Wednesday, August 10, 2016

Another event with Sultan

Assalamualaikum..

Rajin pulak aku hapdet blog ye? Tersampuk ke hapa? hahaha.. Kebetulan bos aku takde ni.. Cepat2ler citer.. hehe. Semalam ada lagi event dgn Sultan tp kali ni kat rumah duta. DYMM Sultan Nazrin datang dgn wife die Tuanku Zara. Cantik dan comel je. Event ni pasal apa, tak payahlah aku citer ye. Malas pulak..hahaha.

Sebelum event ni mmg mcm2 hal. Penat dibuatnya. Boleh pulak hari Isnin tu aku mc sbb demam. Mmg agak kelam kelibut gaklah tp nak buat camne. Akupun cuti dok umah tgn dgn handphone je main wasap dgn budak opis. Aku uruskan makanan tu yang sibuk contact orang tu orang ni. Nasib baik demam kebah kalo tak lagi haru..huhu

Di hari kejadian, dah kata aku jaga makanan so mmg aku duduk belakang jelah. Xde can nak nyambut Sultan dgn Sultanah kat depan. Dpt tgk dari blkg je. Lepas tu diorang masuk bilik dining utk makan VVIP. Aku uruskan makan utk guest lain. Tak campur yang VVIP punya. So masa Sultan dah nak balik, aku ckplah dgn ofismate aku, aku nak tgk Sultan. Aku ajaklah dia keluar ke depan ikut pintu tepi. So aku katalah, kita diri kat sini je sbb taklah dekat sangat dgn hallway nak keluar tu.  Tapi yang kelakarnya, kami langsung tak tahu yang Sultan akan tulis buku visitor yang kat depan kami tu. Bila Sultan keluar die terus arah ke kami dan duduk untuk menulis. Terkejut weh. Yang duta pulak pandang kami pelik. Apsal lak minah dua ketul ni diri kat sini? hahaha. Dek kerana berdiri kat situ, maka secara tidak sengaja aku masuk dalam gambar.. HAHAHAHA gelak besar weh sbb bos2 akupun ketawa kami boleh ada kat situ dan masuk dalam gambar..

Sultan Nazrin sedang menulis ucapan di buku pelawat. 

Minah takde kena mengena menyibuk di situ..

Tak kesahlah yang penting aku ado. ko ado? Hahaha

Dan lagi...

Lagi...

Eh eh terselit jugak..hahaha takleh blah betul. 

Gambar VVIP of the day.. Cantikkan Tuanku Zara.

Okay itu jelah nak citer. Alhamdulillah berpeluang jugak nak jumpa DYMM Sultan Nazrin yang hensem dan Tuanku Zara yang cantik. Another kenangan manis.

Lepas ni ada lagi 2 event tp takdelah VVIP sangat cuma yang tak bestnya bos dah ckp event bulan 10 aku jadi MC lagi.. er krik krik krik krik...

Daaaaaaa..

p/s: Anniversary dok umah mkn ubat.. Bestnye!

6 Magic Words:

At-Tarmizi said...

wah dapat jumpa sultan =)

Qhaifa Nur said...

Terujanya kalau dpt jumpa tuanku zara...

wahida said...

hahahaha...sana sini ada muka ko nok..untunglaaaaa...

tuanku zara tu mmg cantik kan...nazrin pun dah la hensem...

LYAfrina said...

woww..bkn calang2 org leh jumpa ni..

sultan & permaisuri zara ni mmg sgt2 sepadan..hensem+cantik sgt

lizz said...

Salam dah lama tak bertandang kesini...mai2 nanpak pwincess yg jelita..bertuah la yer...

ct cheery said...

Hoioi... best nya ...leh bertemu muka ngan sultan tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...