Friday, October 23, 2015

Hari yang penat.

Assalamualaikum...

Penat, ngantuk, sakit badan, tangan sume ada hari ni. Hadoii, menduga sungguh. Apsal penat pulak ni kan? Well sebenarnya, husband aku takde hari ni. Actually dari petang smlm lagi xde sbb hari ni dia ada raptai konvo kat UTM JB. Since cuma raptai je pastu hari kerja pulak tak kuasa aku nak ikut. Lagipun payahlah dengan anak2 lagi nak tercongok lama2 kat sana. So plannya, husband pergi dulu balik rumah mak die kat Kluang and pergi raptai hari ni. Aku pulak uruskan anak2 hari ni and petang ni lepas kerja amik budak2 ni terus shoot balik Segamat umah mak aku. Esok petang aku gerak sorang2 pergi Kluang pulak and attend convo husband hari ahad. Anak2 tinggal je kat Segamat sbb memang xde sape boleh jaga kalo aku dah masuk dewan. Lepas convo balik KL semula kerja 2 hari then selasa balik Segamat balik sbb nak amik mak abah aku bawa pergi JB. Abah aku ade appointment cek jantung kat Hospital JB. So start hari ni sampai minggu depan akan jadi minggu penat. Dah alang2 ke JB tgh2 minggu tu, aku terus cuti sampai Jumaat dan terus plan cuti2 JB.

Kebetulan malam tadi dalam pukul 2 lebih aku terjaga. Terperasan Kasyah yg kat sebelah aku menggigil2 kesejukan padahal aku berpeluh kot panas. Sekali rasa badan die, laaa demam rupanya. Terus cari ubat soh die makan dan tampal cool fever. Alhamdulillah pagi ni dah okay dah. So nampak tak penatnya aku kat situ. Uruskan anak sorang2 dlm keadaan skrg ni mmg super exhausted. Pastu tido pulak terganggu sbb anak demam. So hari ni mmg aku ala2 nak tertutup mata dah ni. Dahler petang ni nak drive jauh. Dgn anak2 je pulak tu. Aku paling risau kalo aku nak terkencing on the way tau sbb susah nak hangkut sume ikut aku gi toilet.. huhuhu. Selalunya kalo aku drive seorang dgn anak2 mmg aku takkan minum sepanjang jalan. Pastu Kasyah pon aku pakaikan pampers.. hahaha. Sapepon tak boleh berhenti kencing termasuk aku.. hihihi.

Lunch aku minggu lepas. Aku bagitau bos aku teringin nak makan unagi, bos kate okay die bawa gi makan. Makan pon aku pilih tempat. hihihi. Baikkan bos aku. Bendul sebenarnya. kahkahkah. Senang nak kena buli. Bos kate hari ni nak gi makan lagi. Yay cuma tak tau tempat sbb kali ni makan ramai2.


Eh okaylah, aku ngantuk ni. Daaaaaaaa..

Tuesday, October 20, 2015

Selamat ulangtahun sayang.

Assalamualaikum..

Hari ni 20hb genap Suci berumur 2 tahun. Kejap jer masa berlalu dah besar dah dak kenit tu. Tak lama lagi nak naik pangkat dah. Ingat lagi 2 thn lepas pagi2 buta dah gi hospital sbb dah tak sabar nak bersalin. Sampai sepital boleh plak doktor tu kate prosedur nak induce cuma boleh buat esoknya je. Kecewa dah aku sbb aku dah tak sabar nak bersalin. Dah overdue dah masa tu. Tapi nasib baik doktor yg lagi senior dan lagi otai dtg melawat dan decide nak induce aku tghari tu jugak sbb die kate nak buat pe tunggu lama2. So pukul 12.30 induce pukul 4.22 dah bersalin kat toilet.. hehehe. Punyeler senang sbb aku tak sakit sangat pon tapi aku dah rasa kepala baby kat bawah sesangat. Apalagi push je ler. Kecoh wad masa tu.. Pengalaman kan. Yang ketiga ni ntah cemana pulak halnya. Hope tak banyak masalah dan perjalanan kandungan aku akan lancar. In sha Allh.

Buat anak mama yang cantik Khayla Suci Amanda, happy birthday Sayang. Mama doakan yang terbaik buat anak mama dalam segala segi. Mama sayang Suci sangat2. Minggu depan kita pergi angry bird park ye. Love you.

Daaaaaaaa..

p/s: Nampak sangat malas nak menaip. hehehe.

Monday, October 5, 2015

Sedapnya nasi mandy.

Assalamualaikum...

Hai, rindu ke? Allah rasa rindu yang amat kat blog tp tulah kalo dah mood kelaut pastu ombak kuat pulak, payah nak balik ke pantai.. hehehe. Ni amik masa sedikit nak buat2 lupa sakit di kepala. Entah apa silap hari ni, kepala ni rasa berdenyut2 pulak. Dah tido tghari tadi tp bangun pun still ting tong lagi. Ikut hati rasa nak balik tp syg pulak cuti. so bertahan jelah kat opis sambil2 tunggu nak balik pukul 4.30 kang. Aku rasa pregnant kali ni aku tersangatlah letih. Faktor usia sgt ni. Pregnant diumur 30-an jadi kederat pon thp 30-an lah. huhuhu. Dengan nak melayan karenah anak2 yang pelbagai ragam lagi2 si Suci yg dah banyak akal tu. Paling die suka buat menyepah ler apa lagi. Nasib baik kalo Kasyah ada mood die tolong kemas apa yg adik sepahkan. Nasib tak baik die sama2 dgn adik tambah sepahkan lagi rumah. Bergabung meletop sgt! Pastu kang bergaduh berebut mainan. Sorang pon tak nak kalah. Lantak!

Aku ni dahlah kalo malam mmg batery low. Pukul 9 selalunya dah kong dah. Serius weh, penat sgt rasa. Kalo aku buat kerja renyah sikit, mulalah rasa pening kepala mcm tak cukup oksigen padahal baru kemas dapur basuh pinggan jer pun. Masak mmg kirim salam. Ade takde pon aku buat yg bodoh2 mcm jemput2 kosong, mee rebus terengganu tanpa bawang, bubur ke, ataupun apa2 yg aku boleh modified masak xyah letak bawang. Anti betul aku dgn bawang skrg. Nyampah sgt. Cili kering pon jadi seteru aku. Kalo makan nasi lemak tu, aku makan nasi je dgn telur. Sambal nehi. Banyak lagi benda aku takleh makan. Tu yang husband akupun hari2 risau apalah aku nak makan malam ni. Huhuhu..

Ini antara yang aku boleh makan. Nasi mandy ayam. Sedap sbb die lite and tasty. Tak rasa berempah sgt. So makan gitu je pon boleh. Nasi2 berperisa ni mmg aku layan tp nasi jelah lauknya aku tak suka. Tapi ayam mandy ni aku boleh makan sbb die bukan ayam sambal ke kari ke so boleh diterima.

Walaupun pun sedap ko giler nak makan selalu. Mahal kot.. huhuhu. Masa raya haji haritu, aku keje makan nasi jelah. Pagi diorg buat nasi dagang so aku makan nasi dgn acar dgn ikan. Amik ikan je kuah tak nak. Pastu tghari nasi minyak pon aku makan nasi dgn kentang tp daging dgn kuah gulai aku tak nak makan. Esoknya pon makan nasi lauk ayam goreng. Kalo tengok lauk aku dgn lauk Kasyah sepesen je. Hahaha.

Bilalah nak okay loya2 aku ni. Minggu ni dah minggu ke 14. Hujung bulan ni nak ke JB lg. Kalo xokay lagi rugilah sbb aku gi jb nak lah jalan jalan cari makan. huhuhu.

Okaylah korang. Daaaaaaaaaa...


p/s: Sorry entry citer psl makan yg ntah pape.. hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...