Monday, February 29, 2016

Tak sabar

Assalamualaikum...

Weekend lepas 4 orang yang aku kenal selamat bersalin... sepupu aku, sepupu husband, dan 2 kawan sekolah aku. Sorang bersalin 26hb lagi 3 bersalin 27hb. Pastu semua dapat anak pompuan... eh eh ni apsal semua pompuan ni? Aku je yg bakal dpt lelaki. Habislah berebutlah masing2 dgn anak aku nanti.. hahahahaha.... Bestfriend aku yang pregnant jugak tu pun bakal dpt anak pompuan.. Memang jadi jejaka rebutan Malaya lah anak aku nanti.. hehehe.

Aku beza dengan sepupu aku 3 minggu je. Adakah ini bermakna aku akan bersalin lagi 3 minggu? Sepupu aku bersalin masa 38 minggu. Aku pulak skrg ni dah 35 minggu. Neves gak ah tp pada masa yang sama tak sabar dah nak bersalin. Nak jumpa si kecik ni. Semalam aku gigihlah siapkan bag hospital untuk aku dgn baby. So buat masa ni dah complete dah tp tak letak lagi dlm kete. Barang berpantang pon aku try completekan dlm minggu ni. Lepas tu dah boleh bersalin dgn aman.. Eh ade ke orang bersalin dgn aman? hehehe.

Weekend ni nak balik kampung nak hntr kabinet ikea yg mak aku beli. Hajat besar nak beli perabot ikea tp ko taulah abang aku bawa Kelisa je kot.. Dah tu sape yg kena hangkut kabinet rak sume tu? Hakak jugak.. hehehe.

Itu jelah kot nak citer.. Hari ni besday kawan sekolah aku. Kesian die sambut 4 thn sekali je. Aku ingat masa darjah 6 wish besday kat die sbb masa tu ade thn lompat.. Siap belikan hadiah kot... hehehe..

Daaaaaaaaa...

p/s: Doakan baby aku cepat2 kuar. Tak larat asyik nak ngulang cek up kat klinik padahal yg lebihnya buang masa menunggu. Rugi cuti aku rugi masa aku... nyampah.

Friday, February 26, 2016

Motivasi oh motivasi

Assalamualaikum...

Oh aku perlukan motivasi untuk terus bekerja.. Cerita die macam ni..

Semalam aku cuti sbb ada check up. So hari ni dtg kerja mcm biasa. Alih2 pagi2 ofismate aku bgtau berita tak berapa best iaitu aku akan dpt job baru. Well cuba untuk fikir positif je. Dalam pukul 9 gitu one of officer ofis aku panggil ajak one to one meeting. So diepun bagtau ade rombakan untuk department aku since big bos pon dah tukar orang baru. Aku dilantik jadi assistant kepada big boss. Ermm krik krik jugak pd mulanya tp since ofismate aku dah bgtau awal2 tadi so dah boleh hadamlah. Selain jadi assistant big bos, aku kena juga buat kerja lain2. Senang citer kerja aku akan bertambah dari yg ada skrg which is mainly education plus big boss plus compiling department aku punya all invitation letter, selain school visit bla bla bla.. Well aku accept jelah. aku bajet mcm dinaikkan pangkat jugak. Yelah alih2 kena jaga big bos pulak kan. Tak ke naik pangkat tu.

TAPIIIIIIIIIIIII.......

Akupun tanyalah pasal gaji. Yelah kalo dah tambah kerja dgn naik pangkat lagi, takkan tak naik gaji pulak ye tak? Boleh pulak die kata tahun ni aku tak naik gaji. Apakah????????????? Tahun depan mungkin.. Errr bukan ke kalo ko nak menambahkan kerja aku ko kena naikkan gaji aku jugak???? Apa kes gaji tak naik pulak? Pastu officer tu bgtau aku sbb aku cuma buat keja aku je. Tak buat keje lebih. Eh, mana ko tau? Sah2 ko baru masuk ujung thn lepas. Mana ko tau aku tak buat keje lain? Patut ke die ckp mcm tu? Abis tu kalo keje receptionist mmg sampi 20thn lah xdpt naik gaji sbb keje die jwb tepon je. xbuat keje lain. Dah tu keje die, itulah yg die buat. Bukannya tak buat keje. Hadoiiiiiiiii... Stress aku mikir weh.

Korang rasa patut ke tak patut naik pangkat tp xnaik gaji???? Patut ke lepas setahun baru naik gaji aku tu?

p/s: entry ni aku buat semalam tp baru hari ni dpt habiskan...

Tuesday, February 23, 2016

Masak-masak makan-makan #15

Assalamualaikum...

Tenggelam timbul mak buyung ni.. Kejap ada kejap takde. Kejap rajin kejap malas.. eh silap kejap rajin asik malas.. hehehe. Hari ni dok belek2 blod ni rasa mcm sedih pulak. sedih sbb sendu dah.. hahaha. So scroll2 gambar dlm henpon, ada gamba makanan. pon boleh jadikan modal ye dak? Dua tiga menjak sejak Kasyah dah sekolah ni mmg most of the day aku masak. Yelah tengahari husband akan amik Kasyah balik dari sekolah and then balik rumah untuk makan dan mandi sblm gi KAFA. So kenalah ada lauk nak makan tghari. Makanya setiap hari balik keje aku akan masak sekali untuk makan tghari esoknya. Walaupun badan dah membadak tp demi kelangsungan hidup di kota (eh!) aku gagahkan diri jua..Lepas masak mesti baring sbb kaki sakit..hehe. Tapi takler hari2 amik gambar sbb masaknya sama je pun mcm orang lain. Moh ler tgk.

Sambal daging. Lama dah ni. Tahun lepas rasanya. Masak kat kampung. 

Ni pun ujung thn lepas masa anak2 cuti sekolah. Teringin beno nak makan mee kari kat Orchard IOI City Mall. Tapi nape macam dah lain ek?

Buah delima untuk mak buyung. Sebiji RM7.. Tapi series merah isi die. Kasyah suka giler. 

Char Kue Tiow Mali's. Lama giler kot tak makan. Lebih 5-6 thn rasanya. Ni pun kebetulan aku ada Education Fair kat KLCC. Balik tu husband amik die ajak jalan2. Pergilah ke Tasik Titiwangsa mengimbau kenangan. Dah alang2 kat area sana, teruslah ke Mali's. Saja2 suka2 nak pergi mmg tak ah sbb jauh kot. 

AEON Big akan ada pasar ahad setiap minggu pukul 10 sampai 2 ptg. So adalah brg basah yg dipromosikan. Udang harimau ni tak sampai RM30 sekilo. Haruslah rembat.  Buat masak lemak cili api. Sedap woooo...

Cuti CNY. Entah saka rajin mana masuk dlm badan, gigih aku buat biskut dahlia.. Buat sorang2 pulak tu. Tapi buat kat kampung ah sbb oven aku mmg ade kat kampung. Dapatlah 3 tray. 1 tray Kasyah habiskan on the spot.. huhuhu nangis... Oh ya, selain biskut ni, aku baking 2 ketul brownies jugak... Perghhh sedapnya. 

Bawal sambal bertomato.... Ermm yum yum yum je. kunyah2 barulah putih...Eh!

Sup tulang sedap. Dulu dah pernah buat sekali. Lepas tu teringin lagi nak makan. Belilah tulang sekilo. Ah sedapnya.. Makan pulak dgn sambal kicap...Nangis tepi meja sbb sedap sgt. 

Ayam masal bali viral. Dulu dlm 5 thn lepas pernah buat dah tp masa tu tak viral. Kali ni dah viral buat lagi.. hehe. 

Itu jelah yang ada. Jadilahkan asalkan ade jugak berupdate blog aku ni...

p/s: 34 minggu. perasan hari sabtu haritu perut dah turun sikit.. Adui nebes.. hehe

Wednesday, February 3, 2016

Sembang-sembang je ye...

Assalamualaikum...

Ayoyoyoyoyooooooo ape ke malas sangat aku nak update blog skrg ni? Cerita pergi JB bulan 10 tahun lepas pon tak update lg... hadoilaaa... Gitulahkan kalo badan dah mengembang dengan jayanya. Mood malas pon mengembanglah jugak. Hari ni kite sembang2 jelah ye.

Minggu ni aku dah masuk 31 minggu dah. Minggu depan dah 8 bulan beb.. Huhu seriau.. Barang2 baby 90% dah complete. Tak banyak pon beli barang baru kecuali baju sbb baju lama Kasyah dgn Suci yg New Born aku dah sedekah kat orang. Tinggal baju cantik2 buat jalan je yang ada. Itupun lambat lagi baru boleh pakai. So belilah sikit baju untuk baby pakai harian. Tak banyak pon beli sbb lepas pantang nanti dah puasa. So shopping lagi untuk baju raya pulak.. hehehe. Beg sepital pon aku tak prepare lagi. Skrg ni tengah kumpul nak completekan brg. puas jugak aku selongkar stor, almari sume nak cari brg2 yang diperlukan. Aku mula2 dah risau sbb aku tak jumpa bengkung. Yang aku ingat aku tak bawa balik bengkung tu. Aku tinggal kat kampung. Soh mak aku cari tp die pulak kate takde. Ah sudah, nak kena beli lain ke? Aku malas nak membazir zaman2 ekonomi gawat. Sib baik abang aku tolong cari dan jumpa bengkung tu dok elok je dlm almari baju aku kt kampung. Hampeh tau mak aku. Die cari pakai mulut memanglah tak jumpa.. hahaha.

Kali ni aku tak plan nak pakai set bersalin lengkap. Base pengalaman sblm ni yg mana aku tak fully utilise sume barang tu, so aku decide untuk beli 2-3 barang je. Phytonatal dgn minyak herbanika NR je aku beli. Pastu utk mandian aku nak guna mandian herba TYT. Untuk krim panas, aku guna losyen mustajab. Pastu since skrg ni aku minum ephyra so aku akan teruskan ephyra sampai pantang. Susu kambing pon aku minum jugak. So itu je kot utk set berpantang aku selain makanan2 pantang yg akan dimasak oleh mak aku..

Hujung bulan 2 ni nak beli tilam baby pulak sbb tilan baby dah lembik dah. Aku beli masa Kasyah pastu Suci pon pakai jugak so nak pakai lagi dah tak sesuai dah. Belilah yang baru. Ingat nk beli kat GM Klang yang kekabu tebal tu. Tapikan dalam pada beli sikit2 pon beratus gak habih. Mahallah barang baby skrg. Amik 2-3 barang dah cecah Rm50. Amik itu ini alih2 bil kena Rm300-Rm400.. huhuhu.. Nangis tepi kedai tau.

Buat masa ni Alhamdulillah aku takde masalah kesihatan kecuali berat badan yang naik seminggu sekilo.. Ye kawan2 seminggu sekilo tau. Aku skrg ni dah naik berat 20kg. Ade lagi 9 minggu ni. Ko rase? Nangis pulak tepi tandas.. huhuhuhu. Kali ni berat naik lagi menggila dari pregnant Kasyah dgn Suci. Faktor usialah ni metabolisme dah kurang so berat pun senang sgt nak naik walaupun makan taklah pelahap sgt. Sedih ai tgk diri ini di cermin. Penat tau nak kuruskan badan ni...

Ermmmm apa lagi nak cerita ek? Tu jelah kot untuk hari ni... Nanti ada masa aku update lagi..

Daaaaaaaaa...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...