Tuesday, August 30, 2016

Anggur RM120?

Assalamualaikum..

Berbekalkan sedikit kerajinan dan masa yang ada, maka hari ni aku update blog.. yayy.. hahaha. Bongoks je. Dah dah tak yah nak bebel lebih2, fokus kat citer hari ni pasal anggur.

Last week hari Jumaat, bos suruh aku pergi event kat residence. Aku ingat kena kerjalah sbb event kat rumah duta kan tapi bila sampai je bos kata aku jadi tetamu je. eh ini sudah bagus. So akupun buat2 ler macam tetamu sampaikan butler residence jeles dgn aku. hahaha. Yelah selalunya kalo dtg sana mmg kena keja tp kali ni tak memang ler die dengki dgn aku..hehe. Event ni untuk memperkenalkan Yamanashi Prefecture. Antara yang femes kat Yamanashi ni adalah wine, anggur dan peach. Wine mmg aku takleh nak minumlah kan so kita makan buah je. Peach die tersangatlah sedap.. Korang pernah makan peach tak? Kat Malaysia mmg takde tp kalo pergi pasaraya besar mcm Isetan ke Jaya Grocer ke ada rasanya. Harga diepun agak2 fikir dua tiga kali jugaklah nak beli. Sebiji je dah berpuluh..huhu. Gambar peach aku tak amik sbb peach tu die dah siap potong2.

Ini anggur dari Yamanashi. Buahnya besar2 kalo ngap mmg juicy pastu manis. Tanpa biji. Sedap sangat. Tapikan yang sblm ni punya anggur dari Okayama lagi sedap dan lagi besar. Boleh bayangkan tak kalo yang ni dah sedap yang sblm ni punya sedap mcm mana? Makan pun boleh pitam kesedapan weh.. (nmpk tak poyo kat situ.. ;p)

Anggur ni diorang ada jual kat Isetan tapi tak tahulah sampai bila. Satu gugus macam ni harga Rm120.. Sebij Rm4 kot. hahaha. Kan aku kata pikir banyak kali kalo nak beli. Kitorang mmg pulun makan sbb fikir harga die mahal so bukan boleh beli pun..hahaha

Yang ni pulak tart anggur. Sedap. Manis die dtg dari buah anggur tu. 

Disebabkan aku dtg sbgi tetamu maka bos aku paksa aku amik gmbr dgn samurai dan Miss Yamanashi ni. Die menang ratu cantik kat sana.. Nampak terlebih happy pulak ai di situ.. hehe. 

Dapatlh bawa balik 6 biji anggur bg anak rasa. sblm ni aku dpt sebiji peach aku bw balik kampung bg family rasa sbb mak abah akupun tak pernah mkn peach. Tgk live pon tak pernah tau. Jadilahkan walau dpt rasa sikit tp at least pernah gak merasa.. hehe.

Okaylah.. Daaaaa...

9 Magic Words:

adarnadzmie said...

wahhhh...sukanya dpt mkn anggur dan peach mahal... harga mak oiii...hehe

Zee Suhaini said...

pengsan bila tau harga..fuhhh

ct cheery said...

Mak oiii mahal nya....patut lah harga wine semua mahal...buah yg nak buat dia pun mahal huhu

Nabila Syifa said...

Mahainya anggur

Atie Yusof said...

Mak aiii harga rm120...hehe.. tapi macm berbaloi jugakkan sebab nampak besar2 buahnya tu...
Salam Aidil Adha buat anne & family :)

mun said...

mak aiii mahal nyer anggur.. ni kalau nak makan tu..mmg kena kasi fefeling abes tu...sbb mahaiii..hehehe

LYAfrina said...

fuhh..rege diah tuh!!!

wahida said...

aku tengok pun tahu kesedapan anggur tu weii...
part paling win bila aku tengok tart anggur tu...perghhhh...
sedapnya weiii...

untung ko nok, dapat rasa benda2 gini...
jelessss...

nini said...

Tu diaaaa.....kalau sedap berbaloi ngan harga x pa la...tapi kan kalau syok makan tu...tetiba org gtau harga...mau teesedak...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...