Friday, August 4, 2017

Trip to Japan - Tokyo


Assalamualaikum....

Allahu akhbar.. Busynya ngalahkan menteri.. haha. Serius aku tak banyak masa nak edit edit, pilih pilih gambar karang krang gambar mcm dulu. Tapi hari ni aku ade masa sbb bos aku takde pastu aku dah malas dah nak buat keje. Lagipun aku xleh proceed dgn keje aku skrg selagi xde approval. Sementara tengah free ni marilah citer sikit pasal trip aku pergi Jepun bulan 2 haritu. Ni baru first part. Next part ntah bila rajin.. hahaha

Actually aku pergi Jepun under program dari Kerajaan Jepun dipanggil JENESYS. Inipun bos aku yang suruh aku pergi sbb ofis kami mmg incharge pasal program ni tapi sorang pon xpernah pergi dan kami tak berapa tahu perjalanan program. So since aku tak pernah pergi Jepun dan masih dibawah umur 35, maka bos hantar aku pergi join. Aku pergi ikut team Tourism-Media. Kami pergi ke tempat2 tourist dan juga mendengar lecture tentang industri tourism di Jepun. Thanks bos sbb bagi aku pergi. Siap bagi duit poket lagi. 

Flight aku pada 27hb 2 pukul 10.50 malam. Delegasi dari Malaysia 20 orag kesemuanya. Kebanyakan terdiri dari media tapi ade jugak terselit orang dari bhgn sukan since kami bagi KBS uruskan untuk cari orang. 



Sebelum masuk ke imigresen area. Anak2 aku hantar kampung kecuali Kasyah sbb die sekolah. So Kasyah suami handle. So masa kat KLIA cuma husband dgn Kasyah jelah hantar aku. Nasib baik Kasyah memahami walaupun die cakap esok aku kena balik.. Yolah tu. 

Bye bye hubby.. sekali sekala berjauhan ni bagus tau. Baru rasa rindu. hehe

Kasyah excited pergi KLIA nk tgk aeroplane. Entah bila ade rezeki nk bawa anak2 naik kapal terbang. Skrg bajet tight sgt sbb sibuk nak masuk rumah baru. Duit mengalir mcm air.. huhuhu


Pukul 6 pagi waktu Jepun (5 pagi waktu Malaysia) akupun sampai ke bumi Jepun. Ya Allah excited giler weh. Rasa mcm tak percaya. 

Masa sampai pagi tu, settlekan urusan luggage, imigresen bagai kami kena tunggu dulu sblm boleh pergi ke hotel. Luggage tu kena declare ko bawa apa. Memacamlah tapi aku dah tak igt sgt.hahaha. Sementara tunggu bas, kitorang semua jakun ya amat dgn cuaca sejuk. Masa tu suhu 3'C je weh. Sejuk giler. Dahler tak pakai inner heattech lagi. Mulut pun kuar asap. haha jakun. Lebih kurang pukul 9 kot baru kitorang naik bas pergi ke hotel. Dari airport nak ke bas tu sejuk nak mampus. haha

Eh ni gambar kat KLIA sblm boarding. Antara wakil2 Malaysia.

Kami di bawa ke Hotel Emion Bay Tokyo kat Chiba. Bukan di tengah2 Tokyo tapi tak jauh dari Disneylang Tokyo. Hotel ni best. Mewah tapi 1 bilik 6 orang. Memang besar. Ini pemandangan dari bilik hotel. Kami diberi sarapan roti dan maggi cup jenama mamee..Aku tak makanpun mamee tu sbb igt ade lunch rupanya itulah lunch kitorang sbb kitorang bergerak untuk ke lokasi lecture pertama di Donbori Tower (Actually aku igt lupa nama tempat tu)

Kat sini kami berkumpul dengan negara2 Asia yang lain. Indonesia, India, Myanmar, Timor Leste dan banyak lagilah. Semua ni datang dgn sponsor dari Japanese Government. 

Delegate Malaysia


Bergambar jelah kejenya

Dan lagi...Agak lama jugak lecture ni. Perut dah lapar sbb tak makan tghari. Pukul 5 baru diorang bawa pergi makan kat restoren bawah bangunan tu. 

Hoii kebulur kot..

Makanan Jepun pertama di Tokyo. Nasib baik sedap tapi tak cukup sbb dah terlalu lapar. Balik tu aku top up dgn roti beli kat Family Mart. Bawah hotel tu ade Family Mart. 

Sementara tunggu bas nak balik hotel, selfie jap tepi jalan. Seronok tgk negara orang. Tapi sejuk toksah citer ah. Siap pakai glove tau. Beku tangan aku..

Balik hotel, diorang decide pergi Disneyland. Aku kena tinggal sbb aku pergi toilet. Hampeh bebudak ni. Bukan nak roger. Last2 aku ajak partner in crime aku kat sana si Alvin pergi naik train ke Disneyland. Jalan kaki 10 minit nak sampai train pastu naik train 1 stesen je. Kalo kat Malaysia harapanlah aku nak jalan kaki jauh2 gitu tp sbb kat sana sejuk xde rasa penat pon. 

Jalan2 kat kawasan shopping luar disyneyland. Sbb dah malam rugi kalo masuk so kami tgk2 kat luar je. 

Pintu masuk ke disneyland. Kat luar ni ade kedai souvenir Disneyland so boleh je nak beli brg disney. Aku belikan anak2 serba sikit. Mahal kot. Walaupun org kata jang convert tp xleh ah terconvert gak. Biskut sekotak dah puluh2 hengget.. huhu nangis.


Esoknya pagi2 dah bersiap utk ke second lecture di tempat sama mcm semalam. Tapi hari ni kami kena checkout sbb kami nak ke Kansai area pulak. 

Bersama panel yang memberi ceramah. Die pernah duduk dan mengajar kat Malaysia so English die bagus. 



Habis lecture kami terus naik bas ke Stesen keretapi Tokyo. Masa ni baru betul2 masuk bandar Tokyo. Best. Kami akan menaiki Shinkansen ataupun bullet train ke Kyoto. 


Bersama Shinkansen yang akan dinaiki.. Seriusly pengalaman naik shinkansen memang berbaloi2. sangat menepati masa. 

Okaylah nanti aku sambung lagi part kedua di Kansai area iaitu Kyoto, Shiga, Osaka dan Nara. Sehingga bertemu lagi,,

Daaaaaaaaaaaa



2 comments:

ct cheery said...

Wah..Bestnya baca pengalamn sis bercuti.gigih curi2 baca Kat ofis nih. Sambung cepat sis...heheh

LYAfrina said...

alhamdulillah..rezeki..
sambil2 kerja leh knl tmpat org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...