Thursday, January 14, 2016

Salam tahun baru & susu pisang

Assalamualaikum...

Berminggu2 korang hadap entry selamat bercuti tu. Yang bercuti pon dah selamat bekerja dah.. hehehe.. Alah awal2 minggu kerja haritu menimbun paper nak kena baca. Sampai muak nak baca paper. Pastu minggu ni dah lega sikit tp tak rajin pulak.. Gambar aku dah suruh husband transfer tp hari2pun aku lupa nak bawa.. Biasalah banyak lagi benda nak kena fikir dan buat. Sejak Kasyah dah masuk pra sekolah dgn kafa ni tiap2 malam aku teman die buat kerja sekolah kalo ada. Die kalo tak diajak buat keje mmg malas. Sama sgt perangai dgn aku yg malas buat keje sekolah.. hahaha.

So far okaylah nak jugak die bangun pagi pergi sekolah. Cuma hari kedua tu dah start buat perangai xnak gi kafa. Esoknya buat perangai xnak gi sekolah pra pulak. Janji nak belikan mainan kat Toy r us baru diam. Huhuhu kopak mama. Minggu ni dah okay dah. Alhamdulillah. Mintak2 okay sampai hujung tahun.

Dah beberapa minggu ngidam nak minum susu pisang ni.. Puas gak cari last2 jumpa kat Jaya Grocer Bangi Gateway tu.. Lepas ngidam. Minum sejuk2 syahdu betul. Tapi takleh beli selalu. Mahal kot (-_____-).

Okaylah buat masa ni. Actually banyak benda aku nak citer. In sha Allah ada masa dan kerajinan aku share ye. Korang doalah vitamin rajin aku mai lepas ni.. hehehe

Daaaaaaaaaa...

p/s:Hari2 kena masak sbb Kasyah balik sekolah je lapar. Pastu makan mcm orang kebulur tak makan 2 hari.. hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...