Tuesday, December 22, 2015

Selamat bercuti...

Assalamualaikum...

Yahooo yabedabedoooo... Hari ni last aku keje untuk tahun ni. Start esok aku akan bercuti sampai tahun baru. Naik kerja semula pada 4hb Jan 2016. Eh, aku takde amik cuti lamapun. Cuma amik dua hari je 28 dgn 29hb. Esok 23hb cuti sempena besday maharaja Jepun. Khamis dgn Jumaat semua org cuti. Rabu dgn Khamis ofis aku cuti hujung tahun pastu 1hb cuti thn baru.. So aku amiklah cuti 28 dgn 29. Sebenarnya kalo nak lagi best, semalam dgn harini pon amik cuti hah dah dpt straight 2 minggu. hehe tapi aku malasler sbb cuti nak simpan untuk medical cek up. Ofis aku tak terima time slip ni. Kena amik cuti setiap kali cek up.

Hasil carian imej untuk happy holiday


Ape2 pon, selamat bekerja pada yg bekerja dan selamat bercuti untuk aku.. hehehe. Tak kemana pun. Jalan2 dlm Malaysia je...

Tata titi tutu....

p/s:Tak sabar nak balik kampung amik anak2. Rindu!

Thursday, December 17, 2015

Little Caliph Convo & Consert day.

Assalamualaikum...

Meh update citer basi. Bulan 11 haritu, sekolah Kasyah ada buat hari konvo dan konsert. Buat kat cyberjaya. Aku lupa nama tempat tp dlm hall kecik je. Kasyah amik bahagian dalam coral speaking. Risau gak aku sbb die kalo aku suruh practise kat rumah mmg xnak je jawapannya. Tapi bila tanya teacher, die kata Kasyah ok je buat kat sekolah. Ooooo suka buat mama neves tau. Standard ah ada ucapan, penyampaian hadiah bagai. Kasyah mmg tak ah nak dpt hadiah cemerlang sbb 2-3 bln sblm ni die agak malas dan ini diakui oleh teacher. Die nampak mcm malas nak gi sekolah pun ye. Asiklah tanya bila nak cuti. Haih..

Masa yang ditunggu2. Kali ni nampaklah Kasyah follow persembahan. Kasyah yg kat tgh2 sebelah budak yang pusing kiri tu. Puas hatilah tgk die tak mcm masa hari sukan thn lepas yg die diam kaku je langsung tak ikut menari.. hahaha


Dah habis dah... Amiklah gambar kenangan. Aku ingatkan Kasyah akan convo gak sbb die mmg last year dok little caliph ni. Thn depan die masuk pra-sekolah. Cikgu pun dah aware yg die akan tamat belajar walaupun die bukan 6 thn. Tapi takde pon convo utk die. Kecewa ah aku sbb konvo hnya untuk budak 6 thn. Seriusly langsung xde sijil ke hape ke dah bljr kat situ. Tak tahulah kalo lepas ni die akan bagi tp buat masa skrg mmg yilek. Aku tgk sekolah lain (tak semestinya little caliph) ade je budak 5 thn yg convo siap pakai jubah amik sijil bagai. Bab pengurusan mmg aku kecewa dgn sekolah ni. Dari dulu lg. Bab belajar okay tu yg aku diam je tu. 

Takpelah Kasyah. Dah lepas pon. Mama tunggu awak konvo universiti nantilah macam mama dgn papa. Kite susun gambar konvo memasing ye kat wall of fame.. hehe

Us.

Husband kata Suci pon nak masukkan kat Little Caliph tu jugak tp tulah kalo ingat pengurusan dgn pengetua tu, rasa mcm malas dah. takpelah ada setahun lagi nak fikir sblm Suci 4 thn. 

Okaylah.. daaaaaaa.

Tuesday, December 15, 2015

Kawan baik

Assalamualaikum...

Makin ujung tahun makin malas nak update blog padahal freetime banyak giler. Sampai buntulah kat opis ni nak buat apa. Tapi tuler kalo dah kate malas, xde mood makanya terbior jelah blog aku ni tak berupdate. huhuhuhu.

Last weekend, aku berkesempatan nak jumpa my very best friend yg last jumpa masa raya. Rindu betul nak kuar dating sama2 sambil berborak mcmkan kitorang ni bujang lagi... Selalu tu susah nak jumpa sbb kawan aku ni duduk Penang so kalo die cuti balik Segamat, aku pulak tak balik. Kalo raya tu lain sbb jumpa dgn family anak2 sume so xdelah berdatingnye. Kali ni, Alhamdulillah dpt luangkan masa sbb kebetulan aku balik minggu lepas die masih belum balik Penang lg. Kawan aku ni cikgu so cuti sekolah mmg die balik Segamat. Aku dah cakap kat suami, jangan kaco aku nak berdating sbb aku ni jaarrraaanggg sgt keluar jumpa kawan. Setahun sekalipun belum tentu. Ni lagilah dah 4-5 thn jugak tak keluar jumpa kawan2 mcm ni. Kawan2 lain tu lagilah payah nak jumpa. Semua dah berkeluargalah katakan. Belum tentu laki diorg bagi keluar mcm ni. Xpelah, yg available mcm aku dgn izan je pun takpe.. kan zan? hehehe

Kami lepak kat Secret Recipe je. Senang sbb parking banyak. Aku order spageti carbonara tp tak bape sedap. Rasa bawang putih je  yg lebih..  Kawan aku order Alio olio pon biasa2 je. 

Kembangnya kitorang. Aku pregnant kawan akupon pregnant. Aku dpt tau je aku pregnant, terus aku sound kawan aku ni soh pregnant jugak.. hahahaha. Alih2 sebulan lepas tu die bgtau die positif.. hahahaha bongok jer. Pregnant pon nak sama2. hehehe

Puas ejas nak bagi tak nampak kembang setaman sgt tapi tetap kembang.. acaner tu?

Percubaan kedua pon kembang jugak.. hahahaha

3 jam jugak ah kami melepak ni. Kalo ikutkan rasanya tak puaspon lagi nak berborak. Biasalah kalo lama xjumpa mmg mcm2 nak cerita. Kenangan dari zaman sekolah dgn gosip2 kengkawan sekolah lagi.. hehehe. Mana yang dah kawen baru, mana yg baru nak kawen, yang itu yang ini.. alahai seronok betul mengimbau kenangan. Hopefully lepas ni ade peluang lagi nak dating2 macam ni. Anak2 tinggal kat rumah.. hahaha. Zan, aku rindu!

Thursday, December 3, 2015

The Good Dinosaur / Rindu anak2

Assalamualaikum..

Minggu lepas hari khamis, keluar je filem Good Dinosaur ni terus bawa anak2 pergi tengok. Sajelah sbb esoknya dah nak kena hantar balik kampung. So bagilah reward sikit walaupun excited je memasing nak tinggal kat kampung tu. Tengok citer ni kat Alamanda je. Okaylah citer ni untuk budak2 tgk. Banyak pengajaran. Korang pun yg ada anak2 pon pergilah tgk. In sha Allah anak2 akan enjoy.

Masing2 sibuk nak buat gaya dinaosaur.. Layankan aje..

Ala kelabu asap pulak gambar ni. Janji hadooo.

Hari ni dah masuk hari keempat anak2 kat kampung. 3 malam dah diorg tak tido dgn aku especially Suci. Call mak tanya Suci mencari ke tak, rupanya 2 malam sblm ni merengek je tgh malam mcm mengigau gitu.. Alololo cian die. Yg mamanya pulak tido nyenyak dah 3 malam.. hahaha. Siang mmg diorg tak kesah asal dpt main. Malam jelah Suci tu mencari2 aku. Aku ni pun sebenarnya dah rindu kat diorg tu. Tapi xpelah biar diorg berdikari sikit. Akupun dpt jugak rileks2 sikit balik keje. Xde nak terkejar2 amik diorang, masak ke apa ke. Badan dah membadak ni mmg penat je rasa.

Okayler... mengantuk bebeno mata aku ni. Nak cari aktiviti hilang ngantuk jap.

Daaaaaaaa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...