Wednesday, May 17, 2017

Alasan yang sama

Assalamualaikum...

Aih lamanya tak update blog. Ingatkan boleh nak update citer2 pergi Jepun tapi nan hado. Alasan tetap sama. Busy tau.. Banyak benda berlaku especially pasal kerja. Bulan lepas paling giler sebab Putera Mahkota Jepun datang. Aku memang terlibatlah dgn visit die tu. 5 hari tak balik rumah dok berkampung kat hotel. Kesian kat anak2 sbb rindu kat aku. Dahlah masa putera visit tu including weekend.. huhu. Bayangkan betapa sibuknya nak menyambut die dtg. Bulan lepas aku rasa 5 hari je kot aku balik on time. Yang lain sume balik lambat.

Dah ler pada masa sama aku punya scholarship tengah open. Dengan nak handle call enquiries bagai tu.. Hoh sangat menguji kesabaran.. Skrg ni aku nak prepare untuk written exam pulak. -_-

Jadinya, sorry ler memang terabai sangat blog aku ni. Nak mula balik berblog dgn pelbagai cerita tu mmg ler payah weh. Nak kena ada mood. Ni pun sebab ada masa sikit walaupun kejap2 kang bos aku masuk cari aku..

Oh ya masa putera datang haritu, aku berpeluang pergi ke Istana Negara sbb YDP Agong ajak putera ke Banquet.. Kagum giler kot dpt masuk istana. Dah ler besar, cantik pulak tu.. Jakun lah senang citer. Pengalaman yang tak akan dilupakan.

Ni aku tak sure bila lagi ada masa nak update blog. Akupun tak tau ade lagi ke orang dtg blog aku. Aku masih je tgk2 blog orang tp tulah tgk utk release stress tgh buat keje. Jadi sorry jugak kalo aku tak tinggal jejak. Aku memang mengikuti je cerita2 korang. I follow u know.

Okaylah, aku nak sambung buat keje. Sebelum papa aku nak ucapkan Selamat Berpuasa buat semua yang membaca blog aku ni. Kalau nak buat ucapan raya terus mcm melampau pulak.. hahaha.

Daaaaaaaaaa...

1 Magic Words:

Love Razila said...

Hahaha...ingatkan I sorang je x muncul2 dlm blog rupanya ada kawalah.sep!!!
samalah, cerita tahun lepas banyak nak share tapi...x sompek ler nak berblog =(

nangis... awak sempat lagi blogwalking...i ni, harem... masuk opis ngadap kerja opis sampai patut kene jemput anak kat sekolah pon lupa. HAHAHA haru beb.

Selamat berpuasa Anne ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...