Wednesday, June 21, 2017

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah pon sampai ke penghujung puasa. Syukur pada Allah dapat sekali lagi menyambut puasa bersama keluarga tercinta. Tahun ni Kasyah mula belajar puasa. Setakat ini 3 hari je die ponteng. Alhamdulillah.

Sepanjang puasa tahun ni aku masih busy. Walaupun xperlu balik lambat tp preparation utk event masih berjalan seperti biasa. Penatnye lahai tp nak buat camne, keje kan. Doakan aku rajin update blog sbb banyak cerita nak share tp tulah, lepas raya ni berderet event dalam list smpailah ke hujung tahun. Lagipun, bulan 7 ni aku kena pergi outstation.

Okaylah, dikesempatan ini, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa ataupun tersilap kata sepanjang penulisan aku di sini. Kepada semua pengunjung dan pembaca blog aku, terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke sini walaupun blog dah jadi sendu sgt sbb ahkak busy uols. Aku harap hari raya kali ni akan menjadi raya yang penuh kegembiraan, keberkatan dan kesyukuran buat kita semua. Minta dijauhkan daripada segala kesedihan dan malapetaka. Kepada yang nak balik kampung, hati2. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Biar lambat asal selamat. Pesanan penaja ini dibawakan khas oleh.. eh! hahaha


*gambar berbuka puasa di Grand Millenium Hotel KL*

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

JUMPA LAGI LEPAS RAYA NANTI!


Aku akan mula bercuti hari jumaat hinggalah seminggu kemudian. Kepada yang bercuti jugak, selamat bercuti..

Daaaaaaaaaaa.....

p/s:Rindunya nak aktif mcm dulu2. Sehari 2-3 entry.. hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...