Friday, August 4, 2017

Trip to Japan - Tokyo


Assalamualaikum....

Allahu akhbar.. Busynya ngalahkan menteri.. haha. Serius aku tak banyak masa nak edit edit, pilih pilih gambar karang krang gambar mcm dulu. Tapi hari ni aku ade masa sbb bos aku takde pastu aku dah malas dah nak buat keje. Lagipun aku xleh proceed dgn keje aku skrg selagi xde approval. Sementara tengah free ni marilah citer sikit pasal trip aku pergi Jepun bulan 2 haritu. Ni baru first part. Next part ntah bila rajin.. hahaha

Actually aku pergi Jepun under program dari Kerajaan Jepun dipanggil JENESYS. Inipun bos aku yang suruh aku pergi sbb ofis kami mmg incharge pasal program ni tapi sorang pon xpernah pergi dan kami tak berapa tahu perjalanan program. So since aku tak pernah pergi Jepun dan masih dibawah umur 35, maka bos hantar aku pergi join. Aku pergi ikut team Tourism-Media. Kami pergi ke tempat2 tourist dan juga mendengar lecture tentang industri tourism di Jepun. Thanks bos sbb bagi aku pergi. Siap bagi duit poket lagi. 

Flight aku pada 27hb 2 pukul 10.50 malam. Delegasi dari Malaysia 20 orag kesemuanya. Kebanyakan terdiri dari media tapi ade jugak terselit orang dari bhgn sukan since kami bagi KBS uruskan untuk cari orang. 



Sebelum masuk ke imigresen area. Anak2 aku hantar kampung kecuali Kasyah sbb die sekolah. So Kasyah suami handle. So masa kat KLIA cuma husband dgn Kasyah jelah hantar aku. Nasib baik Kasyah memahami walaupun die cakap esok aku kena balik.. Yolah tu. 

Bye bye hubby.. sekali sekala berjauhan ni bagus tau. Baru rasa rindu. hehe

Kasyah excited pergi KLIA nk tgk aeroplane. Entah bila ade rezeki nk bawa anak2 naik kapal terbang. Skrg bajet tight sgt sbb sibuk nak masuk rumah baru. Duit mengalir mcm air.. huhuhu


Pukul 6 pagi waktu Jepun (5 pagi waktu Malaysia) akupun sampai ke bumi Jepun. Ya Allah excited giler weh. Rasa mcm tak percaya. 

Masa sampai pagi tu, settlekan urusan luggage, imigresen bagai kami kena tunggu dulu sblm boleh pergi ke hotel. Luggage tu kena declare ko bawa apa. Memacamlah tapi aku dah tak igt sgt.hahaha. Sementara tunggu bas, kitorang semua jakun ya amat dgn cuaca sejuk. Masa tu suhu 3'C je weh. Sejuk giler. Dahler tak pakai inner heattech lagi. Mulut pun kuar asap. haha jakun. Lebih kurang pukul 9 kot baru kitorang naik bas pergi ke hotel. Dari airport nak ke bas tu sejuk nak mampus. haha

Eh ni gambar kat KLIA sblm boarding. Antara wakil2 Malaysia.

Kami di bawa ke Hotel Emion Bay Tokyo kat Chiba. Bukan di tengah2 Tokyo tapi tak jauh dari Disneylang Tokyo. Hotel ni best. Mewah tapi 1 bilik 6 orang. Memang besar. Ini pemandangan dari bilik hotel. Kami diberi sarapan roti dan maggi cup jenama mamee..Aku tak makanpun mamee tu sbb igt ade lunch rupanya itulah lunch kitorang sbb kitorang bergerak untuk ke lokasi lecture pertama di Donbori Tower (Actually aku igt lupa nama tempat tu)

Kat sini kami berkumpul dengan negara2 Asia yang lain. Indonesia, India, Myanmar, Timor Leste dan banyak lagilah. Semua ni datang dgn sponsor dari Japanese Government. 

Delegate Malaysia


Bergambar jelah kejenya

Dan lagi...Agak lama jugak lecture ni. Perut dah lapar sbb tak makan tghari. Pukul 5 baru diorang bawa pergi makan kat restoren bawah bangunan tu. 

Hoii kebulur kot..

Makanan Jepun pertama di Tokyo. Nasib baik sedap tapi tak cukup sbb dah terlalu lapar. Balik tu aku top up dgn roti beli kat Family Mart. Bawah hotel tu ade Family Mart. 

Sementara tunggu bas nak balik hotel, selfie jap tepi jalan. Seronok tgk negara orang. Tapi sejuk toksah citer ah. Siap pakai glove tau. Beku tangan aku..

Balik hotel, diorang decide pergi Disneyland. Aku kena tinggal sbb aku pergi toilet. Hampeh bebudak ni. Bukan nak roger. Last2 aku ajak partner in crime aku kat sana si Alvin pergi naik train ke Disneyland. Jalan kaki 10 minit nak sampai train pastu naik train 1 stesen je. Kalo kat Malaysia harapanlah aku nak jalan kaki jauh2 gitu tp sbb kat sana sejuk xde rasa penat pon. 

Jalan2 kat kawasan shopping luar disyneyland. Sbb dah malam rugi kalo masuk so kami tgk2 kat luar je. 

Pintu masuk ke disneyland. Kat luar ni ade kedai souvenir Disneyland so boleh je nak beli brg disney. Aku belikan anak2 serba sikit. Mahal kot. Walaupun org kata jang convert tp xleh ah terconvert gak. Biskut sekotak dah puluh2 hengget.. huhu nangis.


Esoknya pagi2 dah bersiap utk ke second lecture di tempat sama mcm semalam. Tapi hari ni kami kena checkout sbb kami nak ke Kansai area pulak. 

Bersama panel yang memberi ceramah. Die pernah duduk dan mengajar kat Malaysia so English die bagus. 



Habis lecture kami terus naik bas ke Stesen keretapi Tokyo. Masa ni baru betul2 masuk bandar Tokyo. Best. Kami akan menaiki Shinkansen ataupun bullet train ke Kyoto. 


Bersama Shinkansen yang akan dinaiki.. Seriusly pengalaman naik shinkansen memang berbaloi2. sangat menepati masa. 

Okaylah nanti aku sambung lagi part kedua di Kansai area iaitu Kyoto, Shiga, Osaka dan Nara. Sehingga bertemu lagi,,

Daaaaaaaaaaaa



Wednesday, June 21, 2017

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah pon sampai ke penghujung puasa. Syukur pada Allah dapat sekali lagi menyambut puasa bersama keluarga tercinta. Tahun ni Kasyah mula belajar puasa. Setakat ini 3 hari je die ponteng. Alhamdulillah.

Sepanjang puasa tahun ni aku masih busy. Walaupun xperlu balik lambat tp preparation utk event masih berjalan seperti biasa. Penatnye lahai tp nak buat camne, keje kan. Doakan aku rajin update blog sbb banyak cerita nak share tp tulah, lepas raya ni berderet event dalam list smpailah ke hujung tahun. Lagipun, bulan 7 ni aku kena pergi outstation.

Okaylah, dikesempatan ini, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa ataupun tersilap kata sepanjang penulisan aku di sini. Kepada semua pengunjung dan pembaca blog aku, terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke sini walaupun blog dah jadi sendu sgt sbb ahkak busy uols. Aku harap hari raya kali ni akan menjadi raya yang penuh kegembiraan, keberkatan dan kesyukuran buat kita semua. Minta dijauhkan daripada segala kesedihan dan malapetaka. Kepada yang nak balik kampung, hati2. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Biar lambat asal selamat. Pesanan penaja ini dibawakan khas oleh.. eh! hahaha


*gambar berbuka puasa di Grand Millenium Hotel KL*

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

JUMPA LAGI LEPAS RAYA NANTI!


Aku akan mula bercuti hari jumaat hinggalah seminggu kemudian. Kepada yang bercuti jugak, selamat bercuti..

Daaaaaaaaaaa.....

p/s:Rindunya nak aktif mcm dulu2. Sehari 2-3 entry.. hehe

Wednesday, May 17, 2017

Alasan yang sama

Assalamualaikum...

Aih lamanya tak update blog. Ingatkan boleh nak update citer2 pergi Jepun tapi nan hado. Alasan tetap sama. Busy tau.. Banyak benda berlaku especially pasal kerja. Bulan lepas paling giler sebab Putera Mahkota Jepun datang. Aku memang terlibatlah dgn visit die tu. 5 hari tak balik rumah dok berkampung kat hotel. Kesian kat anak2 sbb rindu kat aku. Dahlah masa putera visit tu including weekend.. huhu. Bayangkan betapa sibuknya nak menyambut die dtg. Bulan lepas aku rasa 5 hari je kot aku balik on time. Yang lain sume balik lambat.

Dah ler pada masa sama aku punya scholarship tengah open. Dengan nak handle call enquiries bagai tu.. Hoh sangat menguji kesabaran.. Skrg ni aku nak prepare untuk written exam pulak. -_-

Jadinya, sorry ler memang terabai sangat blog aku ni. Nak mula balik berblog dgn pelbagai cerita tu mmg ler payah weh. Nak kena ada mood. Ni pun sebab ada masa sikit walaupun kejap2 kang bos aku masuk cari aku..

Oh ya masa putera datang haritu, aku berpeluang pergi ke Istana Negara sbb YDP Agong ajak putera ke Banquet.. Kagum giler kot dpt masuk istana. Dah ler besar, cantik pulak tu.. Jakun lah senang citer. Pengalaman yang tak akan dilupakan.

Ni aku tak sure bila lagi ada masa nak update blog. Akupun tak tau ade lagi ke orang dtg blog aku. Aku masih je tgk2 blog orang tp tulah tgk utk release stress tgh buat keje. Jadi sorry jugak kalo aku tak tinggal jejak. Aku memang mengikuti je cerita2 korang. I follow u know.

Okaylah, aku nak sambung buat keje. Sebelum papa aku nak ucapkan Selamat Berpuasa buat semua yang membaca blog aku ni. Kalau nak buat ucapan raya terus mcm melampau pulak.. hahaha.

Daaaaaaaaaa...

Wednesday, March 15, 2017

Teaser: Jejak Jepun Anne

Assalamualaikum...

Hamboi hamboi hamboi.. 2 bulan hah ko menyepikan diri... Alasan tetap sama dek non hoiii.. Ahkak busy benor...What to do? Keje perlu diutamakan. Banyak je benda nak cerita tapi tulah no time. Jangankan blog sendiri, blog kengkawan pon dah jarang jengah. Kadang tu fb pun tak sempat buka kat opis ni. So balik rumah sblm tido baru scroll.. huuhuhu

Untuk memanaskan kembali blog sejuk beku aku ni, meh aku share sikit gambar2 sewaktu aku ke Jepun haritu.. Eh lupa nak bagitau, ahkak pergi Jepun 27 feb sampai 7hb mac haritu.. So kalo rajin akak buat part by part ye.. Tak janji tapi insyaallah.. hehe. So layan teaser dululah..

Berpeluang pakai Kimono semasa di rumah Host Family di Hino Town, Shiga.

Di hadapan stesen Shinkansen Kyoto

Malam pertama ke Tokyo Disneyland. Tak masuk sbb dah malam. Tak sempat. 

Di Stesen keretapi Tokyo sebelum naik shinkansen menuju ke Kansai.

Osaka Castle

Di Nara Park dengan rusa comel.. Jinak sgt weh

Di Kiyomizu-dera temple, Kyoto

Shibuya Crossing, Tokyo.


Itu jelah untuk teaser kali ni.. Ada masa ahkak citer lagi ye..

p/s: Ade ke orang nak tau trip aku pergi Jepun ni????

Friday, January 13, 2017

Masak lemak siput sedut dan cendawan kukur

Assalamualaikum...

Ade sedikit masa ni sbb bos keluar. Kejap lagi die baliklah kot. Ini cerita tahun lepas. Lama dah pon. Dah alang2 gambar mmg dah ada aku masukkan dalam draft so buat jelah entry. Nampak tak punyalah busy nak update entry pon makan tahun.. haha. (Aku taip tadi pasal bos keluar pastu tetibe bos aku balik, lepas sejam baru aku sambung balik ni.. hahaha).

Bulan 10 ke 11 hari tu aku gi lah pasar malam. Plan nak beli kerepek je buat kudap2 depan tv. Pastu jengah2 barang basah, decide nak beli terus sbb kat rumah pun peti ais dah kosong. Tapi serius beb brg basah mahal! Aku beli siput, lala, ikan caru 2ekor, udang putih RM5, ikan kembong 4 ekor dgn ikan tongkol 1 kena RM70. Pergh kan. Terkejut dengar harga. Terus rasa nak marah NAJIB.. 'This is all your fault' hahaha.

Pergi kat tempat sayuran ternampak cendawan kukur. Eh lama sungguh tak makan ni. Lebih 10 thn tak makan. So amiklah sebungkus kecik, amik carrot, shitake, sawi, kobis bunga, fishball dgn bayam. Lagi sekali terkedu sebab semua sekali RM26. Aku syak cendawan tu Rm10 kot.. Mahalnye.. Aku ni kalo beli sayur sume sikit2 je aku amik. Just utk makan dua org je.  Ni sapa yang bagi cadangan kalo nak jimat masak sendiri.. Jimat mende kalo beli brg mahal... Ha kan aku dah membebel.. kehkehkeh.

Siput sedut ni teringin sbb dah lama kot tak makan. Tapi satu je aku lemah dengan siput ni adalah nak menyiang die. Satu satu nak kena kerat bontot. Dah ler keras. Sakit tangan aku. Half aku buat half lagi soh husband buat. Guna playar lebih senang sbb keras kan. 

Siput sedut dgn sayur campur dan telur dadar. Heaven. 


Esoknya masak cendawan kukur pulak. Dua hari makan masak lemak. haha. Berlemak terus. Sedapnye buat pedas2. Aku ratah gitu je. 

Okaylah itu je buat masa ni.. Jumpa lagi bila aku rajin ye.. Daaaaaaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...