Tuesday, December 13, 2016

Bila dah meroyan dengan Sephora...

Assalamualaikum...

Hai uolsss... Hadoi sebulan satu entry je mampu ko.. haha. Banyak je benda2 happening jadi lagi2 pasal kerja. Event sana sini.. Jumpa orang tu orang ni tp tu lah takde masa senggang untuk aku wat lek wat peace buat entry setiap kali. Ni pun last week baru habis satu event besar.. Penat giler hokeh sampaikan esokny aku mc. Mau tak mc, kalo bangun nak berjalan pon rasa nak merangkak. Kerja 16 jam non stop mmg giler. Orang keje kilang pon 12 jam je pastu ada gak waktu rehat.. huhu.

Ni lah die, tajuk tak tally dgn entry.. hehe. Sorry dah lama tak dapat buat luahan perasaan. Bulan lepas ( ye ni citer bulan lepas..) kan ke Sephora launch die punya Holiday Collection. Aku mmg aim lama dah. Dari tahun lepas lg. Tahun lepas langsung xdpt beli sbb konon nak tgu gaji tapi bila nak beli semua pun out of stock. Nyampah. So lesson learned, tahun ni aku siap2 kumpul duit utk tgu holiday collection je. Memang kemaruk. Tapi aku cuma aim nak beli lipstick je. Bila dah sampai Sephora, rasa mcm semua berbaloi nak beli. Sib baik sedar diri.. hehe

Holiday collection dari Tarte. Worth it sgt tp sbb aku mmg ada byk palette eye shadow dgn blusher so jgn ngengada. huhu

Tarte matte lipstick. Geram gak nak beli tp....

Ambik je semua masuk bakul. Nnti baru sort.. hehe. Semuapun menggeramkan tp lipstik byk2 nak buat apa? Nak makan? 

Akhirnya aku pilih ini... Semuapun aku suka. Gorgeous sgt. Hari2 tukar warna lipstik. Rasa mcm nak beli lagi.. Tapi sedar diri.. 

So aku dah plan, next year aku nk beli pallete eyeshadow pulak. Duit bonus bln ni boleh put aside sikit utk next year punya holiday collection.. hahaha.

Well lunch time aku dah habis dah pun. bebila kite cerita lagi hokeh.. Daaaaa

p/s: tengah kemaruk nak conteng muka.

Friday, November 25, 2016

Throwback: birthday Suci

Assalamualaikum...

Lamanya blog suam suam kuku ni terbiar. Dari suam dah jadi sejuk beku dah.. hahaha.. Alasan sama je weh setiap kali pun. Busy busy busy... Dah memang busykan nak buat cemana. Aku ada event besar lg 2 minggu. Pening ah nak uruskan. Mana nak deal dgn hotel, dgn layout event lg, dgn exhibitors lagi.. Penat sampai nak masak pun tak larat weh. Kain tu dah 2 bakul aku biar je sbb balik keje penat. Hari Isnin haritu balik kul 11 malam.. huhuhu... Tahun depan kalo xnaik gaji aku seribu tak tahulah.. hahaha Amin.

Moh ler update citer basi. Ujung bulan lepas sempatlah balik kampung jap. dah alang2 tu buatlah majlis kecil kecilan sambut besday Suci yang jatuh minggu sebelumnya. Saja buat suka budak2 je. Xde jemput sesapa pun. Family aku jer dgn anak2 buah aku. cukupler tu. Itupun dah happy sgt dah.

Beli kek kecik je sbb ptg tu kitorang dah nak balik Putrajaya. So kek harus di makan habis. 

Pada masa yang sama aku buat nasi beriani dimakan bersama ayam masak merah dan acar telur puyuh. Sedap tengok bebudak ni makan. Makan ramai2 lagilah bertambah. Tak cukup nasi aku..huhuhu

Gitu jelah sambutan kecil-kecilan untuk Suci. Asal diorang bahagia. Cuti sekolah ni aku takde plan nak berjalan sbb duit dah allocate utk rumah. Memacam kena byr. miskin aku. Mungkin pergi dekat2 je. Takpun postpone thn depan. hahaha.

Okaylah, ada masa jumpa lg. Daaaaa

p/s:Sephora ada sale weh.. huhu

Friday, October 28, 2016

Lebih baik diam..

Assalamualaikum...

Hari ni aku terasa macam nak buat luahan hati sikit. Alah bukan ada benda jadi pun tapi saje je nak share pendapat. Kan sekarang ni zaman keyboard warrior. Sana sini orang sibuk nak jadi hero. Komen orang ikut suka hati. Macam diri tu perfect sangat.

Aku menyampah ah dengan netizen2 yang bajet good good ni. Semua yang orang share die nak komen. Kalo komen baik2 takpe jugak. Ini asyik nak menghentam je. Contoh macam kalau artis tu share gambar kat instagram. Artis tu freehair so mesti ada netizen yang akan komen "bila nak tutup aurat?" Eh, hello, sukati dielah nak pakai tudung ke nak free hair ke. Bukan kacau ko ke. Kalo tak puas hati cer private message je cakap die lebih cantik bertudung. Takpun kalo orang share gambar die pakaikan anak die baju mahal, nanti adlaah yg komen nak menunjuk. eh banyaklah contoh. Memang spesis tangan gatal tak boleh tgk orang senang. Agaknya orang yang suka komen menghentam ni hidup die tak sempurna agaknya kalo xdpt cakap buruk pasal orang. Hati tu busuk sgt kenapa?

Cuba amik konsep, kalau kau takde benda baik nak tulis, jangan tulis. Diam je. Macam aku. Aku tak pernah komen pape kat page sesiapa pun. Kalo pun aku menyampah, aku buat donno jelah. Takkanlah aku nak sibuk2 komen bgtau eii tak lawapun. Eh die bukan kawan2 aku, aku nak komen mcm tu. Kalo kawanpun aku takkan komen gitulah. Aku biar je walaupun aku rasa tak lawa benda yang die share tu. Sebab tu aku jarang komen kat fb ke insta ke. Biarlah orang nak kata aku sombong ke kedekut like ke takpe. Yang penting aku tak sakitkan hati sesiapa. Mana2 yang aku tak suka tgk tu aku scroll je. Kalo aku dah menyampah sgt, aku hide je.. senang citer. Bukan takde kengkawan fb aku yang aku menyampah tp biar jelah. Bukan aku benci kat dia cuma aku menyampah dekat status die. Dah tu je so tak payah kot aku nak buat musuh. Ignore jelah. Tak menjejaskan hidup akupun kalo aku ignore dia. Kadang2 aku sengih jelah kalo tgk status die yang ajet2 cute ke, kaya ke, happy ke bahagia walaupoonnn....

So korang yang suka sgt jadi keyboard warrior ni, rentikanlah. Tak memberi faedah pun. Biarlah orang yang nak share tu share pape pun. Kalo ko tak suka, ko abaikan. Ko unfriend ke unfollow ke. Tak payah sampai muka anak die tak lawa pun ko dengki. Kalo menyampah sgt smpikan gigil2 tgn sbb nak jugak suarakan kemenyampahan ko tu, ko citer jelah dgn kawan2 ko. Xyah nak komen bembukan kat status org ke page org ke apa ke. Citer je dgn laki ko, mak ko, adik ko, bff ko ckp ko menyampah dgn si polan tu.. dah senang. Kadang2 aku tgk yg suka komen mcm bgs ni pun takler bgs mana. Muka pon tak bape siap. Sendiri tak sempurna, pandai nak ajar orang.. poodahh.

Aku ni nampak mcm marah sgtkan. Bukan marah tp geram setiap kali baca komen org.. Kalo family aku, aku cili je mulut die. huhuhu. Kalo hidup ko tak tenang jgn tanya kenapa.. huhu..

Daaaaa

p/s: eh akak ipor hantu akupun kalo up status bajet alim aje.. Padahal silaturrahim dgn family sendiri nan hadooo.. Sila jgn percaya status kat fb. Tak menggambarkan peribadi pon... Aku TAHU sangat.

Thursday, October 20, 2016

Special for Suci

Assalamualaikum...

20hb October 2013, aku pergi menyerah diri ke Hospital Putrajaya sbb dah overdue. Memang looking forward nak lahirkan anak so harapan tinggi supaya di induce.. Nasib baik dpt jugak induce walaupun mula2 doktor kate hari ahad takde induce.. hahaha. Well dgn induce yang diberi tu memang baby tak sabar nak keluar. Lepas cek 5 cm, terusler tak nyempat nak kuar baby dlm toilet. So jadilah baby toilet.. hehe.

Hari ni genaplah Khayla Suci Amanda 3 tahun. Alhamdulillah membesar dengan sempurna. Membahagikan aku dan keluarga. Kesayangan atok die sgt Suci ni. Manja terlebih kalo dgn atok. Adik pon kalah. hehe. Mama dengan papa harap Suci jadi anak yang baik, yang mendengar kata, yang tidak menyusahkan hati mama papa, yang rajin menolong mama (walaupun skrg ni kemain malas nk suruh pape...nyampah), Jadi kakak yang baik, adik yang baik (asik gaduh je dgn along..stress mak ko ni), senang citer jadilah yang terbaik untuk kami.

Pada masa yang sama, jadilah muslimah sejati yang cemerlang di dunia dan akhirat. Belajar rajin2 sampai masuk universiti. Tak perlu jadi yang terbaik cukuplah jadi yang sempurna di mata kami. Senang citer semua ibu bapa inginkan dan harapkan yang terbaik untuk anak2nya. macam tu jugak mama dan papa...

Tahun lepas mama bawa berjalan ke Angry birds park. Tahun ni xde nmpknya.. huhu. Mama busy nak oiii..

Suci belajar berjalan


Suka melawa.

Kesayangan mama..


Mama, papa, along, adik rayyan semua sayang Suci sgt2. Jangan gaduh2 dgn along, jangan suka dengki adik, jangan nak drama queen sgt.. okaya sayang. Tahun depan nak sekolah, jangan buat perangai ok.. Yuran sekolah ko je dah separuh gaji mama.. (nangis tepi bucu..)

Love you sayang!

Daaaaaaaa

Tuesday, October 11, 2016

Musim buah, kek coklat, biskut coklat cip dan pulut santan durian

Assalamualaikum..

Bertemu lagi kita ye.. Badan aku ni sakit-sakit sbb haritu beria sangat join zumba ala2 kickboxing masa hari sukan negara. Bukan senang weh aku nak join aktiviti gitu tapi sebab kebetulan mak abah aku dtg sbb nak gi kenduri kawen, so amiklah kesempatan pergi join hari sukan negara kejap... Tu yang badan sakit2 tu.. Setahun sekali bersenam kata ko.. hahaha

Dah moh ke cerita pasal musim buah. Masa betul2 musim durian haritu aku tak balik kampung pun sbb aku plan nak balik raya haji je. Bila balik raya haji musim buah durian dah tinggal hujung jadi mmg tak merasalah sbb akupun tak beria nak makan durian. Tapi masa raya haji tu buah dokong tengah lebat berbuah. Memang pulun makan dokong jelah. Pokok cuma 2 je tapi muai betul buahnya. Semua sedara mara merasa.. Kalau jual mmg banyak dpt tapi abah aku kata sedekah jelah. Akupun siap bawa balik opis. Tak sangka bos2 jepun aku suka makan.. tak sia2 panjat. hehe

Gigih suamiku panjat pokok dokong.. Tapi abah aku lagi hebat panjat.. Aku yang seriau. Buah dokong bukan boleh amik guna galah sbb nanti die lerai habis ke bawah so kena gunting tangkai segugus segugus gitu. Yang ni pokok kat kebun abah. Pepagi bangun terus gi kebun. Kasyah pon seronok dpt gi kebun. Aku pulak sibuk kutip cili api. Banyak kot. Merata2 pokok cili kat kebun tu. Geram tgk. 

Petang raya haji, tekak aku ni teringin betul nak makan benda manis2. Jadi aku selongkar kat dapur mak aku cari apa bahan yang ada. Last2 aku buat kek coklat je. Siap adun kek, terus buat biskut coklat cip. Gigihkan.. haha. saka rajin aku ni datang tak tentu masa..kehkehkeh.

Yang ni pulak pulut dengan santan durian. Lama dah teringin tapi sbb aku xleh nak makan manis sbb diet masih on so aku hold dulu. Kebetulan masa mak aku ada kat rumah sbb jaga Rayyan, ada pulak van orang jual durian kat depan rumah. Terus minta husband beli dua biji. Sebiji makan, sebiji lagi buat santan durian.. Ahhh rasa nikmat giler dapat makan. Terus kecur liur balik.. huhuhu.. Gara2 makan manis terus berat naik sekilo.. hahaha stress mak nak. Nak turun sekilo makan minggu, tapi nak naik sekilo sehari je.. nyampah betul.

Okaylah guys, cukup sampai sini dulu. Nanti2 aku citer lagi ye.. Daaaaaaa

Wednesday, October 5, 2016

Kisah Rayyan

Assalamualaikum...

Hambik ko 5 minggu tak update blog. Ngehngehngeh.. Nak kata busy sangat tu, memanglah busy tp patutnya ade jek masa senggang kalo aku nak update blog. Cumanya skrg ni ofis aku dah makin ketatkan penggunaan komputer ofis. Nak cucuk pendrive pon tak boleh. Lagilah nak cucuk handphone. Pastu internet pon kemain hazabedah. Nak loading satu page tu amik masa sbb skrg ni server kat Jepun sana. tu yang makin jahanam tu.. Kitorang kat ofis ni dah penat memaki2 dah. Slow weh. Huhuhu..

Tapi since skrg ni bos aku cuti 2 minggu balik Jepun, makanya aku ada masa free untuk tak nak buat keje.. hahaha. Tak tau sebenarnya nak citer apa. Hilang touch nak menaip dah. Ermm. oh ya, tiga minggu lepas Rayyan kena chicken pox. Lepas cuti raya haji tu balik dari taska terus aku perasan ada satu ketul biji berair. Tapi fikir positif je sbb ade 3-4 ketul je pun. Esoknya balik tu tgk dah makin banyak so mmg kompem kena chicken pox. Sian die, masa tu belum masuk 6 bulan pun dah kena chicken pox. Merengek jek la kejenya. Yang lagi best sampai dlm mulut pun ada. Nangis pun sayu je minta simpati..


Hari ke tiga. memang penuh satu badan. Kepala pun banyak giler. Kat conet pun ada.. Hehe. Aku import mak aku minta tolong jagakan. Yelah chicken pox bukan sehari dua. Lepas 2 minggu barulah hilang sepenuhnya.. Tinggal parut je tu. Skrg Alhamdulillah dah okay dah. Merasa dah sume anak aku kena chicken pox masa kecik lg. Kasyah masa umur 2 thn lebih. Suci setahun lebih. Hah Rayyan ni 5bulan lebih. Takde dah isu sorang kena sume kena.. hehe.

Okaylah. Sampai sini dulu. Ada masa ada cerita aku up entry lagi.. Daaaaaa


Tuesday, August 30, 2016

Anggur RM120?

Assalamualaikum..

Berbekalkan sedikit kerajinan dan masa yang ada, maka hari ni aku update blog.. yayy.. hahaha. Bongoks je. Dah dah tak yah nak bebel lebih2, fokus kat citer hari ni pasal anggur.

Last week hari Jumaat, bos suruh aku pergi event kat residence. Aku ingat kena kerjalah sbb event kat rumah duta kan tapi bila sampai je bos kata aku jadi tetamu je. eh ini sudah bagus. So akupun buat2 ler macam tetamu sampaikan butler residence jeles dgn aku. hahaha. Yelah selalunya kalo dtg sana mmg kena keja tp kali ni tak memang ler die dengki dgn aku..hehe. Event ni untuk memperkenalkan Yamanashi Prefecture. Antara yang femes kat Yamanashi ni adalah wine, anggur dan peach. Wine mmg aku takleh nak minumlah kan so kita makan buah je. Peach die tersangatlah sedap.. Korang pernah makan peach tak? Kat Malaysia mmg takde tp kalo pergi pasaraya besar mcm Isetan ke Jaya Grocer ke ada rasanya. Harga diepun agak2 fikir dua tiga kali jugaklah nak beli. Sebiji je dah berpuluh..huhu. Gambar peach aku tak amik sbb peach tu die dah siap potong2.

Ini anggur dari Yamanashi. Buahnya besar2 kalo ngap mmg juicy pastu manis. Tanpa biji. Sedap sangat. Tapikan yang sblm ni punya anggur dari Okayama lagi sedap dan lagi besar. Boleh bayangkan tak kalo yang ni dah sedap yang sblm ni punya sedap mcm mana? Makan pun boleh pitam kesedapan weh.. (nmpk tak poyo kat situ.. ;p)

Anggur ni diorang ada jual kat Isetan tapi tak tahulah sampai bila. Satu gugus macam ni harga Rm120.. Sebij Rm4 kot. hahaha. Kan aku kata pikir banyak kali kalo nak beli. Kitorang mmg pulun makan sbb fikir harga die mahal so bukan boleh beli pun..hahaha

Yang ni pulak tart anggur. Sedap. Manis die dtg dari buah anggur tu. 

Disebabkan aku dtg sbgi tetamu maka bos aku paksa aku amik gmbr dgn samurai dan Miss Yamanashi ni. Die menang ratu cantik kat sana.. Nampak terlebih happy pulak ai di situ.. hehe. 

Dapatlh bawa balik 6 biji anggur bg anak rasa. sblm ni aku dpt sebiji peach aku bw balik kampung bg family rasa sbb mak abah akupun tak pernah mkn peach. Tgk live pon tak pernah tau. Jadilahkan walau dpt rasa sikit tp at least pernah gak merasa.. hehe.

Okaylah.. Daaaaa...

Thursday, August 25, 2016

Haiii..rindu tak?

Assalamualaikum...

Alalalalala...kengkadang naik bosan pulak dok update busy busy busy tp dah nak guane.. Memang busy le ning.. hehe. Tapikan skrg ni aku tgh free. Keje dah siap buat masa ni.. Keje yang nak kena standby tu esok baru fikir.. hahaha.

Aku ni pun bukan ada citer nak share dgn korang. Nak citer pasal masak-masak pun aku masak benda yang sama je. Lagilah skrg ni aku masih on going diet jadi aku mmg takde masak makanan hebat2 sbb aku xleh makan..haha.. Masak benda biasa2 yang aku kalau tak makan pon tak heran gitu. Tapi jangan pulak korang ingat aku ni diet beria mcm atkins tu. Aku cuma jaga makan je. Portion dikurangkan. Takleh nak strict sgt sbb Ryan masih menyusu lagi. Kiranya penurunan pon slow yang amat. Nak turunkan sekilo tu makan 2-3minggu jugaklah..huhuhuhu. Target aku nak turunkan dalam 8 kilo lagi... Setakat ni berat yang berjaya diturunkan selepas bersalin adalah 22kg.. Nampak macam banyakkan tp aku naik lagi banyak dari tu.. huwarghhhh nangis..

Ryan skrg dah masuk 5 bulan. Bulan depan dah nak start makan... Skrg ni die masih adjusting lagi kat taska. Pengasuh kat taska cakap die tak nak minum susu. Pelik jugak sbb kalo kat rumah kadang2 aku bagi jugak susu botol, elok je die minum. Entahlah, lama2 nanti okaylah tu. Be positive. hehe. Semalam die cucuk 5 bulan. Aku tak pergi. Husband je pergi bawa die ke klinik. Lawak bila husband citer tengah2 ketawa sekali kena cucuk terus meraung..hahaha. Berat pun naik sikit jadi 7 kg. Okaylah tu sbb sehari sblm tu die kena berak2. Takut jugak kalo berat dia tak naik.

Tak nak ketinggalan dgn Snow apps..haha comel tak watermelon sorang ni? hihi

Huwarghhhhhh..hehehe

Okaylah tu je nak citer...Nanti2 ada masa aku update lagi walaupon citer nan hado je..hahaha..

Daaaaaaa....

Wednesday, August 10, 2016

Another event with Sultan

Assalamualaikum..

Rajin pulak aku hapdet blog ye? Tersampuk ke hapa? hahaha.. Kebetulan bos aku takde ni.. Cepat2ler citer.. hehe. Semalam ada lagi event dgn Sultan tp kali ni kat rumah duta. DYMM Sultan Nazrin datang dgn wife die Tuanku Zara. Cantik dan comel je. Event ni pasal apa, tak payahlah aku citer ye. Malas pulak..hahaha.

Sebelum event ni mmg mcm2 hal. Penat dibuatnya. Boleh pulak hari Isnin tu aku mc sbb demam. Mmg agak kelam kelibut gaklah tp nak buat camne. Akupun cuti dok umah tgn dgn handphone je main wasap dgn budak opis. Aku uruskan makanan tu yang sibuk contact orang tu orang ni. Nasib baik demam kebah kalo tak lagi haru..huhu

Di hari kejadian, dah kata aku jaga makanan so mmg aku duduk belakang jelah. Xde can nak nyambut Sultan dgn Sultanah kat depan. Dpt tgk dari blkg je. Lepas tu diorang masuk bilik dining utk makan VVIP. Aku uruskan makan utk guest lain. Tak campur yang VVIP punya. So masa Sultan dah nak balik, aku ckplah dgn ofismate aku, aku nak tgk Sultan. Aku ajaklah dia keluar ke depan ikut pintu tepi. So aku katalah, kita diri kat sini je sbb taklah dekat sangat dgn hallway nak keluar tu.  Tapi yang kelakarnya, kami langsung tak tahu yang Sultan akan tulis buku visitor yang kat depan kami tu. Bila Sultan keluar die terus arah ke kami dan duduk untuk menulis. Terkejut weh. Yang duta pulak pandang kami pelik. Apsal lak minah dua ketul ni diri kat sini? hahaha. Dek kerana berdiri kat situ, maka secara tidak sengaja aku masuk dalam gambar.. HAHAHAHA gelak besar weh sbb bos2 akupun ketawa kami boleh ada kat situ dan masuk dalam gambar..

Sultan Nazrin sedang menulis ucapan di buku pelawat. 

Minah takde kena mengena menyibuk di situ..

Tak kesahlah yang penting aku ado. ko ado? Hahaha

Dan lagi...

Lagi...

Eh eh terselit jugak..hahaha takleh blah betul. 

Gambar VVIP of the day.. Cantikkan Tuanku Zara.

Okay itu jelah nak citer. Alhamdulillah berpeluang jugak nak jumpa DYMM Sultan Nazrin yang hensem dan Tuanku Zara yang cantik. Another kenangan manis.

Lepas ni ada lagi 2 event tp takdelah VVIP sangat cuma yang tak bestnya bos dah ckp event bulan 10 aku jadi MC lagi.. er krik krik krik krik...

Daaaaaaa..

p/s: Anniversary dok umah mkn ubat.. Bestnye!

Monday, August 8, 2016

Bon Odori with the Sultan

Asslamualaikum...

Eh eh semangat waja ke apa ni? Isnin dah update blog dah? hehehe sila jangan kagum sgt. Ni autopublish je.. hahaha.

Sapa kat sini tahu pasal Bon Odori? Event yearly yang menari2 orang Jepun tu. Ramai weh orang dtg. Gerai jualan pun banyak. Semuanya barang Jepun. Aku ni dah lama giler tak pergi Bon Odori. Last pergi pon masa 2004 masa tahun pertama aku kat UM. Selalunya ada je benda lain clash dgn Bon Odori. Aku suka pergi Bon Odori sbb suka nak join menari tu.. Syok wooo.. Bon Odori ni event sehari selepas aku jadi MC dgn follow Tan Sri Azman.

Tahun ni tak memasal aku diarahkan untuk bekerja masa Bon Odori ni. Ini kerana DYMM Sultan Selangor akan datang this event so boss suruh aku jaga VIP. Err motif? hehe. Tapi dah bos suruh so terpaksa gak ah pergi. Okay jugak sbb dah lama giler tak join Bon Odori. Cuma kali ni pergi untuk kerja so takle mengharap dapat join menari sekali.. Jadi apakah tugas aku? Basically aku kena jadi dulang girl.. hahaha pegang dulang untuk pas baju pada Sultan, pas drum stick dgn receive memento. Nmpk mcm simple je tp 2-3 kali jugak reherseal tau. Dahler tu Sultan sampai pukul 8.15 tp standby je dari pukul 7.45. huhuhu..


Sementara standby marilah selfie dulu. My partner in crime. Sesama dulang girl.. hehe

Suasana ditempat kejadian. Ramai yang dtg pakai Yukata lagi2 bebudak kecik. Comel je tgk.


Well inilah peranan aku.. Jadi dulang girl. Tak kesahlah yang penting dpt berdiri sebelah DYMM Sultan. Ko ingat sesuka hati je boleh berdiri sebelah dia. Pengawal je dah ramai. Tapi since aku pakai tag 'Embassy' so aku dpt All access..hahaha.

DYMM Sultan mengetuk drum bersama duta.

Penyerahan cenderamata..

Yay habis dah peranan aku.. 

Lepas je habis part aku yang diorang pon ckp part nilah paling crucial utk kitorang hari tu, aku tanya bos boleh gi menari tak? Bos kata okay so apalagi cargaslah aku dgn lagi 3 orang termasuk sorang pegawai masuk padang menari..hahaha. Best wooo tapi panas kot. Apa gila menari tengah padang pakai baju kurung? hahaha. Tapi kitorang layankan je..haha

Since ni event under kerajaan selangor, jangan haraplah media melayu nak cover so dpt masuk sokkabor Cina pun jadilah..hehehe. 

Well memang minggu yang memenatkan tetapi memori yang manis untuk aku. In Sha Allah, esok ada event  dgn Sultan Perak pula.. Harap event berjalan lancar..

Daaaaaaaaa...

p/s: 1.Sekarang mulut kena latih sebut 'dato, datin, tan sri, puan sri' in stead of encik dan puan. Haih selalu tersasul nak panggil encik je.. huhuhu
2. Today is my 8th Anniversary...Alhamdulillah.

Wednesday, August 3, 2016

I followww

Assalamualaikum..

Mohler sambung citer.. Aku ni tgh xde mood nak buat keje walaupun meja dah penuh dgn kertas nak siapkan kerja.. Tapi dah kate takde mood buat benda lain dululah.. hehe. Citer raya dah stop takat tu je kot.. hahaha.. Tengokler kalo rajin aku up ler barang seentry dua..

Petang lepas kejadian jadi MC tu, aku ada special order daripada bos aku iaitu follow je.. Sebab tu tajuk entry pon I follow. Sebenarnya ada special project dgn Tan Sri Azman Hashim, Ambank punya Chairman tu. Ada TV crew dari Jepun yang akan shoot dokumentari pasal dia. Since bos kena pergi jumpa Tun Mahathir petang tu, die suruh aku dgn another officer follow tv crew tu... So follow jelah.

Malam sebelumnya dah buat sikit dah shooting pasal Tan Sri kat rumah Ambassador so kali ni untuk die tunjuk life die la. Mula2 pergi ofis die kat bangunan Ambank kat Raja Chulan tu.. Tapi kitorang sampai lmbat sbb hujan lebat giler dgn jemnya. Walaupon jarak dekat dari ofis tp tetap lambat. hahaha. So masa kami sampai tu dah nak habis shooting kat ofis.. Seriously ofis die cantik giler kot. Besar hoiii...

Tan Sri Azman. Masa ni berhenti kejap kat Menara Ambank kat Yap Kwan Seng. Pastu terus die bawa ke rumah die..Rumah diepun besar. Ala2 traditional gitu. Nampak kawasan mcm kecik tapi rupanya sampai bawah bukit tupun die punya.. hahaha. Kiri kanan depan blkg sume anak beranak die je.. 

Sempat selfie depan rumah Tan Sri..

Masa sampai kat rumah die, terus nampak Ferrari dgn Lamborghini depan rumah so aku dgn tanpa segan silu ckplah nak amik gambar dgn keta die. Ingatkan die nak bawak gi depan rumah tu rupanya kat bawah bukit tu ada garaj kete. Bersusun woiii kete die. Ferrari je entah bape bijik.. Agaknya die beli Ferrari mcm beli Myvi kot.. hahaha. 

Antara yang sempat melaram.. 

Ni pun Ferrari gak tapi yang kat depan rumah tu yang paling latestlah. 

Masa kat rumah tu ada Puan Sri dgn Mizznina so sempatlah ajak diorang bergambar. Seriusly Mizznina tu kecik je weh. Dlm gmbr mcm gemuk sbb org pon kata die berisi tp kecik je aku tgk. Dahler tu baik je.. Mesra je buat mcm kengkawan.. I like you.. hehehe..

Lepas shooting kat rumah, pergi rumah parents Tan sri pulak tp kat situ mcm singgah je. Lepas tu terus ke Sheraton KL untuk family gathering dan jamuan raya. Aku bukan family tp tetibe je menyelit. hehehe 

Fruit crumble die sumpah sedap giler..... Terbayang2 sgt...

Lepas makan, akupun beransur pulang. Nak jugak tgk outcome die mcmana.. Hopefully berhasillah project ni.. Projek jejak kasih..hihihi..

Okay itu je nak citer... Esoknya ada lagi event..Nnti kite citer ye..

Daaaaaaa...

p/s: Macam mana nk bercakap dgn Sultan hah?

Thursday, July 28, 2016

Pertama kalinya menjadi....

..Master of Ceremony..

Assalamualaikum...

Fuh fuh fuh sapu habuk jap.. hehe. Dah lepas dah minggu yang super busy. Minggu ni dah kembali bernafas sikit tp akan start balik sibuk untuk next event dgn VVIP. Dah nak lunch ni aku nak amik masa sikit nk update cerita kat blog. Rindu kat korang semua. Aku ni sempat singgah acah2 gitu je. Dapatler jugak tau perkembangan korang. Tapi bos aku tu selalu cek komputer aku tau. Asal die dtg je die tgk skrin aku tayang apa. So sebab tu acah2 je sbb bile die dtg aku minimize dan buat keje semula.. hahaha

Berbalik kepada tajuk entry hari ni, pertama kali aku dipaksa menjadi Master of Ceremony atau lebih senang dipanggil MC. Aku tak nak sebenarnya tp diorang sungguh2 suruh jugak sbb katanya lebih sesuai since event tu kat UM, tempat aku study pastu moderator pon lecturer aku jugak bla bla bla.. Yelah aku akhirnya dgn terpaksa rela jadilah MC.

Event yang aku kena jadi MC ni adalah special lecture dgn panel discussion pasal Nuklear weapon. Mayor of Hiroshima City dtg Malaysia dan bagi lecture pasal ni. Jemputan lebih kurang 200 orang. VIP agak ramai jugak hari tu. Tan sri itu tan sri ini, anak raja pon ada..Seram tau tak..Press pon ramai. Siap ada TV3 sekali..


Muka pagi2 ada senyum sbb masa ni orang tak dtg lagi.. Gigih tau bangun pukul 5 sbb nak bersiap make up bagai (mekap sendiri je). Dahler kena gerak ke UM pukul 8 pagi. Ko taulah KL ni jem mcm mana.. huhuhu. 

Muka dah makin cuak sbb VIP dah ramai yang sampai.. Debor weh.. hahaha. 

Dengan lafaz Bismillah.. akupun mulakan dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. Fuh lega weh. Tapi gambar ni tipu je sbb masa ni dah habis event. Takde sape nak snap gambar aku masa jadi MC sbb geng2 aku sume kena jaga registration.. huhuhu. 

Muka lega sangat sbb event dah selesai.. Boleh makan dgn tenang. Lapar woiii. 


Mengambil kesempatan lepas semua orang balik konon kitorang pulak jadi panelist.. hahaha

Amboi gembira nampak.. hehe

Mereka2 yang bertungkus lumus di belakang tabir..Yang satu ofis dgn aku yg dua orang paling kanan tu. yang lain UM punya staff. 

Lepas habis event ni petang tu aku ada event lain nak follow (kalo rajin aku citer). So memang aku sampai rumah malam tau. Giler penat. Kuar rumah pagi2 buta pastu malam baru balik.. Sampai kat rumah husband bagitau berita pasal event pagi tadi masuk tv3 tp muka aku takdepun.. huhuhu. Tapi sbb aku sendiri nak tgk berita tu senang nak citer kalo officer tanya, so akupun bukaklah website tonton.. eh eh eh adelah aku walaupun dari jauh je.. Jadilahkan..hahaha

Siap printscreen..hahaha. Ni mesti ehsan abang kameraman ni sbb aku ckp kat die aku nak masuk tv..kahkahkah. Walaupon cuma figure je nampak tp cukuplah utk aku kenang sbgi kenangan manis aku...

Overall, semua officer ckp i did well as MC and boleh jadi lagi. Tapi aku awal2 dah ckp ni first and last. hehehe.

Well ada lagi yang best terjadi dlm minggu tu tapi yang tu tungguuuuuuuu....

Daaaaaaa..

p/s:Last week ryan kat kampung. Esok aku balik kampung amik die. Next week die masuk taska..

Thursday, July 14, 2016

1 Syawal...#teampurple

Assalamualaikum...

Ramainya dah update cerita raya.. Aku ni ntah dpt ke tak citer raya yg berhari2 tu. Busy manjang. Inipun naik keje busy. Dah dua hari ni balik lmbt weh. Just a quick updatelah ye sementara bos xde ni..

Tahun ni aku punya tema purple. Xde plan pun tp masa cari baju raya warna purple ni yang ada stok baju setiap saiz so beli purple jelah.. hehehe. Tahun ni turn raya kampung husband kat Kuala Terengganu. Sehari sblm raya kami gerak ke sana. Malam raya langsung xtolong mak mertua masak sbb ade si kecik yg asik nk ngempeng je tu dgn aku2 sekali tido.. hahaha. tapi takpelah, rumah tok tu ramai.. hehe. Alasan nak ngelat. Raya ketiga pagi2 balik segamat pulak umah mak aku...

Gambar raya langsung xde yang perfect. Kasyah asik buat muka je... Nyampah tau. So ini jelah yang ada.. hehe

Jadilah kan daripada takde... 

Raya pertama pagi lepak2 je tunggu mak2 sedara dtg. Pastu ptg kami raya rumah mak sedara pulak. tiga rumah je sbb lepas tu ribut. Hari2 petang hujan ribut kat sana. Tahun ni aku makan agak terkawal sbb masih on going diet lg. Tapi terkawal pun naik gak sekilo.. hahaha. 

Okaylah.. ade masa aku update lg... Susah nak ngadap blog skrg sbb keje menimbun... Minggu depan lagilah... meeting, event sana event sini... penat!

Daaaaaaa..

p/s: Hari raya ni langsung xbergambar masa beraya. So gambar pagi raya je yg adapun..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...