Monday, September 21, 2015

Italiannies, Alamanda

Assalamualaikum...

Maaflah korang kalo aku dah lama tak komen2 sangat kat blog korang. Ade je selalunya aku jengah cuma mood nak mengomen tu tak berapa nak ada. Kadang tu aku gigihkan juga jari jemari ni menaip. Well di kesempatan ini, biarlah aku berterus terang kenapa perangai malas ni jadi kat aku.

 I'm going to be a mother of three

Alhamdulillah, dah pun 3 bulan dah usia kandungan aku. Buat masa sekarang ni memang tengah mabuklah ye. Makan itu tak boleh, makan ni tak boleh, tengok makanan tu tak selera, semuanya tak seleralah. Tapi at least kali ni aku kurang muntah sbb mana2 makanan yang aku rasa mmg aku tak boleh makan, aku elakkan. Hari2 kat opis pun selalunya roti atau biskut je. Yang lain2 no no no. Selalunya aku muntah malam la. Dapur rumah akupun dah lama tak berasap smpi busuk kabinet dapur rupanya ada kentang busuk tak tahu zaman bila. ahahaha. Dah nak raya ni, aku susah hati sbb tak tau nak makan apa. Dahlah raya ni balik kg husband so takkan nak merengek2 request makan macam2. Huhuhu. Kalo rumah mak aku takpe jugak. Redho jelah. Tak tahulah sampai bila mabuk aku ni.

Panjang pulak mukadimah aku ye. Pergi Italiannies ni bulan lepas. Masa tu aku tak sihat sakit kpla. Amik mc so tghari tu ajak husband makan Italiannies sbb teringin nak makan Carbonara. Masa ni mabuk baru nak mula so Carbonara yang berbawang tu boleh lg aku makan. Skrg ni segala mala makanan yg berbawang aku tak nak. Balik2 roti canai, subway, japanese food ke senang citer mknn yg tak bertumis je aku makan. Sup2 pon I don want.


Masuk2 je kat Italiannies ni, kitorg orang pertama untuk hari tu. Masa ni baru pukul 12 tghri kot. Dah order tu die bagi roti complimentary ni cicah dgn olive oil. Sedap weh roti tu. Aku suka.

Aku punya lingunie Carbonara. Sedap jugak. Dahlah portion besar. Sentak perut nak habiskan. 

Ini menu husband, Meatball bolognaise. Hambek ko sebesar bola tenis kot meatball die. Jenuh gak nak habiskan. 

Sememeh sangat rupa.. Hahaha. Dengan tak mekapnye, pastu tudung pun main capai je. Aku skrg mmg pakai tudung bawal jelah. Nak pakai shawl berbelit takleh sbb rasa tercekik nak muntah. So pakai tudung bawal pin longgar2. Ikat bawah je. Huhuhu sadis sangat rupa skrg ni.. hahaha. 

Oh ya, masa aku pergi tu ada promosi buy 1 pasta free one pasta. Any pasta. Tapi hanya time lunch je ada. Untung sgt sbb hrga pasta die boleh tahan gak. Rm30 okay. So jimat kat situ. Kalo utk kanak2 pulak free setiap 1 hidangan dewasa. Not badlah kan. Nak sangat makan lagi tp aku kena tunggu mabuk aku hilang dulu.. Hai lah mabuk, cepatler pergi. Aku dah naik miskin dah ni keje nak makan mahal je (sbb nasi goreng tak boleh makan..kehkehkeh)..

Selamat Hari Raya Aidiladha korang. Aku ni ntah2  tak update lagi blog sblm raya ni. Tggu lepas raya jelah.

Daaaaaaaaa...

Thursday, September 17, 2015

Laman Seni, Seksyen 7, Shah Alam

Assalamualaikum...

Cuti merdeka haritu, aku adelah pergi ke Shah Alam. Konon plan asal pergi sbb nak tgk clearance sales Real Hijab tp bila sampai sana, aku tak beli papepun sbb tak byk yg menarik. Tinggal tudung2 tak lawa je so abaikan jelah. Alang2 dah sampai situ, ternampak lukisan2 di dinding area belakang2 kedai tu. Eh, ni ke laman seni tu? Mohler tengok.

Berangan ala2 director ahmad nisfu.. hehehe

Nak jugak. 

Gambar kelakar sbb atuk Kasyah yang suruh bergaya mcm ni. Siap muka tu yang tak tahan tu. Kehkehkeh. Oh ya, masa cuti merdeka ni mak, abah aku dtg. 

Antara yang menarik. 

Alololo manjenya zirafah ni. 

Mak pon nak join jugak. 

Nak jugak Kasyah ikut cakap atuk die bila amik gambar. Ikut je org suruh buat ape. 

Konon.

Oopps kena semburlah pulak...

Tak banyak pon amik gambar walaupun banyak je lukisan2 lain. aku amik yg ala2 boleh layan je. 

Since pergi Shah Alam takde hasil padahal jauh kot Putrajaya ke Shah Alam, so abah aku ajak ke GM Klang. Bukan nak beli apepun. Saje nak jalan2. Mohler.

Gitu jelah citernya.. Update jugak blog aku akhirnya.. hahaha. Ni pun malas sebenarnya woiii.

Friday, September 11, 2015

Akibat malas..

Assalamualaikum...

Hadoiii malasnya nak update blog... 
Apsal ntah malas betul rasanya.
 Nak citer pun malas. 
Nak menaip pun malas. 
Dahlah malas pulak nak sambung..

Daaaaaaa

p/s: Berapa punya malas daaaa?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...