni. Mostly pasal kerja aku yang aku handle. Geram pon ada. Nak marah pon ada. Ni tadi bos bagitau result akhir apa yang nak buat, rasa nak tampor je muka die. Ko ade rasa nak tampor muka bos? Actually bukan bos yang aku marah tapi orang lain kat Jepun tu yg dah menyusahkan hidup kitorang kat sini. Bos aku tu aku geram sbb dia baik sangat sampai benda dah jadi teruk pon xnak marah. Terima je apa orang buat kat dia. Cubalah marah sikit supaya tak senang2 kena buli. Huhuhu. Dahlah malas nak citer pasal keje. Buat sakit hati je.

Dah ramai dah cuba makan boat noodle ni tp aku baru je try. Hari yang sama kami pergi tgk Upin Ipin tu. Kebetulan ada boat noodle kat situ so ajak husband try. Kami amik 10 mangkuk. Ingatkan budak2 ni nak makan tp diorang tak suka. so aku makan 4 mangkuk, husband makan 6. Kalau ikutkan aku 3 mangkuk dah kenyang dah. Tapi sbb husband xnak makan sampai 7 mangkuk so terpaksa aku makan gak. Patutnya order 8 je. Aku 3 husband 5.

Budak tak nak makan sbb excited baru dapat hadiah upin ipin. 

Konon je ni. 

Sibuk jugak nak berchopstik tp makannya tak nak. 

Festime cuba jadi apa rasanya? Bolehlah tahan tapi nak kata sedap sangat sampai teringat2 tu taklah. Sekali sekala nak ubah selera boleh je. Akan pergi lagi? Mungkin tapi not this year. hehehe


Okaylah daaaaaaaaa...

p/s: I is tazabar

Wednesday, August 19, 2015

Fiesta Upin Ipin

Assalamualaikum...

Yay hari ni berjaya transfer gambar tanpa hang komputer. hehehe. Malas ah nak citer banyak, terus ke tajuk utama gitu. Fiesta upin ipin ni aku pergi 8hb haritu kat d'Pulze, Cyberjaya. Hari sabtu 8hb tu sebenarnya anniversary kitorang tp aktiviti sume untuk anak2. Acaner tu? huhuhu. Kasyah lah yang excited nak tgk upin ipin tp die standard ah. Penakut tahap dewa punya. Dah sampai D'Pulze ajak balik sbb takut kata dia. Hahaha poyo tau tp kitorang pujuk ah. Lagipun kitorang sampai awal. Xramai orang pun. Sementara tunggu pukul 11 Upin Ipin nak keluar tu, kami round2 tgk brg upin ipin. Belilah budak2 ni botol air sorang satu. Kebetulan botol air Kasyah tinggal kat kg raya haritu.

Syok betul fiesta ni sbb xramai orang. Xmacam karnival die dulu. Nak jalan pun tak boleh. Lagipun festime kitorang masuk d'Pulze ni. Okay gak banyak kedai makan. 

Dalam pukul 11, Upin Ipin pon keluar dgn Jarjit dan Ehsan. Kasyah dok blkg je sbb takut. Aku tgk depan2 ah sbb kan tak ramai. Syok betul. Tapi langsung amik gambar masa diorg buat persembahan. Sibuk amik video je. Suci siap tepuk2 lambai2 kat upin ipin.  Pastu ade sesi amik gambar so kami amiklah gambar beria2. 

Upin

Ipin

Jarjit

Kasyah tolong amik tp die sendiri xnak bergambar. 

Ehsan pulak.

Sbb die takut kami amik gambar jauh sikit dgn ipin tp diepun tak perasan sbnrnya ade ipin kat blkg tu. 

Tak lama lepas tu, diorang pon masuk balik so tinggallah pengacara majlis buat game untuk budak2. Kami first game pastu ingat nak blah sekali Kasyah merengek nak hadiah sbb die tgk budak yg join game tu dpt hadiah. Aku ckplah kalo nak hadiah along kena masuk game. Pastu kami patah balik ke pentas and diorang panggil 10 budak utk masuk game fashion designer. Beria2 Kasyah naik pentas weh. Semangat betul die nak hadiah. Kitorang ni yakin tak yakin je sbb Kasyah kan die blur sikit kalo orang ramai2 ni. Tapi dah die yang nak mari kite bagi semangat. 

Kasyah team dgn budak laki sblh die tu. Kasyah kena pakaikan budak tu baju sukatilah nak fesyen apa. Brg sume longgok kat depan. So Kasyah ni sbb die blur kitorang kena ajar die amik apa utk pakaikan kat budak tu. Kelakar siut masa ni. 

Inilah hasilnya. Kakak emcee tu tolong pakaikan. Fesyen pergi ofis sambil minum kopi. boleh? hahaha. Pastu diorang kena catwalk siap pose. Kasyah follow je pose budak sebelah die tu. Lawak lawak. 

Tapi yang bestnya menang weh tempat kedua, Yay dapat hadiah besar. Kalau kalah hadiah kecik je. 

I'm proud of you my son. Bangga sgt sbb die berani demi mendapatkan sesuatu yang die nak. Die usaha sendiri untuk dapat hadiah. Syabas bete. 

Sempat amik gambar dgn abang emcee. 

Adik pon sibuk nak naik pentas jugak. Balik rumah berebut hadiah. Hah eloklah tu. 

Overall sume happy. Kasyahlah paling happy. Rasanya lepas ni better gi fiesta mcm ni je dari dok kejar karnival besar2 tp hampeh. Okaylah. daaaaaaaa

Tuesday, August 18, 2015

Gara-gara makan durian

Assalamualaikum..

Seminggu aku senyap sunyi ye. Ade ke yang rindu? Dah lama menyepi mulalah bercinta bila nak start balik. Hari ni mcm semangat nak update blog tp apsal ntah bila aku nak transfer gmbr masuk komputer die hang. Nyampah. So kite citer lite2 jelah. Citer kenapa aku kurang sihat. Ni semua gara-gara makan durian ahad minggu lepas. Tetiba rasa teringin nak durian so husband ajak gi cari kat Dengkil. Mmg ada je durian orang jual. Deal harga pilih2 kami beli 3 biji. Balik rumah terus ngap dgn rakusnya. Anak beranak hantu durian.

Esoknya perut rasa lain macam. Rasa sebu berangin je. Ah sudah. Pagi hari selasa pon masih rasa tak sedap. Terus decide amik mc. Tekak pon loya sbb angin tu. Kepala pon ting tong. Hoii dah kenapa ni? Takleh makan durian ke hapa? Agaknya badan dah makin tua ni makin sensitif. Tu yang aku senyap je sbb kat opis pon tingtong. Dok telan ubat angin jelah. huhuhu.



Gambar2 lama ni. Saje letak. Yang haritu mmg xamik gambar sbb balik2 terus terkam makan durian. Tapi dah jadi gini, takut pulak aku nak makan.

Okaylah. Daaaaaa...

Thursday, August 13, 2015

Haiii

Assalamualaikum..

Minggu ni langsung xde mood nak update blog. Aku kurang sihat sikit. Ting tong kepala dgn  angin satu badan. Hopefully cepatlah elok. Ubat pon nak abis dah. Nak mc lg tp kerja ade yg urgent..



Will be back after everything under control. Warghhhh pusing kepala weh.

Daaaaaaaaaaa..

Thursday, August 6, 2015

Minion sorang satu = mama pokai.. kuikuikui

Assalamualaikum..

Seminggu selepas raya, kami mmg xde pape aktivit selain duduk kat rumah je. Hari ahad, tiba2 Kasyah kata nak pergi IOI City Mall sbb nak beli kereta mainan die rosak. Tapi kereta die tu bukan senang nak cari sbb limited edition tapi nak puaskan hati die pergi jugaklah. Sampai IOI City Mall, tempat pertama dituju ke Toy'R'Us. Dah agak dah memang takde kereta McMissile favorite dia tu. Tapi dah namapun Kasyah, mana boleh keluar dgn tangan kosong. Huhuhu.


Dapatlah budak berdua ni minion sorang sekor. Nasib ada diskaun 70%. Kalo x mmg tak dapek nak beli. Harga asal die dekat 300 kot. Less pon still mahal jugak bg aku tp takpelah consider hadiah besday je sbb mmg tak belikan lagi pon. 


Beli sorang satu sbb diorang ni kuat berebut. 

Eh mamapun nak menyelit jugak. 

Lepas beli menan, bawa budak2 ni makan aiskrim. Lama kot tak makan aiskrim ni. Last makan pon last year. Aku ni makan aiskrim kalo teringin je sbb bukan feveret lah katakan. Ingat lepas ni nak makan kat Magnum pulak.

Sukalah budak2 dpt makan aiskrim. Kitorang cuit2 sikit je. 

Dah makan aiskrim, mohler jalan2 kat luar. Ada telur dinosaur kat IOI ni. 

Sibuk Kasyah nak amik gambar mama dgn papa. Layankan je. 

Balik rumah sesi bukak hadiah. Saje soh balut sbb free je pun. hahaha. Tolong abaikan bakul baju kat blkg tu. Malam tu mmg aku ngadap baju jelah. 

Yay dpt minion sorang satu. Minion ni boleh bercakap. tu yang Kasyah suka sgt tu. 

Itu jelah kisah buang masa di hujung minggu. hehehe daaaaaaa

Wednesday, August 5, 2015

Buat makan-makan sikit.

Assalamualaikum...

Hari sabtu yang lepas bersamaan dgn 1hb Ogos iaitu pada hari 16 Syawal, rumah aku ada buat makan-makan sikit. Bukan open house tau tp just makan2 panggil kawan2 rapat or yg dekat2 je sekitar KL. Aku yang nak buat sebenarnya sbb cousins aku selalu dtg raya mmg nak aku masak best2 so alang2 buat sekali je panggil beberapa family. Plan asal mmg aku nak ajak kawan2 aku 3-4 ketul. Pastu husband nak jugak ajak kawan2 die beberapa ketul lg. Okaylah. Lagipun kenapa tak buat open house besar2 panggil semua dtg tu sbb bajet pon kecik. Dpt jamu kawan2 rapat pon dah ok dah aku rasa. Cuma ada benda tak best yang buat aku agak kecik hati sikit. Yang buat aku seriklah nak ajak orang ni. Macam yang aku cakap, asalnya aku yang nak buat makan2 ni sbb nak ajak kawan2 aku. Senang citer kawan opis sbb yelah tak pernah ajak kan. Bila xbuat makan2, masing2 sibuk tanya
"Anne, xbuat open house ke? Kalau buat boleh kitorang dtg"
"Anne, xnak masak ke?"
"Anne, bila nak bagi saya rasa awak masak ni?"
"Anne, xnak ajak dtg raya ke?"
"Anne, bla bla bla bla..." Anne itu anne ini.

Tu yang rasa, buatlah tahun ni untuk kawan2 opis pulak. Sblm ni kalo buat mmg utk kawan2 husband and aku standard ah ajak sepupu2 aku je. Kawan baik aku yang sama2 duk KL mmg awal2 dah bagitau aku die xde sbb pakcik die kawen so no hal lah. Yang buat jadi hal tu sbb semua kawan2 yang aku ajak 5 family tu semua tak dtg. Ko rase? Since ajak pon pilih2 so aku masak semua ikut berapa orang. Xnak tak cukup dan tak nak terlebih sgt. Yang dtg semua kawan2 husband je. Cousins2 aku mmg dtg lah. Kecik hati aku weh. Bila ajak tak dtg. Dah lah tak bagitau pun. Buat kita tertunggu2 je. Aku dah bgtau aku bukan buat open house ajak semua org sesapa je dtg. Aku ajak beberapa org je dan orang tu je yang aku tunggu2. Tapi bila tak dtg dgn tak bgtau mmg kecewa ah sikit. Banyaklah lg makanan terlebih. Yang buat lg sedih, esok tu terpaksa buang. Serik aku nak ajak lg. Mungkin lepas ni kalo aku buat mkn2 lg mmg untuk kawan2 husband je lah. Kawan2 opis mmg khas kat opis jelah. Keluar je opis dah xde dah. Nasib baik husband ajak kawan2 die. Kalau die xajak lagilah xde sape dtg agaknya.

By 5 pm dah siap dah.

Antara yang aku masak. Lontong dgn sambal udang, mee hailam, rendang daging dgn lemang, cekodok pisang, cekodok bilis dgn puding pelangi. Semua aku masak kecuali kek tu sbb oven xde kat rumah. Oven tinggal kat kg so xlehlah nak bake cake.

Lontong makan dgn sambal udang

Rendang meletop dgn lemang segera

Mee hailam

Antara tetamu terawal yang dtg.


Cousins2 aku dtg malam siap tido umah aku lagi. Esoknya tu aku ada jemputan open house tp malas nak pergi sbb yg hostnya salah sorg yang aku ajak tp xdtg pon rumah. So aku balaslah balik.. Lagipun kalo aku nak pergi tetap xboleh sbb cousins aku kan tido rumah aku so orang ada kat rumah takkan nak keluar pulak. Gitulah cerita makan2 kat rumah aku. Serius weh, dulu masa buat open house tak ajak diorg, kemain komplen kata tak ajak tapi bila kita buat khas untuk diorang, jengah pon tak. Xpelah ini hari aku. Doakan jelah masing2 bahagia.

p/s: Aku buat2 busy je kat opis ni so xdelah nmpk mcm aku ni kecik hati. Aku busy sbb tu pendiam sikit.. :p

Monday, August 3, 2015

Kisah raya ke 2 dan ke 3

Assalamualaikum..

Hari ni perut berangin je.. Nak buat apa pun xde mood. Dah ler pagi tadi lift rosak. Hampeh betul. X ker ketaq lutut turun tangga 12 tingkat.. walaupun rumah aku tingkat 11 tp kena turun 12 tingkat sbb tingkat 1 dgn lobi tinggi die dua tingkat rumah... huwarghhh stress ah gini.

Dahlah malas nak citer lagi pasal lift tu, moh ler terus ke cerita raya. Aku buat 2 hari punya terus. Malas dah ni. hehe. Raya kedua turn balik kampung abah. Jauh sikit dari kampung mak. Lebih kurang sejam perjalanan dari rumah. Kami gerak pukul 8 lebih sbb nak singgah kedai mamak nak sarapan. Dah kata semua makanan habis, so ke mamaklah kita. Tapi mencik ah gi mamak raya2 ni sbb servis lambat giler. dekat 40 minit tunggu roti canai. Stress hokeh. Lepas makan terus gerak. Mula2 nak singgah rumah pakcik aku kat Felda Redong tapi berselisih dgn die nak nak balik kg jugak. Jadinya sampai kampung saing dgn pakcik aku tu. Terus kami raya sekali. Total rumah kat kg abah 6 rumah. Itupun sbb 2 rumah adik abah xde. Lepas raya kat Labis (kampung abah), kami terus ke Felda Tenang utk raya lagi 4 rumah tp 2 je dpt. So raya kedua total rumah 8 rumah..

Since gambar smlm xbape jadi so sblm gerak amik gambar dulu. Tema raya kedua hitam pink. 

Sempat wefie dlm kete. 

Mak dgn anak bujang. 

Raya rumah atok sedara. Specialty die mmg pecal so dah pergi rumah atok madi ni mmg kami xlepaskan peluang  makan pecal. Sedap. 

Rumah ketiga.. Masa ni perut dah sentak dah sbb makan pecal tp aku bedal gak biskut sampan tu. Sedapnye. 

Suci cannot get duit raya. Dpt angpau, die koyakkan dan amik duit je. Sape ajar ntah. 

Eiiiii ngadeeee

Rumah ke empat. Kat tgn Suci tu ade rambutan.

Last gambar raya kedua. Pastu xde keluar henpon dah. 

Balik raya dah maghrib dah. Malam tu ingatkan ada orang nak dtg raya tp takde pulak. Bagus jugak sbb kitorang lepak giler. Mmg awal kot tido.

Raya ketiga, plan asal mmg nak gi beraya rumah kawan aku dgn rumah atok hubby. So memula mmg tunggu kawan aku dtg pastu baru gi rumah die. Tapi plan xjadi sbb rumah kena serbu lagi. Aku buat nasi lemak untuk kawan aku dgn makcik aku yg mmg dah komfem bgtau nak dtg tp tghari tu alih2 adik abah aku dgn anak2 die dgn anak2 sedara abah aku pulak dtg. settle ko nasi lemak 8 pot susu aku masak. Balik je diorang sementara kawan aku tak sampai lagi, aku masak lagi nasi lemak dgn sambal tumis.  Kawan2 aku dtg dptlah diorg makan. Lepas tu aku nak gi rumah kawan aku yg dok sefelda je dgn aku, makcik aku pulak sampai. Tinggalkan diorg kejap pergi raya. Tunggu makcik aku balik sbb kan nak ke rumah kawan aku dgn atok hubby tp makcik aku balik dkt pukul 6 ptg. Tak jadi terus nak gi raya.

Malam tu sempat gi rumah jiran belakang rumah. Itupun kejap jek sbb anak2 pak ngah pulak dtg. Gitulah raya ketiga. Pack rumah. Kerja aku kat rumah mak aku tu mmg masak jelah.  Masak aku..hahaha.

Daaaaaaa....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...