Ginilah gayanya kalo dah malas. Update seminggu sekali pon boleh,, hehehe. Entry JB tertangguh lagi nak buat. Malas betul nak compile gambar. Tahun depan agaknya. Xpun biar gitu je. hahaha. Dah lama tak buat entry masak2 makan2 ni. Sbb mmg dah lama tak masak pun. Aku start masak pun bulan lepas kot. Itupun sekali sekala dan cuma yg simple mcm bubur nasi ke, mee sup ke. Tapi atas bantuan husbandlah sbb aku mmg takleh bau benda2 tumis ni. So die tumis, aku tutup hidung sambil bg arahan. hahaha. Tapi jarang sgt masak. Bulan ni barulah aku betul2 masak tp tak selalu jugak. Ikut badan ni larat ke tak sbb masak ni byk berdiri kat dapur so kalo larat baru aku masak. kalo penat mmg order jelah. Dah jom tengok gambar makanan je hari ni yg kebanyakannya beli hahaha.
Spageti bolognaise kat Milano KLCC. Dah lama tak makan. Lebih setahunlah. Tapi masa ni perut masuk angin yg muntah2 haritu so tak habispon makan. huhuhu
Teringin nak makan Korean tetibe walaupun bukanlah minat sgt. Dah kata tekak orang mengandung ni bukan leh dijangka ye dak. Mohler gi makan tp masa nilah aku masuk angin tu so lepas makan mmg seplastik aku muntahkan balik.. huwarghhh rugi.
Pilihan hubby Chicken Sondubu Jigae.. Yg aku punya atas tadi Dol sot bibimbap.
Dah lama tak masak yg special gini. Minggu lepas ade beli ikan siakap kat AEON so hasil campak sana sini jadilah Siakap 3 rasa. Husband kate sedap giler. Hahaha penangan dah lama tak dpt makan aku masak lah tu.
Mee rebus Terengganu tp aku panggil mee sup bodoh je. Sbb kalo mee rebus bg aku yg kuah keledek tu. Yg ni dah beberapa kali buat sbb senang je main campak. Lagipun feveret anak2 ni. Kasyah kalo aku buat mee ni kemain puji sedap siap ucap terima kasih pakej dgn cium sekali.. Alahai anak bab membodek mmg hebat.
Mee bandung kat Segamat. Balik dari JB sampai Segamat dah malam so perut dah lapar mari makan mee bandung je. sib baik sedap.
Nasi lemak pandan indah. Nasi lemak ni feveret aku masa duduk pandan indah. Die jual kat 7e depan sekolah pandan indah. Kebetulan haritu balik dari mana entah lalu mrr2, husband ajak gi beli nasi lemak ni. Eh haruslah nak sbb bukan selalu dpt mkn. Rasa die sama je dari dulu... Sambal die tu somethinglah. Sedap.
Terlebih hormon rajin. hehe takdelah aku ade beli labu haritu. beli sebelah je tp lepas buat lauk pun ada lebih lagi so aku buat je donut labu ni. Sedap ah. lembut gebu je.
Bulan lepas Kirishima ada promosi 50% discount so jomler terjah. Salmon mania set ni hanya RM31 sahaja. Sumenya salmon tau sampai nasi goreng tu pun nasi goreng salmon. Sedap.
Tetibe rasa nak makan maggi. Seafood curry maggi royale yg super sedap. Aku suka. Tapi takleh makan selalu. Sekali sekala takpe.
Seafod chowder Manhattan fish market. Makan masa besday Suci haritu. Itupun aku tak buat entry lagi. Sedap pulak chowder ni.
Itu jelah buat masa ni. Dtg rajin aku adelah entry minggu depan. Kalo tak tu angin malas melanda lah gamaknya.. okaylah. daaaaaaaaaaa
p/s: Malam ni balik kampung hantar anak2.